Carian Terperinci
Pengunjung
4651
Tarikh Kemaskini 2011/07/21
Ringkasan pertanyaan
Meskipun Zaid bin Ali as-Sajjad merupakan salah seorang dari Ahlulbait, tetapi mengapa ia mengakui kekhalifahan Abu Bakar?!
soalan
Meskipun Zaid bin Ali as-Sajjad merupakan salah seorang dari Ahlulbait, tetapi mengapa ia mengakui kekhalifahan Abu Bakar?!
Jawaban Global

Walaupun penyoal dengan yakin mengatakan bahawa “Zaid bin Ali bersaksi keatas kebenaran Abu Bakar sebagai khalifah, tetapi setelah penelitian yang banyak didalam sumber-sumber referensi penelitian yang kami ada, kami tidak menemui bukti dan dalil yang menguatkan pernyataan di atas. Kerana itu, pertama-tama kami akan menganggap dakwaan Anda benar kemudian kami akan menjawab dakwaan ini.

Dalam ayat at-Tathhir disebutkan bahawa “Allah swt berkehendak menghilangkan segala kenistaan dari Ahlul Bait”. Ayat ini menunjukkan keishmahan Ahlulbait. Ishmah (terpelihara dari dosa dan nista) yang menjadikan segala perbuatan seorang maksum sebagai hujjah dan diletakkan segala perbuatan mereka sebagai tolak ukur kebenaran keatas fenomena yang terjadi padanya. Sekarang, jika Zaid bin Ali sama seperti saudara dan ayah kandungnya yang merupakan Ahlulbait (maksum), maka pengakuan dia yang membenarkan kekhalifahan Abu Bakar, bererti membenarkan pemerintahannya juga. Namun kita tahu sebagaimana dalam banyak hadis dari Syiah dan Ahlussunnah dikatakan bahawa Ummu Salamah, Aisyah dan para kerabat Nabi saw bukanlah termasuk Ahlulbait kecuali lima orang yang berada didalam kain Kisa (mereka dikenal dengan Ahlul kisâ). Sudah tentu didalam riwayat-riwayat Syiah disebutkan bersama lima orang tersebut nama sembilan Imam dari keturunan Husain bin Ali As.

Dari sisi lain perkataan “ahl” merupakan perkataan dâ’imul idhâfah al-ma’nawiyah (selalu bersandar secara spiritual) dan mudhaf ilaih (kalimat majmuk) yang akan melengkapkan ertinya. Pada ayat tersebut perkataan “ahl” disandarkan pada perkataan “al-bait”, dan yang pasti erti “al-bait” di sini bukanlah rumah atau tempat tinggal. Kerana kalau demikian, Ummu Salamah yang ketika ayat tersebut diturunkan di rumahnya adalah lebih utama dari yang lainnya untuk tergolong dalam ayat itu.

Akan tetapi berdasarkan keterangan riwayat-riwayat yang tak terbilang jumlahnya, Rasulullah Saw tidak menggolongkan Ummu Salamah sebagai sebahagian dari Ahlulbait. Jadi menurut istilah khas tersebut, Zaid bin Ali tidak termasuk Ahlulbait Nabi As meskipun dia merupakan anggota keluarganya.

Namun siapa yang tidak kenal Zaid bin Ali. Dia seorang yang bertakwa, pemberani dan anti kezaliman. Dia orang yang mendapatkan restu para Imam suci as. Dia adalah seorang pribadi yang tak tahan menyaksikan perampasan hak dan kezaliman Bani Umayyah, sehingga dia bangkit menuntut darah datuknya yang syahid secara mazlum, Imam Husain bin Ali As. Dia telah bangkit dan mewujudkan peperangan yang luar biasa.

Apakah boleh dipercayai orang yang memiliki latar belakang bersinar seperti dia mengabaikan ayat-ayat al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi Saw tentang kepemimpinan datuknya yang mulia itu.

Oleh kerana itu, mengenai apa yang dinisbatkan pada Zaid bin Ali tak lebih dari dakwaan orang-orang yang hendak merosakkan kebenaran dengan meletakkan kesalahan keatas orang-orang mulia seperti dia.

Jawaban Detil

Sebelum menjawab persoalan di atas, perlu diingat bahawa penyoal tidak membawa satupun bukti yang benar diatas dakwaannya, dan setelah kami melakukan kajian yang mencukupi ternyata tidak ada dalil yang kami jumpai. Oleh kerana itu, pertama: hanya dakwaan semata-mata dalam satu topik pengetahuan tidak akan bernilai. Kedua: sekiranya dianggap wujudnya beberapa pandangan dalam menyangkut-pautkan masalah pengiktirafan kekhalifahan Abu Bakar dari pihak Zaid, cara penilaian yang paling baik ialah mengetahui konteks-konteks yang sesuai dalam melemahkan dakwaan tersebut. Oleh kerana itu, pertama perlu dikaji kepribadian Zaid dan dikaji konteks-konteks yang menunjukkan kesesuaian dan ketidaksesuaian rohani Zaid dengan masalah di atas.

Zaid bin Ali adalah seorang yang zuhud, dermawan dan pemberani. Dia yang paling terkemuka diantara saudara-saudaranya setelah Imam Baqir As.[1]

Ayahnya adalah Ali bin al Husain As yang bergelar as-Sajjad. Pada bulan Shafar tahun 120 H ia mati syahid dalam peperangan dengan Bani Umayyah. Mengenai kemuliaannya yang amat tinggi cukuplah dengan ucapan Imam Ja’far as-Shadiq As setelah Zaid berangkat untuk berperang; “Celakalah orang yang mendengar seruannya tetapi tidak mau menolongnya.”[2] Imam Ja’far As sangat sedih dengan kesyahidannya dan untuk majlis duka atasnya beliau sanggup mengeluarkan dana 1000 dinar.[3] Jadi, tidak diragukan bahawa dia dimuliakan dan dihormati oleh para Imam Maksum As.[4]

Namun persoalannya di sini, apakah kejernihan jiwa dan ketakwaannya ini menjadikan perkataannya sebagai hujjah atas kebenaran, hujjah yang seiring dengan kemaksuman? Tidaklah mustahil seorang hamba mencapai satu derajat, berjaya dalam meninggalkan apa yang diharamkan Allah dan mengamalkan ajaran-ajaran Islam, bahkan ia berpaling dari perbuatan-perbuatan makruh. Manusia biasa, selain para Imam suci pun mampu melakukan hal itu.

Dengan kata lain, boleh saja seseorang sampai pada derajat kemaksuman. Tetapi hakikatnya, kedudukan ini tidak menjadikan perbuatan dan perkataannya sebagai hujjah atas kebenaran sesuatu.

Yang menjadi tolak ukur di sini adalah kemaksuman yang disertai imâmah dan dengan penjelasan oleh Nabi Saw dan seorang imam sebelumnya melalui hadis dan riwayat mutawatir. Jadi, anggaplah Zaid bin Ali mengiktiraf kekhalifahan Abu Bakar, namun hal inipun tak dapat menjadi sebagai dalil dan hujjah atas kekhalifahan Abu Bakar!

Dan mungkin akan dikatakan: Zaid juga seperti para Imam syiah adalah sebahagian daripada ahli bait Nabi saw, jadi dia mesti tergolong dalam ayat tathir dan mempunyai makam ishmah dan Imamah ilahi!

Dalam menjawab pertanyaan di atas harus dikatakan bahawa perkataan “ahl” dan “âl” jika diartikan secara mutlak maka berarti keluarga,[5] famili dan barang siapa yang dinisbatkan dengan rumah atau pemilik rumah. Tetapi yang dimaksud “ahl” dalam ayat at-Tathir adalah sesuatu yang lain, iaitu lebih sempit dari makna bahasanya akan tetapi tidak bertentangan dengan makna pertamanya. Kerana banyak hadis yang mengatakan bahawa selain lima orang dan sembilan Imam dari anak-anak Imam Husain As, tidak seorang pun yang masuk dalam anggota ayat at-Tathir.[6]

Banyak sekali riwayat mengenainya baik dari Syiah maupun Ahlussunnah, di antaranya seperti berikut:

Dalam kitab Nahjul Imân, Ibnu Jabr berkata: “Muhammad bin Muhammad bin Nu’man yang dikenal dengan nama Sheikh Mufid Ra, meriwayatkan, “Ayat ini turun di rumah Ummu Salamah, salah seorang isteri Nabi saw yang mulia.”

Dengan bersandar pada riwayat Ummu Salamah, dia berkata, “Ummu Salamah berkata sebegini, “Nabi Saw ada di dalam rumah, dan di sisi beliau ada Ali, Fatimah, Hasan dan Husain. Beliau mengumpulkan mereka di bawah kain selambu Khaibari lalu berkata: “Ya Allah, mereka ini adalah Ahlulbaitku.” Di saat itulah Allah swt menurunkan ayat at-Tathir, dan Nabi Saw pun membacakan ayat itu kepada mereka. Kemudian aku (Ummu Salamah) menoleh kepada Nabi saw dan bertanya, “Apakah aku tidak termasuk Ahlulbaitmu?”

Beliau Saw berkata, “Engkau berada dalam kebaikan.”

Sheikh Mufid berkata: “Beliau tidak berkata, “Engkau adalah termasuk Ahlulbaitku”.[7]

Hadis-hadis seperti itu dalam Syiah banyak sekali sebagai contohl hadis al-Kisa’.[8]

Dalam kumpulan-kumpulan hadis dan tafsir Ahlussunah pun ayat tersebut berulang kali diertikan untuk lima orang.

Ibnu Jarir al-Thabari berkata: “Muhammad bin al-Mutsanna (dari fulan bin fulan dan seterusnya), dari Nabi Saw yang bersabda, “Ayat ini turun untuk lima orang: Aku, Ali, Hasan, Husain dan Fatimah As.”[9]

Juga darinya didalam tafsirnya yang lain, Ahlulbait ditafsirkan untuk lima orang tersebut dengan menyebutkan satu riwayat, dia berkata: Ibnu Waki’ meriwayatkan dari sekumpulan orang yang sanadnya sampai pada Anas dan dia meriwayatkan dari kata-kata Nabi saw, bahawa: “Nabi saw selama enam bulan berturut-turut setiap kali hendak solat, beliau mengetuk pintu rumah Fatimah lalu berkata: “Sesungguhnya Allah hendak menghilangkan kenistaan darimu wahai Ahlulbait dan mensucikanmu sesuci-sucinya.

Selain hadis-hadis riwayat dari Syiah dan Sunni, perkataan “ahl” pada ayat tersebut tidak dipakai dalam bentuk mutlak dan umum. Kita tahu bahawa perkataan ini da`imul idhofah ma’nawiyah (selalu disandarkan pada perkataan lain). Yakni supaya ia mempunyai makna bahasa yang betul, ia harus bersandar pada perkataan lain seperti ahlul iman (ahli iman), ahlu Iran (orang Iran) dan seterusnya. Dalam ayat at-Tathir, perkataan “ahl” disandarkan pada perkataan “al-bait”, dan jelas seperti yang dikatakan oleh banyak mufassir bahawa yang dimaksudkan “al-bait” bukanlah rumah dan tempat tinggal. Kerana jika yang dimaksud adalah tempat tinggal, maka Ummu Salamah adalah mishdaq utama untuk ayat tersebut.

Tetapi berdasarkan keterangan hadis-hadis, Ummu Salamah atau Aisyah dan atau isteri-isteri Nabi saw yang lainnya, mereka tidak dihitung oleh Nabi saw sebagai Ahlulbait. Jadi yang dimaksud dengan “al-bait” adalah rumah nubuwah dan risalah”.

Terdapat banyak riwayat yang secara jelas menyebutkan pembatasan perkataan “al-bait” didalam makna rumah nubuwah dan risalah, dimana tidak ada rumah yang dianggap rasullah saw sebagai rumah nubuwah dan risalah selain rumah Ali dan Fatimah As. “Ahlulbait Nubuwah” yang meliputi keluarga suci ini adalah sebagaimana yang disebutkan dalam doa-doa ziarah.[10] Selain lima orang (Ahlul Kisa’) dan sembilan Imam dari keturunan Imam Husain bin Ali As, tidak ada kata-kata sesiapapun yang boleh dijadikan sebagai sumber untuk menolak atau menerima sesuatu perkara, kecuali ianya berakhir pada kata-kata para manusia maksum atau ayat-ayat Al Qur’an atau juga seiring dengan konteks-konteks akal yang jelas. Oleh kerana itu, Zaid bin Ali dengan segala kelebihan yang dimiliki, pengiktirafannya tidak boleh dijadikan pegangan akan kebenaran dan kesahihan apa yang telah terjadi setelah Nabi saw dan kesesuaiannya dengan redha Ilahi, serta mengenepikan hadis-hadis Nabi saw (tentang pengangkatan Ali as sebagai khalifah) dan Para imam tentang penyimpangan-penyimpangan yang terjadi.

Adapun masalah sebenarnya ialah apakah benar dakwaan bahawa apa yang berlaku di Saqifah adalah sah bagi Zaid bin Ali As dan dia mengiktiraf kekhalifahan Abu Bakar atau tidak?!

Seperti yang telah kami sampaikan sebelumnya bahawa Zaid adalah orang yang zuhud dan bertakwa. Dan dia bersungguh-sungguh didalam mencapai impiannya iaitu redha ilahi. Dan dia telah menunjukkan keberaniannya dengan secukupnya sehingga dihormati dan diingati oleh para Imam maksum As. Dia adalah pribadi yang anti kezaliman dan dia tidak akan samasekali menerima kezaliman dan penganiayaan dan selalu bangkit melawan orang-orang zalim. Kerana jiwa inilah ia bangkit menuntut balas keatas kesyahidan Imam Husein bin Ali As. Kebangkitan yang dikenali sebagai “kebangkitan Zaid” Perkara ini tidak lain kecuali dia ingin menunjukkan bahawa keluarga Nabi saw tidak sejalan dengan Bani Umayyah dan orang-orang zalim yang merampas hak mereka.

Secara dasarnya benarkah gambaran bahawa seorang yang berilmu dan berani ini kalah dengan kondisi politik zaman itu, dan menolak hadis-hadis Nabi Saw tentang lailatul mabit (malam di mana Imam Ali As menggantikan Nabi Saw tidur di tempat tidurnya saat beliau berangkat hijrah), Ghadir Khum dan seterusnya.

Oleh kerana itu, dengan memberikan sedikit perhatian terhadap cara kehidupan mukmin sejati ini, harus dikatakan bahawa dakwaan (bahawa Zaid mengiktiraf kekhalifahan Abu Bakar) tersebut jauh dari kedudukan Zaid bin Ali, dan sengaja dibuat untuk merosakkan hakikat sebenarnya. Kami juga menagih bukti dari orang-orang yang menyebarkan dakwaan seperti ini, yang sekalipun jika ada di dalam pemikiran kami, maka kami akan menolaknya.

Sumber rujukan:

1.     Abi Ja’far Muhammad bin Jarir at Thabari, Jâmi’ul Bayân ‘an Ta’wil Âyatul Qur’ân.

2.     Al Munjid fil Lughah.

3.     Sayid Abul Qasim Khui, Mu’jam Rijal al-Hadits.

4.     Zainuddin Ali bin Yusuf bin Jabr, Nahjul Imân, Tahqiq Sayyid Ahmad Husaini.

5.     Syaikh Shaduq, ‘Uyun Akhbâr al-Ridhâ a.s

6.     Ali bin Isa bin Abi al-Fath al-Irbili.

7.     Fadhl bin al Hasan at Thabarsi, I’lâmul Warâ bi A’lâmul Hudâ.

8.     Qummi, Syeikh Abbas, Mafâtihul Jinân.



[1]. Fadhl bin al-Hasan al-Thabarsi, I’lam al-Wara bi’alam al-Huda, jil. 1, hal. 493.

[2]. Syaikh Shaduq, ‘Uyun Akhbar al-Ridha As, jil. 1, hal. 225.

[3]. Fadhl bin al-Hasan al-Thabarsi, , I’lam al-Wara bi’alam al-Huda, jil. 1hal. 495.

[4]. Abu al-Qasim Khui, Mu’jam Rijal al-Hadits, jil. 7, hal. 356.

[5]. Al-Munjid fi al-Lugha, hal. 20, perkataan Ahl.

[6]. Innama uridullah Liuzdhiba ‘ankum al-Rijsa Ahlal Bait wa utahhirakum Tathira. (Qs. Al-Ahzab [33]:33)

[7]. Zaid al-Din ‘Ali bin Yusuf bin Hajar, Nahj al-Iman, hal. 78.

[8]. Syaikh Abbas Qummi, Mafâtih al-Jinân, hal. 1021.

[9]. Abu Ja’far Muhammad bin Jarir al-Thabari, Jâmi’ al-Bayân ‘an Ta’wil Âyat Al-Qur’ân, jil. 22, hal. 9

[10]. Syaikh Abbas Qummi, Mafâtih al-Jinân, hal. 901.

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Apakah telaga kautsar itu?
    10219 Tafsir
    Kata "kautsar" mempunyai erti kebaikan yang banyak dan melimpah. Dan terdapat begitu banyak contoh (mishdaq) untuk kata kautsar ini, seperti: telaga dan sungai kautsar, syafaat, nubuwwat atau kenabian, hikmah, ilmu, generasi dan keturunan yang banyak.Kautsar memiliki dua mishdaq (wujud), iaitu mishdaq ...
  • Apakah maksud tiada keterpaksaan dan tidak bebas secara mutlak, tetapi ianya perkara diantara dua perkara? Adakah itu bererti pencampuran antara keduanya, atau bukan?
    7155 Teologi Klasik
    Terdapat pelbagai hadith yang mempunyai ungkapan “tiada keterpaksaan dan tidak bebas secara mutlak tetapi berada di antara keduanya secara seimbang” yang berasal dari para Imam Ahli Bait a.s dalam mematahkan dua pendapat yang tidak benar iaitu keterpaksaan (جبر) dan ...
  • Berilah penjelasan tentang maqâm Fana' dan baqa'.
    11837 Irfan Teori
    Fana' dari sudut bahasa bermaksud ketiadaan dan kehancuran. Dan lawan dari Fana' adalah baqa', dan tetap ada. Seperti Tuhan adalah termasuk dalam kategori abadi dan baqa', sementara selain-Nya atau seluruh makhluk digolongkan ke dalam ketiadaaan, kehancuran, dan Fana'.Sedangkan dari sudut istilah dan pengertian ...
  • Apa makna muslihat Allah swt yang disebutkan dalam al-Quran?
    11756 Tafsir
    "Muslihat" bermakna mengurus dan memikirkan  alternatif dalam perbuatan-perbuatan baik atau buruk. Dan atas alasan ini penggunaannya dalam al-Quran juga telah menggunakan "السَّیئ"bersama dengan keterangan.
  • Bilakah al-Quran yang ada pada zaman kita sekarang ini dikumpulkan?
    5527 Ulum Al-Quran
    Pertanyaan Ini Tidak Mempunyai Jawapan Detail. ...
  • Mengapa diat wanita satu perdua diat lelaki?
    4367 Huquq Dan Ahkam
    Berdasarkan pembelajaraan ilmu hukum hakam (fiqh) dan sejarah, “diat” merupakan sebuah masalah ekonomi yang disyariatkan dengan tujuan untuk menebus kerugian yang dideritai oleh mangsa. Dari sisi lain, masyarakat ideal yang ingin diwujudkan Islam ialah meletakkan inti kegiatan-kegiatan perekonomian di bahu lelaki. Ertinya dengan satu pandangan ...
  • Siapakah dajjāl itu? Berikanlah penjelasan tentangnya dan riwayat-riwayat yang berkaitan dengannya.
    6626 نشانه های ظهور
    Salah satu daripada tanda-tanda kemunculan Imam Zaman (a.f.s) adalah keluar dan munculnya sebuah makhluk yang menyesatkan yang bernama "Dajjāl". Dajjāl dari segi bahasa dapat dikatakan kepada setiap pendusta. Terdapat juga definisi sifat-sifat sangat aneh yang berkaitan dengannya yang biasanya ditemukan dalam sumber-sumber Ahlusunnah. Namun oleh kerana sumber-sumber ...
  • Apakah agama itu satu atau banyak?
    4341 دین
    Jikalau maksud agama ialah sekumpulan akidah, akhlak, undang-undang dan peraturan yang diturunkan daripada Allah (s.w.t) kemudian disampaikan kepada orang ramai dengan perantara para nabi, maka dalam bentuk ini semua agama merupakan sebuah perkara yang satu. Perbezaan di antara agama dalam arahan-arahan juzuknya hanyalah perubahan yang selaras dengan ...
  • Mengapa redaksi “al-Qurba” pada ayat 23 surah Syura anda simpulkan sebagai Ahlulbait (a.s)?
    7358 Teologi Klasik
    Apabila maksud pembicara dari sebuah redaksi atau kata-kata yang digunakan di dalamnya tidak jelas pada setiap kedudukan dan kalimat, maka ia harus dilihat pada petunjuk-petunjuk (qarāin) yang dapat menjelaskan maksud dari ucapannya itu. Berkenaan dengan ayat 23 surah al-Syura “Qul laa as’alukum ‘alaih ajran illa mawaddata fil qurbah” ...
  • Bagaimana pandangan Imam Khomeini terhadap Dr. Syari`ati?
    3808 تاريخ بزرگان
    Berkenaan dengan pandangan Imam Khomeini tentang Dr. Syari`ati, yang berupa karya tulisan beliau yang ada di tangan kita disebutkan bahawa Imam Khomeini tidak menyebutkan secara jelas tanggapan positif atau negatif mengenainya dan tidak menyebut nama Dr. Syari`ati. Sudah tentu Imam Khomeini mengkritik orang-orang yang ...

Populer Hits