Carian Terperinci
Pengunjung
6430
Tarikh Kemaskini 2013/03/30
Ringkasan pertanyaan
Apakah Tuhan itu dapat dilihat? Bagaimana?
soalan
Apakah Tuhan itu dapat dilihat? Bagaimana?
Jawaban Global
Sesuai dengan hukum akal dan syariat, sesungguhnya Allah tidak dapat dilihat dengan mata zahir,  baik di dunia mahupun di akhirat. Namun Allah dapat disaksikan dan dilihat dengan mata hati. Hati dapat menyaksikan dan melihat Allah (s.w.t) menurut kemampuan eksistensialnya. Hal ini dapat dilakukan melalui jalan penyaksian (shuhūd) batin, setelah pengaturan hati dan menyaring batin melalui pensucian jiwa dan kesucian roh melalui ibadah dan riyāḍa syari' (yang dibolehkan syariat).
 
Jawaban Detil
Apabila yang dimaksud dengan melihat itu adalah penglihatan secara zahir dan mata kasar, maka kali tiada seorang pun yang dapat menyaksikan dan melihat Allah sedikitpun. Hal ini sesuai dengan hukum akal dan juga penjelasan syariat.
 
Hukum Akal
Berkenaan hukum akal yang menyatakan kemustahilan Allah dapat dilihat, maka penjelasannya adalah seperti berikut.
Seseorang yang melakukan aktiviti melihat atau menyaksikan perlulah dalam keadaan berhadapan sesuatu yang ada di luar dengan mata dan getaran cahaya yang merupakan kiriman serta refleksi gelombang cahaya. Ertinya: pertama, yang disaksikan itu adalah sesuatu material yang ada di dunia luar. Kedua, mata menghadap kepada benda yang ada di hadapannya. Kerana itu, mata kita tidak melihat sesuatu yang berada di sebalik itu. Sementara Allah bukanlah benda (jisim) yang tidak memiliki tipologi dan karakteristik material (seperti yang di hadapan mata). Kerana itu Allah sekali-kali tidak dapat dilihat dengan menggunakan mata zahir.
 
Hukum Syariat
Berikut ini adalah ayat-ayat Al-Qur'an dan riwayat-riwayat yang secara tegas menyatakan kemustahilan Allah dapat dilhat.
  1. Al-Qur'an
  1. "Lan tarānī."  (Kamu tidak dapat melihat-Ku selama-lamanya, Surah Al-A'raf [7]:143)
  2. "La tudrikuhul abṣār." (Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata," Surah Al-An'am [6]:103)
  1. Riwayat
Wamtani' ala ain al-Baṣīr, (Tuhan tidak akan nampak di hadapan mata).[1]
Lam taraka al-'Uyun (Mata tidak dapat menyaksikan-Mu).[2]
La tudrikuhu al-'Uyun bimushāhadati al-'Iyān (Mata tidak dapat meliputinya dengan pandangan).[3]
 
Namun sekiranya “melihat” yang dimaksudkan ialah melihat secara batin, maka yang disaksikan itu adalah ilmu, makrifat, nama-nama dan sifat-sifat Allah menurut keupayaan eksistensial, potensi dan kemampuan manusia. Oleh itu Tuhan dapat disaksikan dengan penyaksian batin sebagaimana Amirul Mukminin (a.s) berkata: "Lakin tudrikuhu al-Qulūb bihaqā’iq al-iman (Namun hati dapat mencapainya dan menyaksikannya dengan kebenaran iman).[4]  Menurut hadis yang lain pula Amirul Mukminin berkata kepada Dhaʻlab: Celakalah engkau! Mata-mata tidak dapat menyaksikannya. Namun hati-hati dapat menyaksikannya.[5][]
 

[1]. Nahj al-Balāghah, khutbah 49
[2]. Nahj al-Balāghah, khutbah 109
[3]. Nahj al-Balāghah, khutbah 179
[4]. Nahj al-Balāghah, khutbah 179.
[5]. Mizān al-Hikmah, jil. 6, hal. 190, hadis ke-12095.
Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Bagaimanakah manusia dapat sampai kepada kesempurnaan?
    7220 Akhlak Praktikal
    Jawapan untuk pertanyaan di atas dapat diklasifikasikan dalam empat perbahasan, iaitu: a. Definisi dari perkataan "sempurna" dan perbezaannya dengan perkataan "lengkap"; b. Kesempurnaan manusia; c. Kesempurnaan manusia dari perspektif Islam; dan d. Jalan menuju kesempurnaan. Perkataan "sempurna" kadang-kadang digunakan dengan makna yang selaras ...
  • Makna Islam pada ayat 19 surah Ali Imran?
    9624 Teologi Baru
    Islam secara bahasa bermakna penyerahan diri (taslim) tanpa syarat di hadapan Tuhan. Agama merupakan penjelas segala bimbingan Tuhan terhadap manusia dalam bidang pemikiran, keadaan, perilaku dan bermasyarakat, dan juga menjelaskan bagaimana hubungan manusia dengan dirinya sendiri, orang lain dan dengan Tuhan.
  • Apakah tanda-tanda kemunculan Imam Zaman (a.j.f)? dan petanda yang mana satu yang dapat dipercayai?
    4444 نشانه های ظهور
    Pertanyaan-pertanyaan yang berkaitan dengan "kemunculan" dan tanda-tandanya sangatlah dapat diterima, namun perlu diingat bahawa hal ini tidak boleh menyebabkan kita terjebak ke dalam liku-liku dan kerumitannya sehingga menyebabkan kelalaian tentang matlamatnya (iaitu persiapan untuk kezuhuran). Sebenarnya tanda-tanda kemunculan dapat dibahagikan dalam berbagai bahagian iaitu di ...
  • Mengapa diat wanita satu perdua diat lelaki?
    4096 Huquq Dan Ahkam
    Berdasarkan pembelajaraan ilmu hukum hakam (fiqh) dan sejarah, “diat” merupakan sebuah masalah ekonomi yang disyariatkan dengan tujuan untuk menebus kerugian yang dideritai oleh mangsa. Dari sisi lain, masyarakat ideal yang ingin diwujudkan Islam ialah meletakkan inti kegiatan-kegiatan perekonomian di bahu lelaki. Ertinya dengan satu pandangan ...
  • Apakah terdapat pertentangan antara kebebasan manusia dan penutupan Tuhan terhadap mata hati para pendosa?
    6394 Teologi Klasik
    Terdapat banyak ayat yang membicarakan tentang tertutupnya mata hati, penglihatan, dan pendengaran orang-orang kafir, kaum munafik, kelompok sesat dan penyimpang, para pendosa dan penjenayah.“Khatm” dan “thab’e’” bermakna tutup, mencap, mengukir, mencetak dan membentuk sesuatu dalam bentuk yang tertentu. “Qalb” terkadang digunakan untuk ...
  • Apakah syurga dan neraka sekarang ini wujud?
    10402 Teologi Klasik
    Menurut ayat dan riwayat, syurga dan neraka yang dijanjikan, sekarang ini ada kewujudannya. Dan pada hari kiamat kelak ia akan ditunjukkan secara sempurna dan manusia akan ditempati di kediaman abadinya masing-masing, sesuai dengan amal perbuatan, keyakinan, dan keikhlasan mereka. Terdapat sudut lain yang dapat digambarkan (tentang syurga dan ...
  • Apakah Imam ‘Ali (a.s) memiliki isteri yang lain selama Sayidah Zahra (a.s) masih hidup?
    4154 تاريخ بزرگان
    Sesuai dengan apa yang disebutkan oleh kitab-kitab sejarah bahawa isteri pertama Amirul Mukminin Ali (a.s) adalah Sayidah Fatimah. Di zaman hayat Sayidah Zahra, Imam ‘Ali (a.s) tidak menikah dengan wanita lain. Oleh kerana salah satu wasiat Hadhrat Zahra (a.s) iaitu beliau hendaklah menikah dengan Amamah binti ‘Ash yang pada hakikatnya ...
  • Bagaimana manusia dapat menjadi kekasih Allah Swt?
    16487 Akhlak Praktikal
    Berteman dengan Allah Ta'ala dapat digambarkan dalam dua keadaan:1.     Kecintaan hamba dengan Tuhan dan Tuhan menjadi Yang dicintai2.     Kecintaan Tuhan dengan para ...
  • Mengapa Syiah dipandang sebagai ajaran sesat?
    14097 کلیات
    Untuk menjelaskan masalah ini, hendaklah diberi perhatian terhadap beberapa noktah penting ini: Sekiranya maksud anda "Syiah" itu ialah perbuatan yang silap yang dilakukan beberapa orang pengikut Syiah, maka sandaran terhadap perbuatan begini adalah jauh dari keadilan. Ini disebabkan: Islam tidak punya aib pada ...
  • Mengapa sebahagian ayat al-Qur’an tidak selaras dengan kemaksuman para nabi Allah?
    5353 Teologi Klasik
    Dalam menjawab pertanyaan di atas, harus dikatakan sebagai berikut:1.             “Kemaksuman” merupakan sebuah kedudukan kejiwaan pada seorang maksum yang menyebabkan ia terpeliharanya dari maksiat dan segala perbuatan tercela, dan keadaan ini juga menjaganya dari segala jenis kesalahan dan kelupaan, serta tidak menjadi terkekangnya ...

Populer Hits