Carian Terperinci
Pengunjung
12002
Tarikh Kemaskini 2011/04/19
Ringkasan pertanyaan
Apakah syurga dan neraka sekarang ini wujud?
soalan
Apakah syurga dan neraka sekarang ini wujud?
Jawaban Global

Menurut ayat dan riwayat, syurga dan neraka yang dijanjikan, sekarang ini ada kewujudannya. Dan pada hari kiamat kelak ia akan ditunjukkan secara sempurna dan manusia akan ditempati di kediaman abadinya masing-masing, sesuai dengan amal perbuatan, keyakinan, dan keikhlasan mereka. Terdapat sudut lain yang dapat digambarkan (tentang syurga dan neraka) dimana ianya akan dinampakkan bagi manusia melalui penyaksian (nya) di dunia dan jelmaan di alam barzakh (tajalli barzakhi). Dan menjadi sebab kepada kelazatan atau penderitaan manusia.

Akan tetapi, terdapat berbagai bentuk tafsir dan pandangan berhubungan dengan bentuk pengaruh kesan, kesesuaian amal perbuatan, keyakinan dan pemikiran manusia dalam kedudukan akhiratnya, dan juga berkenaan syurga dan neraka dan jenis-jenisnya. Adapun kesimpulan perbahasannya dapat dikatakan seperti berikut:

A.    Syurga yang dimasuki oleh Nabi Adam dan Hawa dan dari tempat itu, keduanya diturunkan.

B.    Syurga dan neraka yang dicapai melalui amal perbuatan, sentiasa menyelibungi manusia.

C.    Syurga dan neraka barzakhi, adalah merupakan simbol, refleksi dan citra bagi syurga dan neraka yang dijanjikan, bukan syurga dan neraka yang hakiki. Kepastian samada seseorang itu menjadi ahli syurga atau ahli neraka adalah bergantung kepada amal perbuatannya.

Jawaban Detil

Beriman kepada syurga dan neraka sebagai kediaman abadi manusia setelah kiamat dan beriman kepada bagaimana terbentuk dan kesempurnaan keduanya adalah di antara beriman kepada yang gaib dimana ilmu dan iman kepada keduanya tidak dapat diperoleh kecuali dengan melalui jalan wahyu (naqli) dan merujuk kepada ayat dan riwayat. Dan dalam masa yang sama selagi-mana hakikat yang jelas bagi manusia belum terjadi pada hari akhirat, maka ia tidak akan keluar dari persembunyian keghaibannya, dan tirainya tidak akan terungkap dari setiap sudut dan tidak akan hilang kesamarannya.

Namun dengan adanya kesamaran-kesamaran, ia tidaklah begitu dapat mencacatkan pokok keimanan kepada perkara tersebut dan keyakinan terhadap janji-janji Ilahi serta peristiwa-peristiwa umum tersebut. Diantara kesamaran tentang syurga dan neraka adalah masalah: Apakah syurga dan neraka sekarang ini ada atau tidak? Jika ia ada, di mana tempatnya? Dan sekarang bagaimana keadaannya? Apakah kedua-duanya berbentuk bumi-bumi yang mati yang mana manusia yang akan membentuk kualitinya? Atau bumi yang setengah siap yang mana manusia yang akan menyempurnakannya kemudian? Atau kedua-duanya telah diciptakan secara sempurna dan manusia akan masuk ke dalam salah satu dari keduanya ketika hari kiamat kelak? Atau kedua-duanya akan akan diciptakan ketika hari kiamat kelak? Dan ….

Dalam menjawab pertanyaan-pertanyaan di atas, harus dibahas dalam dua perkara, iaitu:

1)     Bentuk pengaruh perbuatan manusia atas hasil-hasil ukhrawi yang akan dicapainya.

2)     Pembahagian syurga dan neraka dan pandangan-pandangan yang berbeza tentang keduanya.

1.     Pandangan-pandangan yang dilontarkan dalam masalah: “bentuk pengaruh perbuatan manusia atas hasil-hasil ukhrawi yang akan dicapainya,”:

a)     Ganjaran atau pahala ukhrawi terhasil dalam bentuk perjanjian atas perbuatan, niat, dan fikiran-fikiran manusia di dunia, seperti hukum-hukum hudud dan ta'zir syariat atau denda kesalahan lalu lintas  dan memandu. Oleh kerana itu, diantara perbuatan-perbuatan duniawi dan  kejadian-kejadian ukhrawi tidak terjalin hubungan yang hakiki.

b)    Ganjaran atau pahala ukhrawi dari jenis perubahan energi kepada material. Ertinya energi yang digunakan oleh manusia semasa di dunia untuk berbuat perbuatan baik atau buruk, di akhirat kelak ia akan berubah menjadi material dan menjadi penyebab ia mendapat kenikmatan atau penderitaan.

c)     Amal-amal perbuatan, pemikiran-pemikiran dan keadaan-keadaan manusia, -masing-masing- memiliki sisi zahir dan batin. Di dunia bagi jenis manusia, yang nampak hanyalah hal-hal yang zahir sahaja. Dan kebanyakan manusia tidak mengetahui urusan batinnya sehinggalah amal perbuatan, pikiran-pikiran, dan keadaan-keadaan manusia selepas kematiannya akan kelihatan di alam barzakh dan lebih sempurna pada hari Kiamat kelak. Maka dengan kesemua hal-hal yang batin ini akan menjadi penyebab untuk manusia menikmai kenikmatan atau mendapat azab ukhrawi.

d)    Amal-amal perbuatan, pemikiran-pemikiran dan keadaan-keadaan manusia sebagaimana ia terjadi dari faktor anggota pancaindera zahiriah, juga akan memberi kesan ke atas tingkah-laku dan batinnya dan akan membentuknya. Walaupun manusia lalai dari kesan pengaruh dan perihal batinya. Kebanyakkan wajah-wajah yang disaksikan di dunia adalah wajah manusia dan di akhirat, perihal-perihal diri pada zahirnya, juga wajah-wajah batinnya akan kelihatan dan tampak dan manusia akan terbentuk mengikut tingkah-laku yang telah dikerjakan semasa ia di dunia. Dan kezuhuran batin ini, menjadi faktor dan penyebab kepada kenikmatan atau penderitaan azab bagi dirinya.

 

Dua pendapat pertama tidak sejalan dengan zahir ayat dan riwayat. Kedua-duanya tidak dapat dijadikan sebagai penjelas bagi berbagai bentuk azab atau nikmat ukhrawi. Adapun dua pendapat yang terakhir, walaupun secara zahir kedua-duanya sejalan dengan sebahagian dari ayat-ayat[1] dan riwayat-riwayat, namun ia hanya dapat menjelaskan sebagian kejadian di alam barzakh dan kiamat sahaja (syurga dan neraka), bukan semuanya.

2.     Pendapat-pendapat yang dilontarkan dalam bidang “Pembahagian syurga dan neraka dan sudut-sudut keduanya,” adalah sebagai berikut:

1.     Wa’ad (janji) dan wa’id (ancaman), peringatan (indzar) dan berita gembira (tabsyir) bagi syurga dan neraka hanya memiliki sudut pendidikan dan tidak mengharuskan perlu adanya syurga dan neraka. Cukup sekadar manusia tamakkan -cintakan- syurga dan takut dari azab neraka, menjadikan mereka orang saleh –orang yang berbuat kebaikkan- dan menjauhkan mereka dari segala keburukkan dan berbuat kerosakkan, sampai kepada syurga dan terhindar dari neraka. Dan tercapainya maksud Allah Swt yang bertujuan untuk memberi petunjuk dan memperbaiki manusia dan semuanya ini sudah cukup memadai.

2.     Syurga adalah komuniti masyarakat tanpa stratum orang-orang bertauhid dan neraka adalah (masyrakat yang berpegang pada) sistem kapitalis. Syurga dan neraka tidak lebih dari kedua hal ini. Oleh kerana itu, orang-orang yang mencari syurga harus menciptakan sistem pekerja sehingga ia memperoleh syurga di dunia ini dan terhindar dari jahanam sistem kapitalis.

3.     Syurga yang berada di planet-palnet lain seperti di dunia ini dimana dengan penyempurnaan dan kemajuan ilmu perbintangan serta teknologi, ia mampu untuk menakluknya dan terhindar dari neraka bumi.

4.     Syurga ertinya disifati dengan segala keutamaan. Neraka maksudnya ternodai dengan segala kecelaan. Oleh kerana itu, mereka yang mencari syurga dan ingin terselamat dari api neraka, harus mengosongkan (takhliyah) jiwanya dari segala perbuatan buruk (radzail) dan menghiasi dirinya (tahliyah) dengan segala perbuatan baik (fadhail). Keempat-empat penjelasan ini adalah lontaran idea dari puak materialism dan kaum Iltiqatiyun yang bertentangan dengan zahir ayat-ayat dan riwayat-riwayat, juga bercanggah dengan tujuan risalah dan penurunan kitab-kitab suci dan iman kepada yang gaib dan tentu sahaja pandangan ini ditolak. Kerana syurga dan neraka yang banyak diterangkan oleh ayat-ayat suci al-Qur’an akan dipaparkan setelah kematian manusia dan pada hari kiamat dan menjadi kediaman abadi bagi manusia, bukan bersifat duniawi, tempat lintasan dan fana.

5.     Syurga yang dimasuki oleh Nabi Adam As dan Hawa semenjak penciptaan mereka dan setelah beberapa lama di sana, mereka dikeluarkan dari situ lalu diturunkan ke muka bumi. Syurga tersebut termasuk syurga diperingkat dunia. Kalau tidak demikian, Adam sekali-kali tidak akan keluar dari tempat itu. Ditambah lagi, dalam penemuan syurga tersebut dan kualitinya tiada sebarang sangkut pautnya dengan seluruh amalan manusia (kerana seseorang tidak akan masuk ke dalam syurga melainkan berdasarkan amalan baik yang telah dikerjakannya semasa di dunia dan bentuk syurganya mengikut kualiti amalannya).

6.     Syurga dan neraka barzakhi : Merupakan manifestasi (tajalli) batin-batin seluruh perbuatan manusia dan perilaku sebahagian mereka. Bagi " ahli jiwa dan makna –urafa' dan 'abid-)", mereka dapat menyaksikan batin-batin seluruh amalan dan akan sentiasa dekat dengan mereka sebelum kematian mereka lagi, sedangkan bagi orang-orang Mukmin yang murni dan orang-orang kafir yang murni, mereka dapat menyaksikannya di kubur setelah kematian mereka, dimana ia menjadi faktor penyebab kepada kenikmatan atau penderitaan azab bagi mereka sebelum kebangkitan di padang Masyhar, pada hari kiamat kelak.

Dan oleh kerana syurga dan neraka ini yang terjadi sebelum hari kebangkitan dan Kiamat, maka ia tergolong dari tingkatan-tingkatan dunia dan ia sentiasa mendampingi bagi setiap orang di dunia dan menjadi objek yang dapat disaksikan oleh para wali Allah, atau ianya dapat disaksikan di dalam tidur (mimpi). Pandangan ini dapat diterima berdasarkan pandangan ketiga dan kempat tentang pengaruh amalan-amalan manusia terhadap azab atau ganjaran manusia.[2]

7.     Syurga dan neraka Ukhrawi : berdasarkan banyak ayat dan riwayat menunjukkan bahawa syurga dan neraka ini sekarang telah wujud dan sebahagian darinya telah disaksikan oleh Nabi Saw semasa peristiwa mikrajnya.[3] Dengan bentuk bahawa tatkala manusia dilahirkan -di dunia-, dua tempat akan disiapkan baginya; satunya di syurga dan lainnya di neraka, dimana jika ia meninggalkan dunia ini dengan amal-amal saleh dan iman, maka ia akan memasuki syurganya, dan jika tidak demikian, ia akan dilemparkan ke dalam neraka. Namun menempati kedudukan tersebut pada tingkatan-tingkatan yang berbeza-beza syurga atau neraka, dan juga bagaimana bentuk nikmat yang akan diterima atau azab pada alam tersebut adalah bergantung sepenuhnya kepada amal perbuatan manusia semasa di dunia.

 

Sesuai dengan sanad muktabar yang dinukil dari Imam Sadiq As bahawa: “Allah Swt tidak menciptakan seorang pun kecuali Dia telah menyiapkan sebuah kediaman di syurga dan tempat di neraka baginya. Kemudian, penghuni  syurga akan mendiami syurga dan penghuni neraka akan menghuni neraka, penyeru akan berteriak lantang kepada penduduk syurga, lihatlah ke arah neraka, maka mereka akan masuk ke dalamnya  dan melihat ke arah neraka dan akan ditunjukkan kepada mereka kediaman-kediaman mereka di dalam neraka bahawa jika kamu berbuat maksiat kepada Allah, kamu juga akan dimasukkan ke tempat-tempat ini. Kemudian sebegitu mereka akan digembirakan apabila kematian (nya menyebabkannya) di syurga, dan terselamat dari azab tersebut. Selepas itu penyeru akan menyeru kepada penghuni neraka supaya mereka melihat ke arah atas. Apabila mereka menoleh ke atas, semua kediaman mereka di syurga dan segala kenikmatan yang tersedia di dalamnya akan diperlihatkan kepada mereka dan para penyeru akan berkata kepada mereka: jika kamu mentaati Allah Swt, maka kamu akan menikmati kediaman-kediaman ini. Maka itu, dalam keadaan berduka dimana jika boleh berlaku kematian sebaiknya mereka mati (daripada menderita azab Tuhan dan terlepas dari menikmati nikmat-nikmat Ilahi). Lalu kediaman-kediaman penghuni neraka di syurga diberikan kepada orang-orang yang berbuat kebaikan, dan kediaman-kediaman penduduk syurga di neraka diberikan kepada orang-orang yang melakukan keburukan. Dan demikianlah tafsir ayat ini dimana Allah Swt berfirman berkenaan keadaan penghuni syurga: Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.” (Qs. Al-Mukminun [23]:10-11)[4]

Dengan demikian, syurga dan neraka yang ada pada hari kiamat akan menjadi kediaman abadi bagi manusia dan  kini ia sudah wujud dan ia akan menjadi lebih sempurna melalui fikiran-fikiran, kondisi-kondisi dan perbuatan-perbuatan manusia dan juga akan membentuk kualiti kedudukan tersebut (syurga dan neraka). Namun selagi masih belum terjadi hari Kiamat, seorang pun tidak akan memasuki ke dalam keduanya dan seorang pun tidak pernah menyaksikannya melainkan Rasulullah Saw semasa peristiwa Mi'raj.

Oleh kerana itu, pertama syurga Nabi Adam a.s. dan Hadrat Hawa a.s. Kedua, syurga dan neraka yang disaksikan oleh manusia; baik sebelum kematiannya yang disaksikan pada waktu tidur atau ketika sedar dan ketika meninggal dunia atau setelah kematian di alam barzakh adalah syurga dan neraka mitsali dan duniawi yang merupakan manifestasi syurga atau neraka ukhrawi, tetapi bukan syurga dan neraka yang sebenarnya.

 

Sumber Rujukan:

1.     Muhammad Husain Husaini Tehrani, Ma’âd Syinâsi, jil. 1 dan 2.

2.     Syeikh Abbas Qummi, Manâzil al-Akhirah, hal. 81-170

3.     Ali Syirwani, Terjemahan Ma’âd Syinâsi, Ja’far Subhani

4.     Zainul Abidin Qurbani, Besu-e Jahân-e Abadi

5.     Rahimpur , Furugh al-Sadat, Ma’âd az Didgâh-e Imâm Khomeini

6.     Muhammad Husain Thab-thabai, Hayat Pas az Marg

7.     Muhammad Husain Thab-thabai, Barrasihâ-ye Islâmi, hal. 354-382



[1]. Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api ke dalam perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka). (Qs. Nisa [4]:10).

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya sebagian besar dari orang-orang alim dan rahib-rahib (ahli kitab) benar-benar memakan harta orang dengan jalan yang batil dan menghalang (manusia) dari jalan Allah. Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menginfakkannya di jalan Allah, maka berikanlah berita gembira kepada mereka (bahawa mereka akan mendapat) siksa yang pedih. Pada hari emas perak itu dipanaskan dalam neraka Jahanam, lalu dengannya akan dibakar wajah-wajah, rusu-rusuk, dan punggung-punggung mereka; (lalu dikatakan) kepada mereka, “Inilah harta benda yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan itu.” (Qs. al-Taubah [9]:34-35)

[2]. Muhammad Husain Husaini Tehrani, Ma’ad Syinasi, jil. 2, hal. 157-192 

[3]. Ibid, hal. 292-320; Kitab-kitab tafsir berkait dengan ayat 1 surah al-Isra.  

[4]. Allamah Majlisi, Bihâr al-Anwâr, jil. 8, hal. 125 dan 287 yang menukil dari Syeikh Abbas Qummi, Manâzil al-Akhirah, hal. 129-130

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Tolong jelaskan asas pemikiran Syiah dan ciri-cirinya?
    9708 کلیات
    Asas pemikiran Syiah dan seluruh sumber maʻārif (jamak bagi perkataan pengetahuan) Syiah adalah al-Qur'an. Syiah melihat seluruh zahir ayat-ayat Al-Qur’an, perilaku dan perbuatan, bahkan diamnya Nabi (s.a.w) sebagai hujjah. Selanjutnya Syiah juga memandang ucapan, perilaku dan diamnya para Imam Maksum juga sebagai hujjah. Di samping al-Qur'an menjelaskan ...
  • Tolong jelaskan aliran Shaykhiyyah dan pendirinya Shaykh Ahmad Ahsai?
    4233 تاريخ بزرگان
    “Shaykhiyyah” (شيخية) adalah suatu firqah di mana pengasasnya ialah Shaykh Ahmad Ihsa’i. Shaykh Ahmad lahir di kota Ahsā’ pada tahun 1166 H dan pada tahun 1186 H berangkat ke Karbala dan mengikuti sesi kuliah ulama-ulama Syi’ah. Dalam perjalanannya ke Iran dengan tujuan menziarahi Imam Ridha (a.s), ...
  • Mungkinkah manusia dapat menjalin komunikasi dengan makhluk-makhluk di alam-alam yang lain?
    10041 روح و نفس
    Tidak syak lagi memang ada sebahagian manusia yang dapat menjalinkan hubungan dengan makhluk tertentu di alam lain. Sudah tentu komonikasi ini bukan dengan jalan pengambilan dadah dan minuman keras. Terdapat perbezaan luas berkenaan dengan medium dan jalan yang dapat dijadikan sebagai perantara untuk mencapai informasi tentang perkara ...
  • Mengapa diat wanita satu perdua diat lelaki?
    4586 Huquq Dan Ahkam
    Berdasarkan pembelajaraan ilmu hukum hakam (fiqh) dan sejarah, “diat” merupakan sebuah masalah ekonomi yang disyariatkan dengan tujuan untuk menebus kerugian yang dideritai oleh mangsa. Dari sisi lain, masyarakat ideal yang ingin diwujudkan Islam ialah meletakkan inti kegiatan-kegiatan perekonomian di bahu lelaki. Ertinya dengan satu pandangan ...
  • Apakah maksud wahdatul wujud?
    7135 Falsafah Islam
    Maksud golongan irfan dan ahli hikmah tentang wahdatul wujud bukanlah satu set dunia kewujudan yang dikatakan sebagai Allah (s.w.t). Ini disebabkan penggolongan wujud dan wahdat bukanlah sesuatu yang hakiki. Begitu juga ianya tidak bermaksud penyatuan Allah (s.w.t) dengan kewujudan-kewujudan kerana perkara itu adalah mustahil (dengan maksud dua ...
  • Ilmu, kudrat, keadilan, kehidupan Tuhan, apakah bezanya sifat-sifat ini pada manusia?
    5898 صفات ذاتیه
    Allah (s.w.t) disifatkan dengan sifat yang menampakkan kesempurnaan-Nya, seperti ilmu, kudrat, hidup dan lain-lain, manakala insan pun disifatkan dengan sifat-sifat ini. Insan juga berpengetahuan, berkemampuan dan hidup. Namun penyifatan sifat-sifat ini terhadap Allah (s.w.t) dengan sifat-sifat lain adalah berbeza dari dua dimensi: 1. Sifat ini (ilmu, kudrat ...
  • Bagaimana sikap Islam terhadap demokrasi?
    7469 انتصاب یا انتخاب
    Demokrasi merupakan sebuah jalan untuk menyusun dan mengatur masyarakat. Penghormatan terhadap suara majoriti dan kebebasan peribadi, masyarakat dan sebagainya merupakan tipologi demokrasi yang jelas. Meskipun tidak terdapat kepastian antara majoriti (akthariyyah) dan kebenaran (haqqāniyah), [i] akan tetapi suara majoriti atau kebolehterimaan dapat menjadi bekal ...
  • Apakan yang ciri-ciri penting seorang penduduk bandar dalam masyarakat Islam?
    7088 روش شناسی
    Agama Islam sebagai penutup syariat Ilahi merupakan agama yang menyeluruh dan sempurna. Oleh sebab itu, Islam mengambil berat tentang hukum dan undang-undang sosial seperti hukum-hakam seseorang individu dalam sebuah masyarakat. Menurut pandangan Islam, terdapat prinsip dan penguatkuasaan dalam kehidupan sosial dan hubungan individu sebuah masyarakat yang mana ...
  • Mengapa Allah (s.w.t) tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang fasik?
    12328 هدایت الاهی
    Petunjuk (hidayah) terbahagi menjadi beberapa bahagian: Petunjuk takwīnī yang bersifat umum iaitu fitrah tauhid; ertinya petunjuk primer yang dimanfaatkan oleh seluruh manusia. Berdasarkan ajaran-ajaran al-Qur'an, pada peringkat pertama Allah (s.w.t) menganugerahkan petunjuk-Nya kepada seluruh manusia dan membuka jalan bagi mereka untuk mencapai kebahagiaan dan kesenangan ...
  • Apakah wahyu itu? Dan bagaimanakah wahyu itu diturunkan kepada para nabi?
    23395 Al-Quran
    Wahyu dari sudut bahasa bererti isyarah -petunjuk- cepat yang boleh diketogorikan dari jenis perkataan, atau dari kod-kod percakapan, atau dari bentuk suara yang "tunggal", baik dalam bentuk suara yang tersusun atau dalam bentuk tanda dan seumpamanya.Makna-makna dan penggunaan-penggunaan yang berbeza-beza dari kalimat ini ...

Populer Hits