Carian Terperinci
Pengunjung
6459
Tarikh Kemaskini 2012/05/17
Ringkasan pertanyaan
Apakah tanda-tanda kemunculan Imam Zaman (a.j.f)? dan petanda yang mana satu yang dapat dipercayai?
soalan
Apakah tanda-tanda kemunculan Imam Zaman (a.j.f)? dan petanda yang mana satu yang dapat dipercayai?
Jawaban Global

Pertanyaan-pertanyaan yang berkaitan dengan "kemunculan" dan tanda-tandanya sangatlah dapat diterima, namun perlu diingat bahawa hal ini tidak boleh menyebabkan kita terjebak ke dalam liku-liku dan kerumitannya sehingga menyebabkan kelalaian tentang matlamatnya (iaitu persiapan untuk kezuhuran).

Sebenarnya tanda-tanda kemunculan dapat dibahagikan dalam berbagai bahagian iaitu di antaranya ialah "tanda-tanda pasti" dan "tanda-tanda tak pasti".

Ramai yang menyangka bahawa kemunculan harus berada dalam skop kewujudan tanda-tanda pasti. Sebenarnya, walaupun terbukanya rahsia kegaiban Imam Zaman (a.j.f) bergantung sepenuhnya pada "kehendak Ilahi" namun hal ini tidaklah bererti bahawa tanda-tanda perlu memiliki dimensi penegasan dan seratus peratus pasti akan terjadi. Ini disebabkan sebahagian hadis menyatakan prinsip utama dari kemuculan Imam Mahdi adalah sebuah janji Tuhan yang tak dapat dielakkan. Sedangkan tanda-tanda yang lain (bahkan tanda-tanda pasti sekali pun) berada di peringkat kemungkinan dan paling maksimum hanyalah lebih mendekatkan dengan kemunculannya (ẓuhūr).

Nama-nama dari sebahagian tanda-tanda pasti tersebut dapat disebutkan sebagai: keluar dan bangkitnya peribadi tercela yang bernama Sufyānī, pantulan seruan Ilahi dan juga pantulan syaitan dari langit, terbitnya matahari dari arah barat, terjadinya ikhtilaf dan pertentangan dalaman antara peperangan kebatilan, dan terbunuhnya Nafsu Zakiyyah.

Jawaban Detil

Sebelum melanjutkan perbahasan, kami akan memberikan beberapa catatan sebagai sedikit peringatan, dan setelah itu kami akan memberikan jawapan yang lebih teperinci dalam masalah ini.

  1. Persoalan kebangkitan Imam Zaman (a.j.f) merupakan sebuah persoalan dan peristiwa paling penting yang keagungannya telah menyebabkan pemilik kebangkitan itu sendiri digelar sebagai "yang dinantikan oleh berbagai agama" (mau'ūd) dan reformasi dunia.
  2. Oleh kerana kemunculannya merupakan peristiwa yang amat penting, maka hal ini harus disertakan dengan tanda-tanda dan petunjuk yang besar kezuhurannya yang masih belum terjadi sebagaimana peristiwa-peristiwa penting lain seperti kelahiran Rasulullah (s.a.w) dan persoalan-persoalan seperti ini sentiasa diiringi tanda-tanda tertentu.
  3. Manfaat dan hasil dari kewujudan tanda-tanda ini dapat diringkaskan dalam beberapa kesimpulan berikut:

Sebahagian daripada tanda-tanda tersebut terlalu besar sehingga telah mengagungkan kebangkitan dan pembangkitnya.

Beberapa dari tanda-tanda tersebut seakan-akan menggertak dan menggerunkan hati pihak musuh.

Sebahagian yang lain ialah imbalan dan tanda-tanda bagi sebahagian daripada mereka yang menanti kedatangannya.

  1. Merupakan sebuah hal yang sangat baik bagi orang beriman agar menyedari kewujudan tanda-tanda ini sehingga tidak akan ditipu dan tidak menganggap setiap kejadian sebagai tanda-tanda kemunculan. Ini disebabkan ketiadaan pengetahuan terhadap hal-hal ini biasanya boleh dieksploitasi oleh "mahdi-mahdi palsu" atau seluruh faktor-faktor licik yang lain. Namun dalam waktu yang sama, tenggelam dalam meneliti tanda-tanda ini juga merupakan sebuah perbuatan tidak terpuji di mana kami akan paparkan penjelasannya yang lebih mendalam dalam bahagian akan datang.

 

Tafsiran atas tanda-tanda kemunculan

Terdapat berbagai klasifikasi tentang "tanda-tanda kemunculan" ini yang di antaranya ialah: tanda-tanda pasti dan tanda-tanda tak pasti. Kesalahan yang dilakukan oleh majoriti masyarakat dalam masalah ini adalah mereka yang menyangka dengan pasti sebahagian dari tanda-tanda ini. Maka persoalan "kemunculan" ini seratus peratus bergantung kepada kewujudan tanda-tanda tersebut. Sementara kenyataan yang ada, (berdasarkan sebahagian riwayat) persoalan kemunculan ini berada sepenuhnya pada "kehendak Ilahi". Sekarang, tidak ada bezanya samada tanda-tanda dan petunjuk sudah terjadi atau tidak. Dengan ini, pemahaman tanda-tanda pasti membawa maksud bahawa sebahagian petunjuk-petunjuk lebih banyak membawa kemungkinan tentang kezuhuran (yang lebih banyak ialah kemungkinannya sahaja, bukan peristiwa yang seratus peratus akan terjadi). Dengan demikian jelaslah bahawa tanda-tanda tak pasti hanya akan berada dalam kedudukan yang memiliki kemungkinan lebih kecil untuk terjadi berbanding dengan tanda-tanda pasti.

Dengan mengamati hadis di bawah ini kita akan memperolehi alasan makna tanda-tanda pasti dan tak pasti tersebut:

"Daud bin Abi Al-Qasim menukilkan, "Kami berada berada di hadapan Imam Jawad (a.s), ketika itu terjadi pembicaraan tentang (tanda-tanda kemunculan) kebangkitan dan keluarnya (seseorang yang bernama) Sufyānī, dan apa yang telah dikatakan dalam sebahagian riwayat bahawa (yang menjadi petanda kemunculan) hal ini pasti akan terjadi. Aku bertanya kepada Imam (a.s), "Apakah Tuhan akan membuat perubahan dalam prinsip kejadian atau ciri-ciri hal ehwal yang pasti seperti ini (seperti akan mengubahnya menjadi sama sekali tidak wujud atau janji-janji pasti tanpa kejadian tanda-tandanya)? Imam berkata, "Ya, kemungkinan untuk mengalami perubahan itu sentiasa ada, bahkan dalam persoalan yang pasti sekali pun", aku berkata, "Dengan demikian, kami khuatir bahawa Tuhan akan mengadakan perubahan (bada') dalam prinsip kemunculan Imam Zaman (a.j.f)?" Imam menjawab, "(Tidaklah demikian, kerana) Kebangkitan Qaim (a.j.f) merupakan salah satu daripada janji-janji Tuhan yang tidak akan mengalami perubahan. "[1]

Muhaddis Nuri (r.a) salah seorang daripada muhaddis terkenal menulis tentang hal ini, "Selain masalah kemunculan dan kebangkitan al-Hujjah bin al-Hasan al-Mahdi (a.j.f) yang pasti akan terjadi dan sama sekali tidak akan mengalami perubahan atau pun penyimpangan, seluruh apa yang dikatakan dalam ayat-ayat dan tanda-tanda sebelum kemunculan dan yang datang bersamaan dengannya, semuanya dapat mengalami perubahan, pergantian, terjadi lebih cepat, lebih lambat, dan sebagainya termasuk pada tanda-tanda yang telah digolongkan dalam tanda-tanda pasti sekalipun. Hal ini disebabkan apa yang dimaksudkan dengan pasti di sini (dalam khabar tersebut) bukanlah menunjukkan sama sekali tidak boleh mengalami perubahan dan akan terjadi dengan cara yang sama tanpa berbeza dengan apa yang difirmankan. Kecuali maksudnya adalah hal tersebut merupakan tahap dari penegasan yang terdapat di dalamnya di mana hal ini tidak akan bertentangan dengan perubahan yang terjadi pada sebuah tingkatan."[2]

Maka dengan ini adalah lebih baik semua orang berusaha ke arah matlamat dalam mempersiapkan kelengkapan untuk kezuhuran. Selain itu rasa kekhawatiran (yang muncul kerana ketiadaan harapan terhadap rahmat-Nya dan perhatian Imam Zaman a.j.f) dapat digantikan dengan berdoa secara ikhlas dan rendah hati serta sehingga jasmani dan rohani yang cuba meraih sumber rahmat Ilahi menyebabkan diri sendiri menjadi insan mulia. Semuanya ini berada dalam skop makrifat yang mendalam terhadap agama dan merupakan hasil dari melakukan kewajiban serta meninggalkan dosa.

 

Jenis dan Jumlah Tanda-tanda yang Pasti

Berdasarkan sebahagian riwayat, terdapat lima tanda-tanda yang boleh digolongkan dalam tanda-tanda pasti di mana nama setiap satunya telah disebutkan. Sudah tentu penjelasan, bagaimana dan apakah petanda ini sangat luas perbahasannya di mana kami tidak dapat ulas secara terperinci dalam tulisan pendek ini.

Abi Hamzah Thumali berkata, "Aku berkata kepada Imam Ṣadiq (a.s) bahawa ayah beliau yang mulia iaitu Imam Muhammad Baqir (a.s) berkata, akan keluar seorang yang bernama Sufyānī yang merupakan salah satu perkara yang pasti, demikian juga dengan adanya pantulan seruan dari langit, terbitnya matahari dari arah Barat, dan beliau juga menyebutkan beberapa hal lain yang dianggap sebagai persoalan-persoalan yang pasti akan terjadi. Mendengar hal tersebut, Imam Ja'far Shadiq (a.s) pun menambahkan apa yang telah dibicarakan oleh ayahandanya, "Demikian juga terjadinya ikhtilaf antara Bani Fulan (mungkin Bani Umayyah yang merupakan medan kebatilan) pun merupakan salah satu dari persoalan yang pasti, terbunuhnya Nafsu Zakiyyah pun pasti, dan keluar serta bangkitnya Qaim (a.j.f) pun pasti, bahkan merupakan salah satu janji yang meyakinkan." Aku bertanya, "Tolong jelaskan tentang tanda-tanda seruan dari langit", beliau berkata, "Pada awal hari, pemanggil akan berteriak dengan suara lantang (sehingga setiap bangsa memahami dengan bahasanya masing-masing) dengan mengatakan, "Ketahuilah bahawa kebenaran (haq) bersama Ali dan para pengikutnya", dan di penghujung hari Iblis juga akan berteriak, "Ketahuilah sesungguhnya hak bersama Sufyānī dan para pengikutnya." Pada saat inilah orang-orang yang tidak kukuh dalam kebenaran akan mengalami keraguan."[3]

 

Catatan:

Yang dimaksudkan dengan Nafsu Zakiyyah ialah manusia yang sangat mulia dan berwibawa. Beliau mendapat tugas daripada Imam Zaman (a.j.f) untuk melakukan tabligh dan berdakwah. Namun beliau akan dibunuh dan syahid di Ka'bah (di antara rukun dan maqam).[4]

Dan yang dimaksud dengan Sufyānī adalah seorang daripada kaum Mu'anidin yang bangkit dengan tujuan untuk melawan Imam (a.j.f). Namun atas kehendak Tuhan, dia akan tebenam bersama seluruh pasukannya ke dalam bumi di wilayah yang bernama Baida' (terletak di Yaman).[5][]


[1] . Allamah Majlisi, Bihār al-Anwār, jil. 52, hal. 250-251, Cap-e Islamiyyah.

[2] . Muhaddis Nuri, Najmu Ats-Tsaqib, hal. 832, Cap-e Jamkaran.

[3] . Kamaluddin, jil. 2, hal. 652.

[4] . Bihārul Anwār, jil. 52, hal. 307,hadis ke 81.

[5] . Ridhwani, Ali Ashgar, Mau'ud Syināsi, hal. 524, Nasyr Jamkaran.

 

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Apakah kisah tentang keengganan Iblis untuk sujud itu memang suatu fakta atau hanyalah cerita khayalan?
    7907 Tafsir
    Sebelum menjawab pertanyaan ini, adalah penting disebutkan di sini bahawa salah satu jalan untuk mengenal sesuatu ialah ta’rif bil mitsal atau mendefinisikan sesuatu dengan menyampaikan contoh-contoh iaitu menjelaskan hakikat secara rasional dengan cerita-cerita penjelasan yang tidak abstrak dandapat
  • Apakah ajaran "Budha" adalah agama ilahi?
    10308 Teologi Klasik
    Sepanjang catatan sejarah, manusia selalunya tidak pernah sepi dari berbincang tentang permasalahan agama. Ini kerana hanya melalui agama sahaja manusia dapat menyempurnakan dirinya dan menghubungkan dirinya kepada Maha Pencipta yang menciptakannya. Akan tetapi sejarah juga membuktikan dalam nukilannya bahawa perjalanan manusia ini sering dikotori oleh agama-agama bumi (ardhi) ...
  • Makna Islam pada ayat 19 surah Ali Imran?
    18913 Teologi Baru
    Islam secara bahasa bermakna penyerahan diri (taslim) tanpa syarat di hadapan Tuhan. Agama merupakan penjelas segala bimbingan Tuhan terhadap manusia dalam bidang pemikiran, keadaan, perilaku dan bermasyarakat, dan juga menjelaskan bagaimana hubungan manusia dengan dirinya sendiri, orang lain dan dengan Tuhan.
  • Apakah matlamat Allah menciptakan manusia?
    11919 Teologi Klasik
    Tuhan adalah zat yang Maha Sempurna secara mutlak, suci dari semua kekurangan dan kecacatan, Maha Kaya dari semua kewujudan di alam semesta ini, tidak memerlukan apa pun, sebaliknya makhluk-makhluk-Nya pula ialah mereka yang perlu dan berhajat kepada-Nya. Di sisi lain, dalam kesempurnaan-Nya Allah adalah zat yang Maha ...
  • Apa yang menjadi latar belakang penolakan agamawan atas doktrin wahdat al-wujud?
    7495 Irfan Teori
    Wahdat al-wujud adalah gagasan yang paling fundamental dalam lapangan irfan. Menurut pandangan dunia irfan seperti dalam mazhab Ibnu Arabi, wahdat al-wujud adalah doktrin yang paling ...
  • Apakah sebab-sebab kemunculan berbagai aliran dan mazhab di kalangan kaum muslimin?
    73740 Teologi Klasik
    Terdapat penyebab yang beragam berkenaan dengan kemunculan pelbagai aliran dan mazhab dalam Islam. Di antaranya adalah ketidakpedulian sekelompok umat Islam terhadap wasiat-wasiat dan ucapan Rasulullah (s.a.w) berkenaan dengan masalah khilafah dan keimamahan Imam Ali (a.s), masuknya para pemeluk agama lain di kalangan umat Islam, percampuran dan pertukaran ...
  • Bagaimana mampu diandaikan keberadaan mumkinul wujud di samping Wâjibul Wujud yang basith dan tidak memiliki gabungan dalam ZatNya?
    6197 Falsafah Islam
    Pada rangkaian salasilah sistem wujud yang menegak (Nizam at-Tuli), selain seluruh hakikat wujud adalah wujud dan ada, mereka juga memiliki darjat-darjat dan tingkatan-tingkatan yang berbeza, di mana dalam tingkatan-tingkatan mereka ini terdapat persamaan dan perbezaan dalam aspek kewujudan atau wujud itu sendiri.
  • Apakah hakikat dosa? Apa pengaruhnya terhadap roh dan jiwa manusia?
    13127 Akhlak Praktikal
    Jawapan untuk pertanyaan di atas mempunyai 4 bahagian: Hakikat dosa: Dosa dalam bahasa Arab disebut dengan ʼithm dan ‘iṣyān (اثم و عصيان). Dosa dengan pengertian ini memiliki makna berpaling dari perintah tuan, melakukan kesalahan dan kesilapan. Seorang pelaku dosa menuruti syahwat dan kemarahan sebagai ...
  • Apakah justifikasi pembunuhan seorang anak kecil ditangan Nabi Khidir menurut perspektif sentimen?
    16298 Tafsir
    Islam adalah agama kebijaksanaan, akal dan hikmah. Sejak awal penurunannya di zaman Nabi Adam as., Islam telah mepersembahkan ajaran-ajarannya yang dipenuhi cahaya hikmah yang menjadi penyuluh pelita perjalanan umat manusia. Ya, Islam telah melahirkan peribadi-peribadi terpilih dari rahim suci ajarannya. Sejarah telah ...
  • Dalam perspektif agama Islam dan Syiah, dalam masalah-masalah apa sajakah manusia memiliki ikhtiar dan kebebasan?
    6935 Teologi Klasik
    Dengan merujuk pada teks-teks agama dan mencermati kandungan ayat-ayat dan riwayat-riwayat, dapat ditemukan adanya pemahaman akan kebebasan manusia. Makna dari pernyataan ini bukanlah bermaksud manusia itu memiliki kebebasan secara mutlak dan tidak ada satupun faktor atau kekuatan yang mampu memberikan pengaruh atau menguasai ke atas perbuatannya, bahkan ...

Populer Hits