Carian Terperinci
Pengunjung
7518
Tarikh Kemaskini 2010/11/14
Ringkasan pertanyaan
jelaskan pemahaman ayat "لا اکراه فى الدّین قد تَبَیّن الرّشدُ مِن الغىِّ..." “Tidak ada paksaan dalam agama. Sungguh telah jelas petunjuk daripada kesesatan….” dengan tafsiran yang berbeza.
soalan
jelaskan pemahaman ayat "لا اکراه فى الدّین قد تَبَیّن الرّشدُ مِن الغىِّ..." “Tidak ada paksaan dalam agama. Sungguh telah jelas petunjuk daripada kesesatan….” dengan tafsiran yang berbeza.
Jawaban Global

Dengan alasan terhadap tafsir yang berbeza, daripada lima pendapat dalam pemahaman dan makna ayat yang telah dijelaskan dimana pendapat yang sahih adalah khabar yang mempunyai sifat umum, kesyumulan dalam dan keinsanan dan ianya adalah; agama adalah satu masalah keyakinan dan hati. Tekanan dan terpaksa didalam perkara tersebut adalah mustahil dan hamba Allah swt adalah pemilik ikhtiar dan memiliki pilihan. Pendapat ini juga adalah bukti yang jelas untuk mematahkan pendapat mereka yang berakidahkan “jabariah” dimana mereka telah berkata: “manusia dalam menerima Islam atau kafir dan atau beribadah, bermaksiat dan perbuatan yang lain adalah terpaksa ”. dalam masa yang sama dibawah ayat diatas sekurang-kurangnya terdapat lima pandangan dalam menafsirkan dan menjelaskan ayat mulia di atas. Penafsiran yang benar adalah bahawa ayat tersebut merupakan peringatan umum untuk seluruh umat manusia, iaitu bahawa sesungguhnya agama itu merupakan masalah keyakinan hati setiap orang. Kerana itu, tidak boleh ada paksaan dan tekanan, dan hal itu mustahil (tidak mungkin). Kerana setiap insan telah diberikan kebebasan untuk memilih dan menentukan agamanya masing-masing. Argumen ini sangat jelas untuk menepis pandangan kaum Jabariyun (determinisme). Mereka berpandangan bahawa “Manusia itu dipaksa untuk menerima agama Islam atau kekufuran atau melakukan ibadat ataupun bermaksiat”. Di samping itu dan dari sisi lain, ayat itu pun dan ayat setelahnya merupakan argumen yang sangat jelas untuk menolak pandangan dan pemikiran kaum Mufawwidah (kebebasan mutlak) yang mengatakan bahawa “Setelah Allah swt menciptakan manusia, maka Dia menyerahkan sepenuhnya seluruh urusan, kehendak dan ikhtiar kepada manusia. Sementara itu, Dia mengasingkan diri dan menunggu mereka sampai tiba dihari Kiamat”. Ayat berikutnya menjelaskan tentang wilayah dan sunnah (undang-undang) Ilahi, iaitu bahawa tidak sesuatu pun yang keluar dari pemilikan dan penguasaan Ilahi. Hal ini pun memperkuatkan argumen di atas untuk menolak kefahaman tafwidh. Dengan ungkapan lain bahawa sebagaimana tidak mungkin ada paksaan dan tekanan dalam masalah keimanan, di samping itu pula manusia tidak mungkin keluar dari pemilikan dan penguasaan Allah Swt. Melainkan -berdasarkan sunnah dan wilayahnya Ilahi- barangsiapa yang memalingkan diri dari thagut (penguasa zalim) dan kekufuran, dan pergi meraih keimanan kepada Allah swt maka berdasarkan hukum casuality(illat dan ma’lul), ia telah berpegang teguh kepada tempat bergantung yang kuat. Dan hal ini merupakan persiapan untuk menerima siraman hidayah berikutnya dan terselamat dari kegelapan dan menuju kepada sinar terang yang abadi. Sebaliknya, barangsiapa yang kufur dan membelot dari kebenaran, padahal sudah begitu terang dan jelas baginya, maka berdasarkan sunnah Ilahi , ia berada dalam kegelapan hati dan kesesatan. Dengan demikian manusia yang memiliki kemampuan untuk memilih dan berkehendak, tidak mempunyai kekuasaan sama sekali dalam menentukan hasil dan nilai usahanya itu. Melainkan semua itu berdasarkan sunnah Ilahi. Dari uaraian di atas tentang dua ayat tersebut, dapat disimpulkan bahawa sesungguhnya ucapan dan sabda para Imam maksum As pun sesuai dengan maksud ayat al-Qur’an tersbeut, yaitu: “La jabra wala tafwidha, bal amrun baynal amrain” (tidak ada paksaan, dan juga tidak ada kebebasan mutlak/tafwidh, tetapi yang ada hanyalah pertengahan di antara keduanya).

Jawaban Detil

Terjemahan lengkap bagi ayat tersebut adalah: “Dalam masalah agama dan keyakinan sama sekali tidak ada paksaan. Dan petunjuk pun sangat jelas dibandingkan kesesatan. Oleh sebab itu, barangsiapa yang mengingkari taghut-taghut dan beriman kepada Allah swt, pasti ia telah berpegang kepada tali Allah yang teguh yang tidak akan terpisah darinya. Dan Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui." (Qs. Al-Baqarah [2]:256)

Sebelum kami menjelaskan dan menafsirkan ayat di atas dengan lebih dalam lagi, sebagai mukaddimah, perlulah diperhatikan beberapa perkara berikut ini:

1.     Makna Daripada Segi Bahasa:

“Ikrah” bermakna: seseorang yang dipaksa untuk melakukan suatu pekerjaan. “Rusyd” bermakna: hidayah (petunjuk), keselamatan, kebaikan dan kesempurnaan.[1] Lawannya adalah “Ghay” yang bermakna: pergi menuju kepada kehancuran.[2] Allamah Thaba-thaba’i berkata: “’Rusyd’ bermakna: mencapai hakikat masalah dan realiti perkara dan jalan tengah. Lawannya adalah ‘ghay’ yang bermakna sebaliknya. Sebab itu, ‘rusyd’ dan ‘ghay’ bermakna lebih umum dan lebih luas daripada hidayah dan kesesatan”.[3]

 

2. Pandangan Para Mufassir:

Secara umumnya, setidak-tidaknyanya terdapat lima pandangan dari para mufassir dalam memaknakan ayat “La ikraha fiddin (tidak ada paksaan di dalam agama)” di mana secara berturutan dinyatakan seperti berikut ini:

  1. Maksudnya adalah: tentang seseorang, setelah selesai berperang tidak menyatakan dirinya memeluk Islam. Tetapi secara terpaksa ia menerima Islam.[4]

  2. Ayat tersebut berkaitan dengan Ahli Kitab (orang-orang yang memeluk agama samawi; Kristien, Yahudi dan Zoroaster). Setelah mereka bersedia membayar jizyah (cukai) kepada daulah (negara) Islam, tidak boleh dipaksa untuk memeluk Islam.[5]

  3. Maksud ayat tersebut adalah seluruh kaum kafir yang kemudian di-nasakh (dimansuh) oleh ayat-ayat qitâl [6](peperangan), dan jihâd[7] (perjuangan).[8]

  4. Maksud ayat di atas ialah: Sekelompok tertentu dari kaum Anshar.[9] Seperti mana bahawa sya’ni nuzul (sebab turun) ayat tersebut berkaitan dengan mereka. Dan dalam hal ini disebutkan terdapat beberapa kisah, antara lain: terdapat seorang muslim dari kaum Anshar yang memiliki kulit berwarna hitam, ia mendapat tekanan untuk menerima agama Islam. Kemudan turunlah ayat tentangnya.

  5. Sekelompok mufassir menjelaskan bahawa maksud ayat tersebut tidak ditujukan kepada siapa pun, baik individu mahupun kelompok tertentu. Melainkan mencakupi untuk seluruh umat manusia di muka bumi ini. Mereka berkata: “Agama merupakan masalah keyakinan dan urusan hati, oleh sebab itu mustahil dan tidak boleh ada paksaan sama sekali. Setiap insan diberikan kebebasan dan kehendak untuk memilih agama dan keyakinannya masing-masing. Dan pandangan ini dijelaskan dengan pelbagai keterangan yang berbeza-beza mengikut para mufassir, terutama penjelasan para mufassir terkini”.[10]

 

Setelah memperhatikan beberapa pandangan daripada pelbagai penafsiran tentang ayat di atas, maka kami berpandangan bahawa penafsiran yang benar dan kukuh adalah penafsiran dan pandangan yang terakhir. Di mana, dengan logik al-Quran dapat disimpulkan bahawa: masalah agama tidak boleh ada tekanan dan paksaan kerena kebenaran dan hakikat telah jelas, jalan-jalan hidayah dan petunjuk telah jelas, begitu juga dengan jalan-jalan kesesatan. Setiap orang bebas dalam memilih keimanan atau kekufuran, bebas memilih jalan yang ini atau jalan yang itu.

Berdasarkan siyâq (susunan) ayat dan ayat-ayat yang terletak sebelum dan sesudahnya, mungkin juga dapat diambil satu kesimpulan bahawa walaupun ayat tersebut berkaitan erat dengan dasar-dasar ilmu kalami (akidah dan keyakinan), tetapi boleh juga dijadikan sebagai dasar dan akar cabang-cabang ilmu lainnya, seperti ilmu politik, ekonomi dan lain-lain. Hal ini sebagaimana disampaikan oleh lidsah suci para Imam maksum a.s: “La jabra wala tafwidha, bal amrun baynal amrain”.[11] Kerana pada ayat sebelumnya telah memberikan gambaran tentang tauhid dengan jelas, iaitu bahawa setiap insan (dengan fitrahnya yang sihat) hanya dengan sedikit merenung dan berfikir, dengan mudah akan menemukan hakikat dan kebenaran. Akan tetapi orang-orang yang berfikiran serong sentiasa memberikan gambaran yang menyimpang tentang tauhid. Kerananya, ayat ini dan ayat setelahnya -sebenarnya- telah menutup jalan dan peluang bagi mereka dengan memberikan kaedah universal. Dengan kata lain bahawa ayat tersebut merupakan dalil yang jelas untuk menolak pandangan Jabbariyun (keterpaksaan) yang mengatakan bahawa: “Manusia itu dipaksa untuk menerima agama Islam atau kekafiran atau berbuat ibadat atau pun maksiat dan perbuatan-perbuatan lainnya”. Sedangkan sebenarnya tidaklah sedemikian[12] (sehingga tidak ada peluang lagi bagi mereka untuk menolak pandangan dan jalan tengah yang rasional). Sesungguhnya Allah swt tidak pernah memaksa seorang hambaNya pun. Dari sudut lain, dengan memperhatikan ucapan kaum mufawwidhah: “Setelah penciptaan manusia, seluruh urusan diserahkan kepada kehendak dan ikhtiar manusia dan sementara itu Tuhan telah pergi dan menunggu sehingga tibanya Hari Kiamat”. Sebagaimana ungkapan Abu Muslim dan Qaffal yang berpandangan muktazilah dalam memaknakan ayat bahawa “Allah swt telah menyerahkan urusan iman sepenuhnya di tangan manusia dan bukan dengan paksaan dan tekanan. Kerana Allah swt telah menjelaskan masalah tauhid secukupnya sehingga hal itu merupakan dalil dan hujjah yang jelas nyataa bagi orang-orang yang membangkang. Dengan demikian tidak ada alasan lagi bagi orang kafir dan pengingkar untuk tetap mempertahankan kekufurannya. Apabila ia masih tetap mempertahankan kekafirannya, maka tidak ada jalan lain kecuali dia harus ditekan dan dipaksa. Akan tetapi ayat tersebut (La ikraha fiddin…) menegaskan bahawa sama sekali tidak boleh ada tekanan dan paksaan dalam masalah agama dan keyakinan kerana dunia ini adalah tempat ujian, sementara tekanan dan paksaan akan menafikan makna ujian tersebut”.[13]

Ayat di atas juga merupakan dalil yang jelas untuk menolak pandangan mereka kerana ayat tersebut, setelah mematahkan pandangan jabbariyah, selanjutnya -secara langsung- mengatakan: “Dan barangsiapa yang mengingkari taghut dan beriman kepada Allah, pasti ia telah berpegang teguh kepada tali yang kukuh yang tidak akan terpisah darinya. Dan Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui”. Dengan memperhatikan ayat yang terletak setelahnya yang menjelaskan masalah wilayah dan sunnah Ilahi, dapat diambil kesimpulan bahawa tidak ada sesuatu pun yang keluar daripada pemilikan dan kekuasaan Allah swt. Dengan kata lain, bukan bererti apabila tidak ada paksaan dan tekanan dalam agama dan keyakinan, maka seseorang boleh saja keluar dari pemilikan dan penguasaan Ilahi. Tidak, tidak demikian. Akan tetapi berdasarkan sunnah Ilahi; barangsiapa yang mengingkari taghut dan kekufuran, kemudian dia beriman kepada Allah swt, maka berdasarkan hukum sebab dan kesan (illat dan ma’lul), dia telah memegang erat-erat tali Allah yang kukuh. Dan hal ini merupakan asas tapak dan persiapan bagi anugerah dan hidayah selanjutnya serta akan meraih keselamatan dari kegelapan menuju jalan terang benderang. Dan sebaliknya, barangsiapa yang mengingkari keimanan kepada Allah, sedangkan jalan-jalannya sudah sangat jelas, maka berdasarkan hukum sebab dan kesan (illat dan ma’lul) itu pula, bererti ia telah menuju dan memilih jalan-jalan kegelapan. Dengan demikian, walaupun manusia itu memiliki kehendak, ikhtiar dan kemampuan memilih secara bebas, tetapi ia tidak memiliki kemampuan untuk menentukan hasil pilihannya tersebut. Melainkan ia harus mengikuti sunnatullah.

 

Kesimpulan yang dapat diambil dari huraian panjang di atas ialah: “la jabra” (tidak ada tekanan dan paksaan), sebagaimana yang ditunjukkan oleh ayat bahagian awal “la ikraha fiddin”. Dan “la tafwidha” (tidak ada kebebasan mutlak), sebagaimana yang ditunjukkan ayat berikutnya yang berbunyi “faman yakfur biththaguti…..”. Dan hal itu merupakan solusi yang sangat jelas dan nyata bagi setiap insan yang berakal.[]



[1] . Qamusu al-Qur’an, Sayyid Ali Akbar Qurasyi, juz 3 m/s.100.

[2] . Ibid, juz 5, m/s. 131.

[3] . Tafsir al-Mizan, juz 2, m/s. 342.

[4]. Tafsir Majma’ul Bayan, Allamah Thabarsi, juz 2, m/s. 126, Tafsir ar-Razi, Syaikh Abul Fatah ar-Razi, juz 2 m/s. 330.

[5] . Tafsir Amili, Ibrahim Amili, juz 1, m/s. 515 dan 516, Majma'ul Bayan, ibid, al-Kasysyaf, Jamakhsyari, juz 1, m/s. 487.

[6] . QS. At-Taubah: 5.

[7] . Ibid, 73.

[8] . Majma'ul Bayan, ibid, al-Kasysyaf, ibid, Tafsir Amili, ibid.

[9] . Majma'ul Bayan, ibid, Al-Kasysyaf, ibid, tafsir Amili, ibid, Tafsir Nemuneh, juz 2, m/s. 279 dan 280.

[10]. Majma'ul Bayan, ibid, al-Mizan, ibid, Tafsir Nemuneh, ibid.

[11] . Al-Kafi, jilid1, m/s. 160, bab jabr dan qadr.

[12] . Athyabul Bayan dar Tafsiril Qur’an, Sayyid Abdul husein Thayyib, juz 3 m/s. 18.

[13] . Tafsir Kabir, fakhru ar-Razi, jilid 3, m/s. 15.

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Sejarah dan asal usul pemikiran Baha’iyyah.
    8742 Teologi Klasik
    Pengasas dan pelopor aliran Baha’iyyah adalah Mirza Hussain Ali Nuri yang memeluk ideologi Ali Muhammad Bab dan beriman dengan dakwaan-dakwaannya setelah kemunculan dan huru-hara Ali Muhammad Bab dengan propaganda Mullah Husein Busyrawiyah. Setelah kematian Bab dan berpaling dari mentaati saudaranya Yahya Subḥ Azal (Pengganti Bab), Mirza Hussain Ali Nuri ...
  • Apa yang dimaksud dengan keadilan dalam dasar-dasar agama (ushuluddin)?
    7241 Teologi Klasik
    Di dalam ilmu kalam,keadilan dibahaskan dan dikaji dengan seluruh pengertiannya. Akan tetapi kebanyakan dari pengertian yang mendapat kritikan dan menjadi sebab terpisahnya golongan Adliah (Imamiyah dan Mu’tazilah) dari golongan Asyairah, ...
  • Apakah tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi a.s?
    24233 Teologi Baru
    Perbahasan tentang kemunculan Imam Mahdi a.s merupakan perbahasan yang agak rumit sehingga memerlukan penelitian secara menyeluruh terhadap topik mahdawiyat, tetapi secara keseluruhan daripada riwayat yang telah digunakan di mana tanda-tanda kemunculannya adalah dapat dilihat dari satu sudut yang terbahagi kepada dua:
  • Berapakah jumlah masyarakat Yahudi Iran dan bagaimanakah sikap kerajaan Iran dengan mereka?
    5056 Undang-undang
    Di Republik Islam Iran terdapat agama-agama menoriti seperti Yahudi, Kristian, Zarathustra dan sebagainya yang hidup di samping kaum Muslimin. Mengikut data statistik yang disebarkan oleh kaum Yahudi Iran sendiri bahawa jumlah terkini kaum Yahudi (Kalimi) yang hidup[1] di Iran adalah 20 ribu orang. Mereka juga –seperti masyarakat yang ...
  • Apakah makna dari ayat berikut, "Tuhan akan memberikan hidayah kepada sesiapa pun yang Dia kehendaki dan akan menyesatkan sesiapa pun yang Dia kehendaki"?
    9576 جبر یا اختیار و عدالت پروردگار
    Dalam ilmu Kalam (teologi) telah terbukti bahawa manusia memiliki ikhtiar dan kebebasan dalam melaksanakan aktiviti-aktivitinya, dan ajaran-ajaran al-Quran pun tidak bertentangan dengan hakikat ini bahkan membenarkannya. Akan tetapi disebabkan sebahagian daripada ayat-ayat al-Quran yang merupakan penafsir dan penjelas bagi ayat-ayat lain, maka ayat-ayat tersebut harus diletakkan secara ...
  • Adakah hikmah dan ilmu itu berbeza?
    6050 Tafsir
    Makna hikmah daripada segi bahasa adalah ucapan dan perbuatan yang sesuai dengan kebenaran dan realiti, sampai kepada kebenaran dengan media ilmu dan akal atau yang membuat manusia berdiri di atas landasan kebenaran. ...
  • Adakah Allah swt itu perlu ditakuti atau dicintai?!
    6337 Akhlak Praktikal
    Mencintai, gabungan antara takut dan harapan, serta tentang cinta yang dinisbatkan terhadap Allah swt, bukanlah perkara yang menakjubkan. Ini kerana perkara ini adalah sesuatu yang lumrah dan memenuhi kehidupan kita, tetapi disebabkan ianya sangat jelas maka kita telah lalai akan keadaan itu. Perlu diingat ...
  • Apakah Tuhan itu dapat dilihat? Bagaimana?
    7099 پروردگار. نامها و ویژگی ها
    Sesuai dengan hukum akal dan syariat, sesungguhnya Allah tidak dapat dilihat dengan mata zahir, baik di dunia mahupun di akhirat. Namun Allah dapat disaksikan dan dilihat dengan mata hati. Hati dapat menyaksikan dan melihat Allah (s.w.t) menurut kemampuan eksistensialnya. Hal ini dapat dilakukan melalui jalan penyaksian (shuhūd) ...
  • Sandaran (sanad) dua ayat terakhir dari surah at-Taubah dan peristiwa di dalamnya?
    24209 Tafsir
    Secara umum yang dimaksud dengan "sanad" dari soal yang diajukan sangat tidak jelas dan masih kabur. Dan zahirnya pertanyaan begini tidak memiliki jawapan khusus. Namun boleh jadi tujuan dari pengajuan pertanyaan tersebut adalah ingin memahami sebab-sebab penurunan ayat tersebut (sya'n an-nuzul) atau penafsiran dari ayat yang dimaksudkan. Atau ...
  • Apa yang dimaksud dengan hubūṭ (turunnya) Nabi Adam dari Syurga?
    6611 پیامبران و کتابهای آسمانی
    "Hubūṭ " bermakna turunnya sesuatu atau seseorang dari tempat yang tinggi (nuzūl) dan lawan perkataan adalah ṣuʻūd (naik). Kadang-kadang ia juga bermakna hulūl (kemasukan) sesuatu atau seseorang pada suatu tempat. Perbahasan “hubūṭ Adam” dan “apa makna hubūṭ (turun)” ini pada tahap pertama bergantung pada cara kita memahami ...

Populer Hits