Carian Terperinci
Pengunjung
3692
Tarikh Kemaskini 2011/07/21
Ringkasan pertanyaan
Apabila Tuhan mengetahui apa yang hendak kita lakukan apakah ini bukan bermaksud paksaan (al-jabar)?
soalan
Kami meyakini bahawa segala sesuatu telah diketahui Tuhan semenjak azal (baik dalam pandangan al-Qur’an ataupun hadis). Persoalan adalah ini, jika Tuhan mengetahui apa yang akan kita lakukan apakah hal ini tidak bermaksud satu paksaan ilmu Tuhan yang mengarahkan kita untuk melakukan pekerjaan tersebut? Kerana apabila kita melakukan satu perbuatan yang bertentang dengan ilmu Tuhan maka hal ini menunjukkan adanya kekurangan pada ilmu Tuhan. Dan apabila bertepatan dengan ilmu Tuhan ia adalah sebuah paksaan. Sudah tentu sebahagian teman memberikan dalil sedemikian bahawa Tuhan ibarat seorang pengetua sekolah yang mengetahui apabila seorang pelajar tidak mempelajari pelajarannya maka dia akan gagal. Ertinya pada ilmu Tuhan adalah seperti ini dimana Tuhan mengetahui apabila kita melakukan sebuah perbuatan maka kita akan mencapai hasil tertentu dan apabila kita melakukan perbuatan tersebut maka hasilnya akan lain. Namun menurut pendapat saya jawapan ini sendiri menunjukkan adanya kekurangan pada ilmu Tuhan.
Jawaban Global

Dalam menjawab orang-orang yang memberikan dalil tentang paksaan(aljabar) melalui ilmu azali Tuhan maka harus dijawab sebegini:

“Tuhan semenjak azal mengetahui bahawa manusia dengan kebebasan dan ikhtiar yang dimilikinya akan melakukan perbuatan-perbuatan.” Jawapan ini tidak bertentangan dengan pengetahuan menyeluruh dan azali Tuhan. Kerana Tuhan semenjak azal mengetahui bahawa manusia akan melakukan perbuatan-perbuatan dengan kebebasan dan ikhtiar yang dimilikinya. Sebagaimana hal ini juga tidak bertentangan dengan kepenciptaan Tuhan. Kerana Tuhan semenjak azal berkehendak sedemikian bahawa perbuatan ini terjadi berasaskan kehendak dan kebebasan manusia. Jawapan seperti ini juga tidak bertentangan dengan kebebasan manusia.

Nampaknya dalil ucapan yang Anda katakan tadi: ”jawaban ini tidak bertentangan dengan ilmu menyeluruh Tuhan dan menunjukkan adanya kekurangan pada ilmu Tuhan” adalah bahawa ilmu Tuhan kerana merupakan Dzat Tuhan itu sendiri, ia juga merupakan sebab. Kerana itu contoh yang dijelaskan di atas tidak sesuai kerana ilmu selain Tuhan sekali-kali tidak akan menjadi sebab bagi perbuatan-perbuatan orang lain.

Namun sebagaimana yang telah kami sebutkan tadi, ilmu Tuhan walaupun ia merupakan Dzat Tuhan itu sendiri, ia juga merupakan sebab bagi sesuatu yang jelas(maklum). Akan tetapi harus diperhatikan bahawa ilmu Tuhan yang merupakan sebab bagi terwujudnya seluruh fenomena adalah ilmu yang menyeluruh dan sempurna. Ertinya ilmu terhadap keseluruhan sebab-sebab dan syarat-syarat terjadinya sebuah fenomena atau kejadian.

Terkait dengan perbuatan manusia kerana salah satu bahagian dan syaratnya adalah kebebasan dan ikhtiar manusia, dengan sebegini rupa sehingga apabila perbuatan tersebut terjadi bukan dengan kebebasan dan ikhtiar maka hal ini akan bertentangan dengan ilmu azali Tuhan. Oleh kerana itu, ilmu menyeluruh dan sempurna Ilahi bukan saja tidak bertentangan dengan kebebasan, akan tetapi ia juga membuktikan kebebasan manusia.

Adapun perumpamaan dan contoh yang dikemukakan harus diperhatikan bahawa dalam memberikan perumpamaan seluruh sudutnya tidak akan diperhatikan. Perumpamaan yang diberikan seperti ini hanya untuk menjelaskan satu sudut bahawa pengetahuan dan ilmu (orang-orang seperti pengetua sekolah) tidak akan menjadi sebab ternafinya kebebasan. Namun secara asasnya, kerana tidak ada sesuatu yang menyerupaiNya, “laisa kamtsilihi syai” (Qs. Syura [42]:11) maka terkait dengan setiap perumpamaan dan contoh untuk Tuhan disebutkan:

Wahai (Engkau) yang jauh dari bayangan dan kata-kataku

Celakalah diriku dan perumpamaanku.

Jawaban Detil
Pertanyaan Ini Tidak Mempunyai Jawapan Detail.
Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Mengapa diat wanita satu perdua diat lelaki?
    4411 Huquq Dan Ahkam
    Berdasarkan pembelajaraan ilmu hukum hakam (fiqh) dan sejarah, “diat” merupakan sebuah masalah ekonomi yang disyariatkan dengan tujuan untuk menebus kerugian yang dideritai oleh mangsa. Dari sisi lain, masyarakat ideal yang ingin diwujudkan Islam ialah meletakkan inti kegiatan-kegiatan perekonomian di bahu lelaki. Ertinya dengan satu pandangan ...
  • Apakah syarat-syarat untuk bermubahalah? Dalam perkara apa dibenarkan bermubahalah? Apakah mubahalah akan benar-benar terjadi?
    8341 مباهله
    Mubahalah ialah saling melaknat sehingga barangsiapa yang berada di dalam kebatilan akan berada dalam kemurkaan Allah (s.w.t), kemudian diketahuilah pihak mana yang berada di dalam kebenaran manakala kebenaran dapat diketahui dan dikenal pasti perbezaannya mengatasi kebatilan. Mubahalah merupakan sebuah doa dan memiliki ciri-ciri dan juga syarat-syarat khusus ...
  • Apakah agama masyarakat dapat diubah?
    4357 Teologi Baru
    Dalam menjawab pertanyaan di atas, pertamanya perlulah dijelaskan di sini tentang apa yang dimaksud dari perubahan dalam pertanyaan tersebut. Kadangkala boleh jadi yang dimaksudkan dengan redaksi “agama masyarakat dapat diubah”, adalah perubahan pada “akar agama Ilahi dan benar – yang diterima oleh sebuah masyarakat; dalam ...
  • Bilakah al-Quran yang ada pada zaman kita sekarang ini dikumpulkan?
    5580 Ulum Al-Quran
    Pertanyaan Ini Tidak Mempunyai Jawapan Detail. ...
  • Apa yang dimaksud dengan syaitan daripada golongan manusia?
    12350 ابلیس و شیطان
    Syaitan merupakan kata umum untuk setiap entiti ṭaghūt, penderhaka dan golongan sesat, samada daripada golongan manusia atau daripada golongan jin mahupun daripada golongan yang lain. Syaitan bukanlah sebuah kewujudan yang khusus di dalam al-Qur'an, bahkan sehingga manusia yang jahat, tukang fitnah dan orang yang melakukan kerosakan juga ...
  • Tolong jelaskan ayat-ayat Al-Qur’an yang menentukan imāmah Imam Ali (a.s)?
    8813 Macam-macam
    Sebaik-baik jalan untuk menetapkan imāmah Imam Ali (a.s) bagi Ahlusunnah adalah bersandar kepada Al-Qur’an dan hadis-hadis yang menjelaskan ayat-ayat tersebut yang dinukil dari kitab-kitab mereka. Sudah tentu orang itu harus merupakan seorang pencari kebenaran sehingga tidak bersandar pada penjelasan-penjelasan yang keliru, non-rasional serta tidak menutup matanya terhadap ...
  • Apa makna ‘tamatstsala rūh’ yang disebutkan dalam kisah Hadrat Maryam (a.s)?
    5686 Tafsir
    Pemahaman bahasa dan istilah, ‘tamatstsala’ memiliki makna di antaranya ialah tergambarnya sesuatu bagi seseorang, umpama menjadi sesuatu, dan membayangkan di depan seseorang. Maksud ‘tamatstsala’ pada ayat di atas ialah: Malaikat Ilahi menjelma dalam rupa ...
  • Meskipun Zaid bin Ali as-Sajjad merupakan salah seorang dari Ahlulbait, tetapi mengapa ia mengakui kekhalifahan Abu Bakar?!
    4699 تاريخ بزرگان
    Walaupun penyoal dengan yakin mengatakan bahawa “Zaid bin Ali bersaksi keatas kebenaran Abu Bakar sebagai khalifah, tetapi setelah penelitian yang banyak didalam sumber-sumber referensi penelitian yang kami ada, kami tidak menemui bukti dan dalil yang menguatkan pernyataan di atas. Kerana itu, pertama-tama kami akan menganggap dakwaan Anda ...
  • Adakah Allah swt itu perlu ditakuti atau dicintai?!
    5915 Akhlak Praktikal
    Mencintai, gabungan antara takut dan harapan, serta tentang cinta yang dinisbatkan terhadap Allah swt, bukanlah perkara yang menakjubkan. Ini kerana perkara ini adalah sesuatu yang lumrah dan memenuhi kehidupan kita, tetapi disebabkan ianya sangat jelas maka kita telah lalai akan keadaan itu. Perlu diingat ...
  • Apa saja ciri-ciri darah haidh dan darah istihadha itu?
    23623 Istihadha
    Darah haidh pada umumnya kental, hangat dan warnanya merah cenderung hitam atau kuning serta keluar dengan tekanan dan agak panas.[1] Wanita yang mengeluarkan darah seperti ini dari rahimnya disebut wanita haidh (hâidh). Adapun darah istihadhah ghalibnya berwarna kuning dan dingin serta keluar tanpa ...

Populer Hits