Carian Terperinci
Pengunjung
9844
Tarikh Kemaskini 2011/02/14
Ringkasan pertanyaan
Perbezaan subjek epistemologi dan falsafah ilmu?
soalan
Apakah Perbezaan antara subjek epistemologi dan falsafah ilmu? Apakah hubungan di antara keduanya? Adakah hubungannya adalah "umum wa khusus mutlak" (iaitu yang satunya lebih umum dari satu yang lain, seperti setiap manusia adalah haiwan –haiwan yang berakal-, tetapi setiap haiwan bukan manusia) atau "min wajh" (hubungan keduanya sama dari satu sudut. seperti hubungan warna putih dengan burung. Iaitu sebahagian burung warnanya putih dan sebahagian yang warnanya putih adalah burung)? Jika subjek falsafah ilmu itu berbeza dengan subjek epistemologi, lalu siapakah orang yang menjadikan subjek falsafah ilmu sebagai subjek atau ilmu yang bersifat bersendiri -independent-?
Jawaban Global

A.    Subjek epistemologi adalah makrifat, pengetahuan , alat dan cara-cara mengenal. Namun subjek dalam falsafah ilmu adalah hakikat (quiddity) ilmu dari sudut ia memiliki identity yang menyeluruh.

B.    Hubungan epistemologi dengan falsafah ilmu; sebagaimana yang terdapat dalam buku-buku epistemologi komparatif dijelaskan sebagai "umum dan khusus mutlak" (complete inclusion). Ertinya bahawa epistemologi dibagi menjadi dua bahagian iaitu epistemologi mutlak dan epistemologi terbatas. Dan falsafah ilmu merupakan epistemologi terbatas (bermaksud falsafah ilmu termasuk salah satu dari bahagian epistemologi).

C.    Falsafah ilmu dianggap masih baru dibanding dengan cabang-cabang falsafah yang lain. Jika kita mengecualikan sebahagian dari pandangan-pandangan seperti pandangan Aristoteles, Francis Bacon pada abad ke-16, dan sebagian kecil dari pemikir abad ke 19, seperti John Stuart Mill dan Hursell, didapati pembahasan-pembahasan pentingnya lebih terfokus dan lebih ditel tersebar untuk pertama kalinya pada kurun ke 20 melalui oleh kaum Positivisme logis.

Jawaban Detil

Pendahuluan

Untuk menjelaskan permasalahan ini kiranya perlu dijelaskan terlebih dahulu secara ringkas dan definisi tentang falsafah ilmu dan epistemologi, kemudian penjelasan tentang perbezaan dan hubungan di antara keduanya.

Epistemologi yang merupakan bahagian dari falsafah adalah bermakna mengenal pengetahuan. Ertinya tentang bagaimana kita boleh mencapai pengetahuan dan pengenalan. Dalam definisi tentang epsitemologi disebutkan bahawa epsitemologi adalah satu cabang dari falsafah yang membahas tentang pengenalan-pengenalan manusia, penilaian jenis dan penentuan kriteria benar-salahnya pengetahuan.[1] Karena itu, subjek epistemologi adalah pengenalan dan pengetahuan yang mutlak.

Dan berdasarkan keluasan subjek epistemologi, para epistemologi membaginya menjadi dua bahagian:

  1. Epistemologi mutlak

  2. Epistemologi terbatas[2]

 

Yang kami maksudkan dengan epistemologi mutlak adalah bahagian teori-teori epistemologi yang tidak terbatas pada bidang ilmu-ilmu yang tertentu, bahkan ia merangkumi seluruh bidang pengetahuan.

Dan maksud Epistemologi terbatas (muqayyad) adalah bahagian teori-teori epistemologi yang terbatas dan terkhusus pada sesuatu bidang ilmu yang tertentu dan tidak mencakup seluruh bidang pengetahuan manusia.[3]

Masalah terpenting dalam epistemologi mutlak adalah seperti berikut: apakah ukuran makrifat yang benar dan bertepatan dengan hakikat di luar? Atau apakah yang dimaksudkan dengan benar (true)? Atau bagaimana dapat menentukan sesuatu yang benar dari salah? Dan masalah-masalah yang lain yang seperti ini.[4]

Akan tetapi berkenaan dengan falsafah ilmu perkara penting yang harus disebutkan di sini adalah bahawa sehingga kini masih belum ada kata sepakat berkenaan hakikat falsafah ilmu. Namun dengan menelaah karya-karya para philosophy ilmu, kita dapat menjelaskan empat pandangan tentang hal-ehwal definisi falsafah ilmu dan peranannya. Ia adalah:[5]

A.    Klasifikasi pandangan dunia makro dan kesesuaiannya dengan teori-teori ilmah

B.    Menzahirkan berbagai-berbagai bentuk andaian dan kecenderungan batin para ilmuan dalam mengemukakan dan menilai teori-teori ilmiah.

C.    Analisa dan paparan berbagai-bagai pemahaman –comprehension/mafhum- dan teori-teori ilmiah.

D.    Menelaah tentang identity -mahiyat- ilmu dan jawapan atas beberapa pertanyaan seperti berikut:

     1.    Apakah faktor-faktor yang membezakan kajian ilmiah dengan kajian-kajian yang lain?

     2.    Para ilmuan dalam menelaah tabiat semulajadi (nature), apakah bentuk metod dan konsep yang mereka ikuti?

     3.    Apakah syarat-syarat yang harus disediakan bagi membuat satu penjelasan ilmiah yang tepat dan betul?

     4.    Apa kedudukan sistem-sistem dan kaedah-kaedah ilmiah dari sudut pandang knowledge atau makrifat?[6]

 

Adapun subjek dalam falsafah ilmu adalah ilmu itu sendiri, hakikat -quiddity- ilmu dari satu sudut dan metot yang khusus.[7]

Kini dengan memperhatikan muqaddimah ini, kami akan menjelaskan perbezaan antara epistemologi dan falsafah ilmu.

Epistemologi dari satu sisi memiliki kesamaan dengan ilmu-ilmu yang lain. Diantaranya persamaan dari sudut struktur atau persamaan dari sudut metod dan bahkan persamaan dari sudut subjek-subjek dan masalah-masalah.

Di antara persamaan ilmu-ilmu ini dengan epistemologi adalah psikologi falsafah, ilmulogi falsafah dan falsafah ilmu-ilmu dimana dari sini kami akan membicarakan sudut perbezaan antara epistemologi dan falsafah ilmu.[8]

Falsafah ilmu-ilmu; baik ilmu-ilmu uji kaji -experiment-, dan bahkan ilmu-ilmu sosial yang mana dibanding seluruh pengetahuan -yang lain- yang telah disebutkan ia lebih dekat kepada epistemology, sehingga menjadi musykil untuk menemukan perbezaan antara epistemologi dan falsafah ilmu-ilmu.

Dengan melihat sekali lintas terhadap masalah-masalah falsafah ilmu-ilmu, didapati bahawa bahagian dasarnya terbentuk dari masalah-masalah epistemologi.

 

Sebagai contohnya dalam falsafah ilmu-ilmu uji kaji -experiment-, masalah-masalah ini dibahas yang mana apakah ukuran benar dan dusta -kizb- proses-proses uji kaji -experiment-? Atau adakah hanya deria zahir sahaja yang mampu untuk menyingkap hakikat? Dan ….. Sekarang, dengan memperhatikan contoh-contoh yang telah disebutkan tadi, apakah perbezaan antara epistemologi dan falsafah ilmu-ilmu masih dapat dirasakan? Dengan teliti kami dapat memerhatikan bahawa kedua-dua ilmu tersebut kebanyakan masalah-masalahnya adalah satu. Oleh itu, kami sampai pada satu kesimpulan bahawa bahagian dasar falsafah ilmu adalah terbentuk dari perbahasan-perbahasan epistemologi. Namun, perbezaan kedu-duanya sebagaimana yang telah disentuh di atas terletak pada mutlak dan terbatasnya ilmu-ilmu tersebut. Ini kerana dalam falsafah ilmu-ilmu hanya mengulas pembahasan khusus sahaja dan ia lebih terbatas dibanding dengan epistemologi – yang sifatnya lebih umum-. Maka itu, epistemologi dibagi kepada dua bahagian; iaitu epistemologi mutlak dan epistemologi terbatas. Dan falsafah ilmu-ilmu tergolong dari epistemologi yang terbatas dibanding epistemologi itu sendiri (yang lebih umum sifatnya). Ini karena ia memiliki keluasan yang lebih dan dipandang sebagai sebuah epistemologi mutlak.[9]

Natijahnya, hubungan antara epistemologi dan falsafah ilmu-ilmu adalah sangat dekat sekali. Akan tetapi dalam epistemology, kami membahasnya dalam bentuk yang mutlak berkenaan tentang pengetahuan –knowledge-. Sementara kami membahas dalam falsafah ilmu dalam bentuk yang khusus dan terbatas. Dan hubungan di antara keduanya adalah hubungan umum dan khusus mutlak (sebelum ini telah dijelaskan makna nisbah ini). Ertinya epistemologi lebih umum daripada falsafah ilmu.

Namun berkenaan tentang bila falsafah ilmu ini dibahas dalam bentuk satu ilmu –yang independent atau bersendiri -, dapat dikatakan bahawa falsafah ilmu dibanding dengan kebanyakan cabang-cabang lain falsafah, ia masih tergolong -ilmu yang- baru dan muda.

Jika kita mengecualikan sebahagian dari pandangan-pandangan seperti pandangan Aristoteles, Francis Bacon pada abad ke-16, dan sebagian kecil dari pemikir abad ke 19, seperti John Stuart Mill dan Hursell, didapati pembahasan-pembahasan pentingnya lebih terfokus dan lebih ditel tersebar untuk pertama kalinya pada kurun ke 20 melalui oleh kaum Positivisme logis[10].



[1]. Muhammad Taqi Misbah Yazdi, Amuzesy Falsafeh, jil. 1, hal. 153, Nasyr-e Bainal Milal, cetakan ke-7, 1386 S.

[2]. Muhammad Husain Zadeh, Pazuhesy Thatbiqi dar Ma’rifat-e Syinasi Ma’ashir, hal. 15, Qum, Muassasah Imam Khomeini, cetakan ke-2, 1385 S.

[3]. Ibid, hal. 16.

[4]. Ibid, hal. 17.

[5]. John Lazi, Dar Âmadi Târikhi bar Falsafe-ye Ilm, terjemahan ‘Ali Paya, hal. 16, Muassasah Imam Khomeini, cetakan ke-1, 1387 S

[6]. Ridha Habibi, Dar Âmadi bar Falsafe-ye Ilm, hal. 47, Muassasah Imam Khomeini, cetakan ke-2, 1387 S.

[7]. Ibid, hal. 52.

[8]. Muhammad Husain Zadeh, Op Cit, hal. 29.

[9]. Ibid.

[10]. John Lazi, Op Cit, hal. 1.

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Apa hubungan antara agama dan kebudayaan?
    7040 Teologi Baru
    "Agama" (din) secara leksikal bermakna mengikuti, mentaati, kepasrahan dan ganjaran. Dan secara terminologi bererti "sekumpulan keyakinan, akhlak dan aturan," yang bertujuan untuk "mengatur urusan masyarakat dan membina manusia."Agama kadangkala merupakan agama hak, kadang-kadang juga agama batil dan ada juga penyatuan aliran antara keduanya. ...
  • Bagaimana hubungan antara kehendak Ilahi dan keinginan manusia?
    10568 Teologi Klasik
    Manusia adalah kewujudan yang Mumkin  (iaitu kewujudan yang possible, iaitu ia boleh ada ketika ada penciptaanya dan boleh tiada ketika tiada penciptanya. Hubungan wujud dengan tidak wujud baginya adalah sama) yang mana hakikat wujud dan seluruh dimensi keberadaannya bersumber dari Allah Swt. Allah Swt dengan ...
  • Apakah Tuhan itu dapat dilihat? Bagaimana?
    6779 پروردگار. نامها و ویژگی ها
    Sesuai dengan hukum akal dan syariat, sesungguhnya Allah tidak dapat dilihat dengan mata zahir, baik di dunia mahupun di akhirat. Namun Allah dapat disaksikan dan dilihat dengan mata hati. Hati dapat menyaksikan dan melihat Allah (s.w.t) menurut kemampuan eksistensialnya. Hal ini dapat dilakukan melalui jalan penyaksian (shuhūd) ...
  • Bagaimana pandangan Islam tentang perniagaan dan perdagangan dengan sistem Network Marketing (NM) yang digagas oleh compensation plan?
    8780 Huquq Dan Ahkam
    Perniagaan dan perdagangan dengan sistem elektronik sebagaimana yang mereka jelaskan, adalah perniagaan dan perdagangan tanpa perantara atau broker di mana pembeli barang atau pembeli perkhidmatan melakukan urusniaga melalui internet. Perniagaan dan perdagangan seperti ini jika dilihat dari sisi penggunaan sarana elektronik, kemudahan ...
  • Apakah bonda Imam Mahdi (a.j.) juga digolong sebagai maksum?
    5928 Sirah Para Maksumin a.s
    Dalam pandangan Syiah, yang mempunyai kedudukan maksum (dalam erti umum) hanyalah para nabi dan pengganti mereka. Erti maksum di sini adalah bahawa mereka suci dari setiap kesalahan, kelupaan dan perbuatan dosa sepanjang hidup mereka, sama ada dalam memahami sesuatu, dalam menyampaikan wahyu, ataupun dalam pelaksanaan hukum Syarak. ...
  • Bagaimana syaitan melakukan pengaruh pada fikiran dan menyampaikan segala kehendaknya kepada manusia?
    12789 Teologi Klasik
    Sebelum mengulas tentang jalan-jalan pengaruh syaitan pada manusia, perlulah kita mengenal ciptaan yang bernama syaitan walaupun secara ringkas. Terdapat banyak pandangan tentang sumber kata terbitan syaitan dari segi bahasa di kalangan para pemikir. Namun yang paling benar kita katakan adalah kosa kata ini datang dari perkataan "sya-tha-na" yang ...
  • Apakah wahyu itu? Dan bagaimanakah wahyu itu diturunkan kepada para nabi?
    19360 Al-Quran
    Wahyu dari sudut bahasa bererti isyarah -petunjuk- cepat yang boleh diketogorikan dari jenis perkataan, atau dari kod-kod percakapan, atau dari bentuk suara yang "tunggal", baik dalam bentuk suara yang tersusun atau dalam bentuk tanda dan seumpamanya.Makna-makna dan penggunaan-penggunaan yang berbeza-beza dari kalimat ini ...
  • Dengan melihat bahawa beribu-ribu tahun lamanya syaitan beribadah kepada Tuhan, apakah ia tidak berhak mendapat pertolongan-Nya?
    4304 Teologi Baru
    Berdasarkan firman Allah (s.w.t) dalam Al-Qur’an syaitan itu daripada golongan jin dan mereka juga seperti manusia memiliki taklif (tugas syar’i).Menurut kata-kata Imam Ali (a.s): “Syaitan telah beribadah (kepada Allah (s.w.t)) selama enam ribu tahun dan tidak diketahui ...
  • Apakah maksud wahdatul wujud?
    6367 Falsafah Islam
    Maksud golongan irfan dan ahli hikmah tentang wahdatul wujud bukanlah satu set dunia kewujudan yang dikatakan sebagai Allah (s.w.t). Ini disebabkan penggolongan wujud dan wahdat bukanlah sesuatu yang hakiki. Begitu juga ianya tidak bermaksud penyatuan Allah (s.w.t) dengan kewujudan-kewujudan kerana perkara itu adalah mustahil (dengan maksud dua ...
  • Sampai di manakah had kemampuan dan kekuasaan syaitan dan jin, serta sejauh manakah mereka dapat mengganggu dan menggoda manusia?
    8864 Teologi Klasik
    Redaksi syaitan dan jin dalam beberapa kali disebutkan dalam al-Qur’an, bahkan terdapat satu surah dengan nama Jin telah diturunkan. Syaitan adalah nama umum yang dinisbahkan kepada siapa saja yang telah tergelincir dari jalan yang benar, baik itu manusia atau selain dari kalangan manusia. ...

Populer Hits