Carian Terperinci
Pengunjung
8035
Tarikh Kemaskini 2011/05/10
Ringkasan pertanyaan
Apabila malaikat tidak melakukan dosa, bagaimana pula dengan malaikat Harut dan Marut yang mengajar sihir kepada manusia?
soalan
Apabila malaikat tidak melakukan dosa, bagaimana pula dengan malaikat Harut dan Marut mengajar sihir kepada manusia?
Jawaban Global

Para malaikat merupakan kewujudan (makhluk) yang sangat mulia dan pemurah serta memiliki tipologi (model, jenis, golongan, dsb- Kamus Dewan Edisi Ke-empat) kebaikan yang melimpah – yang dijelaskan dalam al-Qur'an – di antaranya tiadanya sifat-sifat dan tipologi bumi dan haiwan pada wujud mereka dan pada dasarnya mereka sama sekali tidak memiliki kecenderungan dan kudrat untuk mengerjakan perbuatan dosa dan maksiat. Atas alasan ini mereka suci dan terjauh dari segala jenis dosa dan maksiat.

Harut dan Marut keduanya datang ke dalam kalangan masyarakat  ketika pasaran sihir sedang diminati ramai dan masyarakat terjebak dengan kesulitan para penyihir. Mereka diutuskan oleh Tuhan untuk mengajarkan masyarakat bagaimana mengalahkan dan menundukkan sihir para penyihir.

Kerana itu, pengajaran sihir kepada manusia pada waktu itu untuk menghapuskan sihir para penyihir dan pengajaran sedemikian tidak termasuk sebagai perbuatan dosa dan maksiat sehingga timbul keraguan (syubhat) bahawa jikalaulah para malaikat itu maksum dan tidak terjerumus dalam perbuatan dosa, bagaimanakah pengajaran sihir yang dilakukan oleh Harut dan Marut dapat dijelaskan dan dijustifikasikan.

Jawaban Detil

Kemaksuman para malaikat

Para malaikat merupakan makhluk dan kewujudan yang sangat mulia dan latif (halus) yang memiliki banyak tipologi kebaikan– yang dijelaskan dalam al-Qur'an – di antaranya tiadanya sifat-sifat dan tipologi bumi dan haiwan pada kewujudan mereka, dan pada dasarnya mereka sama sekali tidak memiliki kecenderungan dan kudrat untuk mengerjakan perbuatan dosa dan maksiat. Atas alasan ini mereka suci dan dijauhkan dari segala jenis dosa dan maksiat. Oleh kerana malaikat dikatakan maksum hanya semata-mata kemaksuman dan maksum mereka bermaksud tidak melakukan perbuatan dosa dan maksiat, maka ia hanyalah disebabkan mereka ini dijauhkan dari segala jenis perbuatan dosa dan maksiat.[1]

Imam Askari (a.s) bersabda, "Para malaikat Tuhan berkat kemurahan Ilahi mereka terjaga dan maksum dari kekufuran dan perbuatan tidak terpuji."[2]

Pengharaman sihir

Sihir merupakan perbuatan luarbiasa yang kadang-kadang adalah sebuah perbuatan pengolahan-tangan dan silap mata, dan juga kadang kala memiliki sisi kejiwaan, tidak masuk akal, dan bayangan. Terkadang pula ia menggunakan benda-benda non-fizikal tertentu, kimia sebahagian benda-benda dan unsur-unsur, dan kadang-kadang pula dilakukan atas bantuan syaitan. Para penyihir merupakan orang-orang yang tersesat dan penyembah dunia di mana dasar perbuatan mereka adalah untuk menyelewengkan kebenaran. Dalam kebanyakan kes, dengan memerhatikan kepada beberapa khurafat dan ilusi, ia dilihat terlalu banyak digunakan untuk tujuan jahat disamping meluaskan kepentingan diri sendiri. Jelas bahawa seiring meningkatnya tingkat pendidikan masyarakat, ia menjadi jalan yang terbaik untuk berhadapan dengan pelbagai masalah seperti ini. Dalam hadis-hadis para maksum disebut bahawa sihir merupakan perbuatan tercela dan terlarang.[3]

 

Peristiwa malaikat Harut dan Marut

Dari peristiwa-peristiwa yang sedia ada mengenai perkara ini, di zaman Nabi Sulaiman (a.s) terdapat sekelompok masyarakat yang bekerja sebagai tukang sihir dan dukun. Nabi Sulaiman memerintahkan supaya tulisan-tulisan dan lembaran-lembaran mereka dikumpulkan dan disimpan di satu tempat khusus. Penyimpanan ini disebabkan kerana terdapat hal-hal yang berguna dari lembaran-lembaran tersebut untuk menolak sihir para tukang sihir. Setelah wafatnya Nabi Sulaiman (a.s) terdapat sekelompok masyarakat yang mengeluarkan lembaran dan tulisan tersebut dan mereka mula menyebarkan dan mengajar sihir, sebahagian orang telah memanfaatkan situasi seperti ini dan berkata sesungguhnya Sulaiman sebenarnya bukan seorang nabi, tetapi dengan bantuan sihir dan ilmu sakti ini ia menguasai negerinya dan mengerjakan perkara-perkara luar biasa!

Sekelompok Bani Israel mengikuti golongan ini dan terikat hatinya untuk mempelajari ilmu sihir tersebut sehingga mereka telah meninggalkan kitab Taurat.

Tatkala Nabi Muhammad (s.a.w) muncul dan mengumumkan dengan ayat-ayat al-Qur’an bahawa Nabi Sulaiman (a.s) merupakan nabi Allah, sebahagian rahib dan pendeta Yahudi berkata, “Kalian tidak perlu takjub kalau Muhammad berkata bahawasanya Sulaiman adalah nabi kerana ia juga adalah seorang penyihir!?

Di samping perkataan rahib Yahudi ini tergolong sebagai sebuah tuduhan dan pembohongan besar terhadap Nabi, ucapan ini juga turut membawa kepada pengkafiran Sulaiman (a.s); kerana sesuai dengan ucapan mereka bahawa Sulaiman adalah tukang sihir yang berdusta menyebut dirinya sebagai nabi dan perbuatan ini telah menyebabkan kekufuran. Ayat berikut ini menjawab tuduhan dan ucapan mereka: Dan mereka (orang-orang Yahudi) mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan di zaman kerajaan Sulaiman (untuk masyarakat dan mengatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (dan tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan itulah yang kafir. Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil, yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorang pun sebelum mengatakan, “Sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu). Oleh sebab itu, janganlah kau kafir (dan jangan kau menyalahgunakan pelajaran ini).” (Akan tetapi), mereka (menyalahgunakan hal itu dan) hanya mempelajari dari kedua malaikat itu apa dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan istrinya. Mereka (ahli sihir) tidak akan dapat mendatangkan mudarat dengan sihir itu bagi seorang pun kecuali dengan izin Allah. Mereka (hanya) mempelajari sesuatu yang dapat mendatangkan mudarat bagi (diri) mereka sendiri dan tidak memberi manfaat. Dan sesungguhnya mereka meyakini bahawa barang siapa yang menukar (kitab Allah) dengan sihir itu, ia tidak akan mendapatkan keuntungan di akhirat, dan amat jeleklah perbuatan mereka menjual diri dengan sihir, kalau mereka mengetahui.” (Qs. Al-Baqarah [2]:102)

Dua malaikat ini datang kepada manusia ketika pasaran ilmu sihir diminati ramai dan masyarakat terjerat dengan para penyihir. Kedua malaikat ini mengajarkan masyarakat bagaimana menolak sihir para penyihir, namun kerana untuk menjinakkan satu masalah (seperti menjinakkan sebuah bom) bergantung pada manusia di mana pertama-tama ia hendaklah mengetahui masalah ini setelah itu belajar bagaimana menjinakkan masalah tersebut, maka mahu-tidak-mahu keduanya harus mengajar ilmu sihir dan bagaimana mengelak sihir. Namun kaum Yahudi menyalahgunakan ilmu ini. Malah mereka menyebarkan ilmu ini sehingga menuduh Nabi Sulaiman sebagai tukang sihir di mana apabila faktor-faktor alam patuh kepada perintahnya, atau jin dan manusia mentaati titahnya, semuanya semata-mata kerana Nabi Sulaiman pandai ilmu sihir.

Kerana itu, apabila sihir dan ilmu kedukunan telah merebak di negeri Babilon di tahap luar biasa dan menyebabkan terganggunya masyarakat, maka Allah (s.w.t) mengutus dua malaikat dalam bentuk manusia untuk mengajarkan sihir dan bagaimana menolak sihir kepada manusia sehingga mereka dapat menjaga diri mereka dari bahaya sihir.

Namun pengajaran ini pada akhirnya dapat disalahgunakan. Kerana kedua malaikat ini terpaksa menjelaskan cara sihir demi menolak sihir para penyihir sehingga masalah ini dapat diatasi ini. Masalah ini telah menyebabkan segolongan manusia memposisikan diri mereka sebagai tukang sihir setelah mengetahui cara menyihir walau pun kedua malaikat tersebut telah memperingatkan kepada mereka bahawa pengajaran ini merupakan ujian Ilahi bagi kamu semua dan bahkan disebut juga sebagai: “Penyalahgunaan ilmu sihir ini merupakan sebuah kekufuran.”[4]

Sebagai kesimpulannya pengajaran sihir kepada manusia pada masa itu adalah untuk melenyapkan sihir para penyihir dan pengajaran seperti ini tidak termasuk sebagai perbuatan dosa dan haram, sehingga mengemuka keraguan (syubhat) iaitu: Tatkala para malaikat itu maksum dan tidak terjerumus ke dalam perbuatan dosa, lantas bagaimanakah dapat dijelaskan dan dijustifikasikan pengajaran sihir yang dilakukan oleh Harut dan Marut!?[5]



[1]. Indeks No. 1740 (Site: 2139)

[2]. Bihâr al-Anwâr, jil. 56, hal. 321; Silakan lihat Indeks No. 1749 (Site: 2021)

[3]. Silakan lihat, Indeks, No. 2022 (2068)

[4]. Makarim Syirazi, Tafsir Nemune, jil. 1, hal. 369-275, Dar al-Kitab al-Islamiyah, Tehran.

[5]. Silakan rujuk ke indeks no. 2022 (Site: 2068)

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits