Carian Terperinci
Pengunjung
31313
Tarikh Kemaskini 2011/05/10
Ringkasan pertanyaan
Apa yang dimaksudkan fizik dan metafizik? Dan bagaimana hubungan yang terjalin di antara keduanya?
soalan
Perbezaan antara fizik dan metafizik (di balik tabiat semulajadi)? Jikalau di balik semulajadi itu memiliki had dan batas, bagaimana hal itu dapat dijelaskan?
Jawaban Global

Fizik bermakna tabiat-tabiat semulajadi yang bertentangan dengan ilahiyyat (teologi) dan riyadhiyyat (matematik). Adapun metafizik dalam makna falsafahnya hari ini adalah sebuah ilmu yang membahaskan tentang maujud selaku maujud (bima huwa maujud). Trans-fizik atau mâ warâ ṭabiat merupakan sebuah ilmu yang mengulas tentang masalah Tuhan dan pelbagai kewujudan. Namun hubungan yang terjalin antara fisika dan metafizik adalah hubungan antara bagian (juz) dan keseluruhan (kul). Adapun hubungan antara fizik dan trans-fizik adalah hubungan antara sebab dan akibat.

Jawaban Detil

Definisi fizik dan metafizik

Lafaz metafizik pada zaman dahulu dan masa kini telah digunakan untuk pengistilahan yang berbeza di mana akan kami bahas di sini secara ringkas:

Perkataan fizik adalah sebuah disiplin ilmu yang membahaskan pelbagai fenomena semulajadi material seperti pergerakan, daya, tekanan, panas, cahaya, suara, elektrik dan lain-lain lagi. Perbahasan yang dikaji dalam topik-topik ini adalah bukan topik komposisi jisim-jisim; kerana komposisi jisim-jisim dan pelbagai perubahan yang terjadi padanya hanya dibahas dalam ilmu Kimia. Namun ilmuan moden, menamakan kedua ilmu Fizik dan Kimia ini dalam satu nama sebagai: Ilmu-ilmu Fizik.

Ilmu-ilmu Fizik bertentangan dengan ilmu-ilmu Alam Sekitar dan Biologi yang membahaskan hal ehwal kewujudan-kewujudan hidup. Fizik adalah ilmu yang membahas pelbagai urusan yang berkenaan dengan pelbagai fenomena semulajadi material. Pengistilahan ini digunakan sebagai lawan kepada fenomena non-material kerana perkara ghaib berkaitan dengan pelbagai fenomena yang tidak berkenaan dengan bidang yang inderawi dan pengalaman. Namun ia berkenaan dengan sesuatu yang lebih tinggi dari pelbagai fenomena ini (natural material).

Demikian juga, istilah ini digunakan sebagai bertentangan dengan roh; kerana masalah-masalah fizik, sebagaimana yang katakan, berkaitan dengan pelbagai fenomena material yang mengikuti ketentuan peraturan-peraturan ilmiah. Akan tetapi masalah-masalah spiritual berkaitan dengan pelbagai fenomena kejiwaan yang disifatkan sebagai kebebasan.

Demikian juga masalah-masalah fizik yang bertentangan dengan masalah-masalah matematik atau teori; kerana masalah-masalah fizik berkaitan dengan zahir jisim-jisim hakiki, matematik atau teori yang berkaitan dengan makna-makna non-material.”[1]

Aristotle adalah orang pertama yang menyedari masalah ini di mana ia memberi perhatian bahawa terdapat serangkai masalah yang tidak terkandung dalam masalah ilmiah, samada hal itu masalah semulajadi, matematik, moral atau sosial. Ia menjelaskan bahawa pusat masalah yang terhimpun di sini adalah “maujud bima huwa maujud” di mana ia dikenali sebagai pelbagai rintangan dan kitaran senario. Cuma Aristotle tidak memberikan nama atas ilmu ini. Namun ketika karya-karyanya dihimpun ke dalam sebuah ensiklopedia dapat ditilik bahawa perbahasan ini mengikut pandangan sistematik setelah pembahasan fizik (tabiat), namun oleh kerana ia tidak memiliki nama khusus, maka ia terkenal sebagai metafizik dan terjemahan bahasa Arabnya adalah “ma ba’ad al-ṭabiat.”

Berdasarkan pengaruh zaman, orang ramai telah lupa bahawa penamaan ilmu ini adalah mengikut urutan kejadiannya yang mengambil kedudukan setelah perbahasan tabiat; demikianlah apa yang disangka oleh manusia. Nama tersebut telah diletakkan pada ilmu ini di mana masalah-masalah ilmu atau paling kurang sebahagian daripada masalah ilmu ini seperti: Tuhan dan akal-akal non-material (mujarrad) berada di luar pembahasan tabiat; kerana itu bagi orang-orang seperti Ibnu Sina mengemuka pertanyaan bahawa ilmu seperti ini harus dinamakan ilmu sebelum tabiat (ilmu ma qabla al-tabiat); kerana Tuhan dan akal-akal non-material (mujarrad) menurut jejak, wujudnya berada sebelum tabiat bukan setelahnya.

Setelah itu, di kalangan sebahagian ahli falsafah moden kesalahan pengucapan dan terjemahan ini telah mengakibatkan kesalahan makna. Banyak kelompok di kawasan Eropah menyangka redaksi ma wara al-thabiat sepadan dengan redaksi “ma ba’da al-thabiat”. Mereka menganggap bahawa subjek ilmu ini adalah perkara-perkara yang berada di balik tabiat. Sementara itu subjek ilmu ini termasuk ilmu tabiat, di balik tabiat (beyond) dan di mana saja ada kewujudan. Sebahagian golongan ini mendefinisikan metafizik sebagai berikut: “Metafizik adalah sebuah ilmu yang hanya membahas tentang Tuhan dan perkara-perkara non-material.”[2]

Kerana itu, untuk memahami dua redaksi ini maka pembahagian falsafah (hikmah) harus dijelaskan. “Falsafah terbahagi menjadi dua, falsafah teori dan falsafah praktikal.” Falsafah teori yang menyoroti pelbagai hal-hal yang harus diketahui seperti tabiat, matematik dan teologi. Manakala tabiat termasuk di dalamnya adalah kosmologi, mineralogi, biologi dan botani.

Demikian juga, matematik terbahagi menjadi pengiraan, jurutera, muzik dan astronomi. Manakala teologi juga terbagi menjadi dua iaitu teologi bermakna lebih umum (al-a’am) yang membahaskan tentang asli wujud dan teologi bermakna lebih khusus (al-akhas) yang mengiringi masalah mengenal Tuhan di mana himpunan dua pembahasan teologi ini disebut sebagai metafizik.”[3]

Dengan penerangan ini, jelaslah bahawa yang dimaksud dengan fizik adalah ilmu tabiat (natural) dan yang dimaksud dengan metafizik adalah teologi.

 

Hubungan antara ilmu fizik dan ilmu metafizik

Oleh kerana pendapat yang yang sahih memandang kesinoniman dua redaksi ma wara al-thabiat dan ma ba’da al-thabiat sebagai kesalahan yang telah dilakukan oleh orang-orang jahil; kerana ma ba’da al-thabiat berdasarkan penyebutan nama ilmu ini setelah pembahasan tabiat sebagaimana yang termaktub dalam buku Aristotles. Manakala ma wara al-thabiat pula berdasarkan adanya kandungan metafizik ilmu itu sendiri; kerana itu, hubungan antara fizik (tabiat) dan metafizik (ma ba’da al-thabiat) dalam ilmu pengetahuan disebutkan sebagai metafizik menjalankan tanggungjawab untuk membuktikan subjek falsafah alam. Dan kebanyakan prinsip ilmu postulat dapat dibuktikan dalam ilmu ini. Bertentangan dengan ilmu-ilmu lainnya, ilmu ini membantu falsafah dalam menetapkan sebahagian mukadimah-mukadimah argumen falsafah.

 

Hubungan antara alam fizik dan alam metafizik

Di dunia luaran antara alam fizik dan alam metafizik, terjalin hubungan antara bahagian dan keseluruhan. Hubungan mantiq antara keduanya adalah hubungan umum dan khusus mutlak (complete inclusion); ertinya subjek ilmu fizik adalah sebahagian daripada subjek metafizik; kerana subyek ilmu fizik adalah material. Manakala subjek metafizik adalah wujud mutlak yang meliputi seluruh tabiat (material) dan juga di balik tabiat (ma warâ al-thabiat).

 

Hubungan antara fizik dan trans-fizikal

Dalam falsafah Islam, hubungan antara kedua hal ini (hubungan antara tabiat [fizik] dan di balik tabiat [transfizik]) adalah hubungan antara sebab dan akibat; ertinya pelbagai kewujudan yang berada di balik tabiat merupakan sebab kewujudan alam material ini. Seluruh material mempunyai had dan keterbatasan ini dengan keluasannya tidak dapat dijumpai pada alam di balik tabiat. Demikian juga hubungan antara material dan di balik material adalah hubungan antara hakikat dan non-hakikat.

Disebutkan bahawa Plato dan para pengikutnya mengilustrasikan sistem penciptaan pada alam ide (mutsul). Ia membahagikan alam menjadi dua, fizik dan metafizik. Alam ma warâ al-thabiat (metafizik) adalah akarnya. Manakala alam tabiat adalah bayangan dan bebayang (silhouette) alam metafizik. Alam metafizik merupakan alam arbab yang menurut pandangannya adalah mutsul al-amtsal iaitu berada pada puncak kon dan alam jisim pada mekanismanya. Penciptaan kon ini adalah bentuk yang dapat digambarkan pada sistem penciptaannya, dalam artian bahawa mutsul al-amtsal dan rabb al-arbâb[4], muncul dari zat sumber pertama (mabda awwal) dan pancaran secara perlahan menyebar, kemudian arbab anwa’ atau amtsal menjadi banyak hingga mencapai alam benda yang menjadi mekanisme kon tersebut. Alam mutsul (ide) adalah alam tetap dan alam anwa’ (berbagai) jasmani tidak tetap dan berada pada tingkat kaun (penciptaan) dan fasad (kehancuran).[5]



[1]. Jamil Saliba, Farhangg-e Falsafi, penerjemah, Manucher Shani’I Darebandi, hal. 507, cetakan pertama, Intisyarat-e Hikmat, Tehran, 1366 S

[2]. Murtadha Muthahhari, Âsynâi bâ ‘Ulum-e Islâmi, jil. 1, hal. 94, cetakan baru, Daftar-e Intsiyarat-e Islami, Qum, 1362 S; Muhammad Taqi Misbah Yazdi, Amuzesy Falsafeh, jil. 1, hal. 69, cetakan kedua, Sazeman-e Tablighat-e Islami Mu’awenat-e Farhanggi, Tehran 1366 S.

[3]. Muhsin Gharawiyan, Dar Âmadi bar Amuzesy Falsafeh Ustâdz Misbah Yazdi, hal. 33, cetakan ke-tiga, Intisyarat-e Syafaq, 1373 S

[4]. Majma’ al-Buhuts al-Islami, Syarh al-Musthalahat al-Falsafi, hal. 355, Majma’ al-Buhuts al-Islamiyah, Masyhad, cetakan pertama, 1414 H.  

[5]. Sayid Ja’far Sajjadi, Farhang-e Istilahat Falsafai Mulla Shadra, hal. 317, Wezarat-e Farhang wa Irsyad Islami, Tehran, cetakan pertama, 1379 S.

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Sejarah dan asal usul pemikiran Baha’iyyah.
    8899 Teologi Klasik
    Pengasas dan pelopor aliran Baha’iyyah adalah Mirza Hussain Ali Nuri yang memeluk ideologi Ali Muhammad Bab dan beriman dengan dakwaan-dakwaannya setelah kemunculan dan huru-hara Ali Muhammad Bab dengan propaganda Mullah Husein Busyrawiyah. Setelah kematian Bab dan berpaling dari mentaati saudaranya Yahya Subḥ Azal (Pengganti Bab), Mirza Hussain Ali Nuri ...
  • Apakah maksud wahdatul wujud?
    7372 Falsafah Islam
    Maksud golongan irfan dan ahli hikmah tentang wahdatul wujud bukanlah satu set dunia kewujudan yang dikatakan sebagai Allah (s.w.t). Ini disebabkan penggolongan wujud dan wahdat bukanlah sesuatu yang hakiki. Begitu juga ianya tidak bermaksud penyatuan Allah (s.w.t) dengan kewujudan-kewujudan kerana perkara itu adalah mustahil (dengan maksud dua ...
  • jelaskan pemahaman ayat "لا اکراه فى الدّین قد تَبَیّن الرّشدُ مِن الغىِّ..." “Tidak ada paksaan dalam agama. Sungguh telah jelas petunjuk daripada kesesatan….” dengan tafsiran yang berbeza.
    7627 Teologi Klasik
    Dengan alasan terhadap tafsir yang berbeza, daripada lima pendapat dalam pemahaman dan makna ayat yang telah dijelaskan dimana pendapat yang sahih adalah khabar yang mempunyai sifat umum, kesyumulan dalam dan keinsanan dan ianya adalah; agama adalah satu masalah keyakinan dan hati. Tekanan dan terpaksa didalam perkara ...
  • Apakah para malaikat merupakan wujud yang nonmaterial ataukah material?
    9929 Falsafah Islam
    Mungkin tidak terdapat ayat-ayat suci al-Quran ataupun riwayat-riwayat yang boleh menjadi bukti jelas bahawa malaikat adalah wujud yang tidak mempunyai jisim, akan tetapi melaluiperbahasan-perbahasan yang berkaitan dengan para malaikat dan sifat-sifat serta perbuatan-perbuatan mereka, kita dapat menyimpulkan bahasa mereka adalah wujud yang tidak berjisim; ini karena,ciri-ciri dan ...
  • Tolong jelaskan ayat-ayat Al-Qur’an yang menentukan imāmah Imam Ali (a.s)?
    9286 Macam-macam
    Sebaik-baik jalan untuk menetapkan imāmah Imam Ali (a.s) bagi Ahlusunnah adalah bersandar kepada Al-Qur’an dan hadis-hadis yang menjelaskan ayat-ayat tersebut yang dinukil dari kitab-kitab mereka. Sudah tentu orang itu harus merupakan seorang pencari kebenaran sehingga tidak bersandar pada penjelasan-penjelasan yang keliru, non-rasional serta tidak menutup matanya terhadap ...
  • Apakah telaga kautsar itu?
    10737 Tafsir
    Kata "kautsar" mempunyai erti kebaikan yang banyak dan melimpah. Dan terdapat begitu banyak contoh (mishdaq) untuk kata kautsar ini, seperti: telaga dan sungai kautsar, syafaat, nubuwwat atau kenabian, hikmah, ilmu, generasi dan keturunan yang banyak.Kautsar memiliki dua mishdaq (wujud), iaitu mishdaq ...
  • Apa hubungan antara agama dan kebudayaan?
    9645 Teologi Baru
    "Agama" (din) secara leksikal bermakna mengikuti, mentaati, kepasrahan dan ganjaran. Dan secara terminologi bererti "sekumpulan keyakinan, akhlak dan aturan," yang bertujuan untuk "mengatur urusan masyarakat dan membina manusia."Agama kadangkala merupakan agama hak, kadang-kadang juga agama batil dan ada juga penyatuan aliran antara keduanya. ...
  • Apakah manusia dalam perbuatannya memiliki pilihan? Jika benar, sejauh manakah batas pilihan tersebut?
    7242 Teologi Klasik
    Dalam hidup ini, seringkali kita temukan diri kita berada di jalanan seorang sendiri. Satu perjalanan yang kita tidak mempunyai pilihan selain bergerak ke hadapan. Jalan yang tetap yang telah ditentukan sebelumnya dalam kehidupan kita; iaitu perkara-perkara seperti suku, bangsa, keluarga, ketinggian tubuh badan dan sebagainya. Dan sebaliknya, seringkali juga kita ...
  • Mengapa al-Qur’an menyebut kisah-kisah tertentu dan menumpukan kisah Nabi Musa (a.s) lebih dari kisah Nabi Muhammad (s.a.w)?
    10987 Ulum Al-Quran
    Dalam menjawab bahagian pertama soalan itu, kita dapat mengatakan bahawa penerangan sebuah hakikat atau hukum serta aturan tertentu tidak dapat menyediakan seluruh bahagian dan karakteristik yang berkaitan dengannya. Perkara ini diperhatikan dalam al-Quran; kerana jikalau seluruh perkara tertentu dan perkerjaan-pekerjaan hendak ...
  • Mengapa Syiah memiliki keyakinan terhadap masalah imāmah dan para imam secara khusus?
    8036 کلیات
    Nampaknya yang anda maksudkan dari pertanyan ialah bagaimana kita dapat meyakini dan memahami peribadi imam. Akan tetapi sebelum menjawab pertanyaan anda seharusnya terlebih dahulu kami menjawab pertanyaan mengapa kita harus meyakini masalah imāmah? Imāmah dalam Islam memiliki nilai penting dan merupakan tingkatan terakhir dalam perjalanan manusia menuju ...

Populer Hits