Carian Terperinci
Pengunjung
6608
Tarikh Kemaskini 2009/11/29
Ringkasan pertanyaan
Dengan wujudnya syarat baligh untuk taklif syariat, apakah hukum amalan baik dan buruk bagi kanak-kanak?
soalan
Sebagaimana yang telah kita ketahui dalam mazhab Syiah Ithnā Ashā`irah, umur taklif bagi anak lelaki adalah 15 tahun manakala anak perempuan adalah 9 tahun. Dengan mengamati ayat 7 dan 8 surah al-Zalzalah, ianya menerangkan bahawa seluruh amalan baik dan buruk insan akan ditunjukkan pada hari kiamat. Bagaimanakah situasi amalan-amalan kanak-kanak nanti? Apakah Allah (s.w.t) akan membalas amalan baik mereka dengan pahala sedangkan mereka juga akan dihantar ke neraka kerana amalan jahat?
Jawaban Global
Walaupun salah satu daripada taklif[1] syarie insan di sisi Allah (s.w.t) ialah seseorang itu akan sampai kepada umur baligh[2], namun tidak sepatutnya dibayangkan bahawa semua kanak-kanak benar-benar terlepas, tidak terikat dan boleh melakukan apa sahaja sewenang-wenangnya di zaman kanak-kanak. Ahli fikah Islam telah mengecualikan segolongan kanak-kanak yang mampu memahami baik dan buruk dari kanak-kanak yang lain. Menurut fatwa mereka sekiranya kanak-kanak mumaiyiz[3] melaksanakan amalan baik atau ibadah, maka mereka akan diberi ganjaran kerana mengerjakan amalan mustahab (yang dituntut), sehinggakan sebahagian dari ahli-ahli fikah percaya bahawa amalan ini bukan sekadar latihan, bahkan ianya akan dihitung sebagai sebuah ibadah yang sah menurut syarie. Sebaliknya, sebahagian dari amalan-amalan yang tidak ada masalah jika dilakukan oleh kanak-kanak bukan mumaiyiz, ianya tidak dibenarkan bagi kanak-kanak mumaiyiz. Sehinggakan dalam beberapa situasi tertentu, kanak-kanak mumaiyiz atau warisnya bertanggung jawab terhadap kegiatan yang dilakukannya dan ia hendaklah membayar gantirugi.
 
 

[1] Ar penyerahan beban (tugas, pekerjaan) yg berat kpd seseorang. Kamus Dewan Edisi Keempat
[2] Sudah cukup besar atau remaja dan sudah matang sifat-sifat kelelakiannya atau kewanitaannya Kamus Pelajar Edisi Kedua
[3] Ar sudah dapat membezakan se­suatu yg baik dgn yg buruk (bkn kanak-kanak yg lazimnya setelah berumur tujuh tahun tetapi belum baligh). Kamus Dewan Edisi Keempat
Jawaban Detil
Salah satu dari syarat pentaklifan insan daripada Allah (s.w.t) ialah ia hendaklah seorang yang baligh. Akibatnya pembalasan-pembalasan terhadap sesorang insan yang bukan mukallaf tidaklah sahih.[1] Sedangkan terdapat ahli-ahli fikah sudah menerangkan hukum hakam dalam banyak hal mengenai kanak-kanak yang umurnya belum sampai ke peringkat baligh, namun masih memahami yang mana satu baik dan buruk (diistilahkan sebagai mumaiyiz)[2], di mana sebahagian dari perkara tersebut ialah:
1. Sekiranya seseorang itu dalam keadaan mengerjakan solat dan ada orang yang memberikan salam kepadanya, maka dia hendaklah menjawab salam tersebut walaupun yang memberikan salam itu adalah seorang kanak-kanak mumaiyiz.[3]
2. Tidak sah berurusniaga dengan kanak-kanak yang belum baligh, namun sekiranya urusniaga itu dengan kanak-kanak yang sudah mumaiyiz dan sesuatu yang beharga murah diurusniaga dengannya, maka urusniaga tersebut sah.[4]
3. Kanak-kanak muslim yang mumaiyiz boleh menyembelih haiwan secara syarie.[5]
4. Sekiranya kanak-kanak mumaiyiz mengaitkan orang lain dengan perkara yang tidak berasas (Qazaf), meskipun hukum hudud Islam tidak dikenakan ke atasnya, namun ia hendaklah dikenakan tindakan disiblin oleh hakim syariah.[6]
5. Kanak-kanak mumaiyiz dituntut mengerjakan solat dan dibiasakan menunaikan ibadah yang lain. Bahkan ia juga perlu didesak mengerjakan solat qada.[7]
6. Insan diwajibkan menutup aurat masing-masing dari pandangan orang lain. Salah satu pengecualiannya ialah hukum kanak-kanak. Namun kanak-kanak mumaiyiz termasuk di dalam hukum awlā (hukum yang utama) dan tidak dikecualikan.[8] Hukum melihat aurat orang lain juga adalah haram melainkan kanak-kanak yang tidak berniat membangkitkan hawa nafsu maka ia boleh melihat auratnya. Namun hukum ini terbatas dalam skop kanak-kanak bukan mumaiyiz. Melihat aurat kanak-kanak yang sudah mumaiyiz juga adalah haram.[9]
Salah seorang ahli fikah memperkenalkan salah satu syarat taklif ialah seseorang itu telah sampai ke peringkat usia baligh syarie, dan perlu mematuhi salah satu dari noktah berikut:
1. Seseorang kanak-kanak bukan mukallaf yang belum mencapai usia taklif tidaklah bermakna penjaga syarienya tidak     ada hak untuk menyuruh kebaikan dan melarang kemungkaran dan tidak boleh menghukumnya atas perbuatan salahnya, ataupun mendorongnya melakukan perkara yang benar. Bahkan ia perlu memberi fokus kepada mendisiblinkan kebolehannya dalam memahami perkara ini (mumaiyiz) sehingga ia mampu menanggung kewajipan taklifnya ketika sudah berusia baligh.
2. Pensyaratan baligh untuk taklif bukanlah bermakna amalan kanak-kanak yang dilaksanakan secara sempurna itu tidak sah; Bahkan amalan wajib dan sunat yang dilakukan oleh para mukallaf adalah dituntut bagi kanak-kanak mumaiyiz selagi amalan tersebut tidak mendatangkan bahaya untuk mereka. Oleh itu sebaik sahaja kanak-kanak mencapai usia tujuh tahun maka ia dituntut mengerjakan solat. Begitu juga apabila kanak-kanak itu sudah mencapai usia sembilan tahun, ia dituntut berpuasa meskipun hanya berkemampuan mengerjakan beberapa hari sahaja.
3. Tidak semestinya kanak-kanak mumaiyiz yang melakukan kesalahan tidak boleh dimarahi. Sebagai contoh sekiranya ia merosakkan harta benda orang lain, maka ia diberi tempoh untuk menggantikannya sesudah mencapai usia baligh.[10]
Dari sini, 2 noktah penting berikut wajar diambil perhatian:
1. Berhubung dengan kelakuan kanak-kanak yang belum mencapai usia mumaiyiz dan usia dapat mengenali sesuatu, tidak sepatutnya dihukum secara serius di samping mengaitkan kelakuannya dengan baik dan buruk. Sebagaimana yang telah dijelaskan, dari sini, apa yang terkandung dalam surah al-Zalzalah dan pembentukan amalan baik atau buruk bagi kanak-kanak seperti ini tidaklah benar.
2. Mumaiyiz dan dapat mengenal juga merupakan sebuah perkara nisbī. Dengan kata lain seorang kanak-kanak memiliki kemampuan mengenali dan membezakan beberapa perkara syariat. Namun ia terlepas dalam hubung kaitnya dengan perkara yang lain dan hanya bertanggung jawab dalam perkara yang diketahuinya sahaja.
Sebagai kesimpulan dari perbahasan ini, dapatlah dikatakan bahawa: Sekiranya individu belum mencapai usia baligh, namun ia adalah kanak-kanak cerdas, pintar, berakal, cerdik dan mumaiyiz, dapat mengenalpasti baik dan buruk dengan baik, menurut pandangan kami Islam dan iman individu seperti ini dapat diterima. Bukan hanya imannya diterima semata-mata, bahkan apa yang dikatakan oleh para ahli fikah kami; Ibadah-ibadah anak kecil seperti ini juga sah. Solat, puasa, haji, umrah dan lain-lain ibadah yang dikerjakan dengan menuruti persyaratan-persyaratannya adalah sah. Di samping itu menurut penjelasan yang dikemukakan oleh ahli-ahli fikah Islam, ibadah-ibadah individu ini adalah syarie, bukan lagi latihan.[11] Oleh itu ketika ibadah-ibadah anak-anak kecil yang belum baligh seperti ini sah dan syarie, maka imannya diterima menurut hukum utama. Sebagai kesimpulan, iman anak kecil yang sudah mumaiyiz sebelum baligh adalah diterima. Lebih dari itu, kami percaya anak-anak kecil ini bertanggung jawab terhadap sebahagian dosa mereka. Walaupun belum sampai ke usia taklif, ini tidak beerti semua dosa-dosa mereka diampuni dan menjadi alasan untuk diberikan lampu hijau. Dari sini andainya kanak-kanak mumaiyiz yang belum mencapai usia baligh mengetahui bahawa membunuh jiwa yang tidak berdosa itu adalah pekerjaan yang buruk, namun ia membunuh seseorang yang tidak berdosa, maka ia harus menjamin darah korbannya dan bertanggung jawab di hadapan Allah (s.w.t). Oleh itu individu yang belum baligh namun ianya berakal, pintar, dan mumaiyiz, maka imannya diterima. Baligh juga bukanlah syarat penerimaan Islam dan iman.[12]
 

[1] Saḍr, Sayid Muḥammad Bāqir, al-Fatāwā al-Wāḍiḥa, muka surat 126
[2] Tawḍīh al-masā’il Imām Khumaynī, muka surat 57
[3] Ibid, muka surat 1141
[4] Ibid, muka surat 1389
[5] Ibid, muka surat 2594
[6] Taḥrīr al-Wasīlah, muka surat 876
[7] Tawḍīh al-Masā’il, muka surat 1389
[8] Ibid
[9] Ibid, muka surat 2436
[10] Ṣaḍr, Sayid Muḥammad Bāqir, ibid
[11] Yazdī, Sayid Muḥammad Kāẓim, Al-`Urwah al-Wusqā, jilid 2 muka surat 217
[12] Makārim Shirāzī, Nāṣir, Āyat Veläyat Dar Qur’ān, muka surat 361 - 362
Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Makna Islam pada ayat 19 surah Ali Imran?
    10430 Teologi Baru
    Islam secara bahasa bermakna penyerahan diri (taslim) tanpa syarat di hadapan Tuhan. Agama merupakan penjelas segala bimbingan Tuhan terhadap manusia dalam bidang pemikiran, keadaan, perilaku dan bermasyarakat, dan juga menjelaskan bagaimana hubungan manusia dengan dirinya sendiri, orang lain dan dengan Tuhan.
  • Mengapakah Ahlul Bait (a.s) hanya dikhususkan untuk beberapa orang sahaja?
    6498 اهل بیت و ذوی القربی
    Terdapat banyak dalil dominan pengkhususan Ahlul Bait kepada lima orang Āl ʻAba; iaitu Muhammad (s.a.w), Ali, Fatimah, Hasan dan Husain yang telah dinukilkan daripada Nabi (s.a.w) oleh para ahli hadis, ulama Syiah dan ulama Ahlusunnah di mana terdapat lebih dari 70 sumber terkenal Ahlusunnah manakala dalam sumber ...
  • Mengapa nama para Imam Maksum (a.s) tidak disebut secara jelas dalam Al-Qurʻan?
    6261 Teologi Klasik
    Hendaklah kita sedari walaupun nama para Imam Maksum (a.s) tidak ditampilkan secara jelas di dalam Al-Qurʻan, namun sabda-sabda Nabi (s.a.w) telah menyebut secara terang-terangan nama para Imam Maksum (a.s) khususnya Ali bin Abi Talib (a.s) di mana beliau adalah miṣdāq (eksternal) jelas bagi hadis Al-Ghadīr; iaitu pengumuman ...
  • Apa yang menjadi material primer pembentuk alam semesta ini? Bagaimana pandangan al-Qur\'an dan riwayat berkenaan masalah ini?
    5998 آسمان و زمین
    Pandangan paling tepat yang diajukan oleh ahli-ahli fizik, berkenaan dengan unsur asli pembentukan material primer alam semesta ialah alam material pada awalnya terbentuk daripada unsur sodium padat yang menghuni sebuah ruang. Hal ini terjadi pada masa-masa yang sangat jauh sekitar 13 bilion tahun yang silam. Akibat ledakan ...
  • Apakah orang-orang beriman akan mendapat kenikmatan alam kubur dan orang-orang kafir akan dibalas dengan azab kubur?
    14035 Teologi Klasik
    Syaikh Mufid dalam kitab Awâil al-Maqâlat-nya, membahagikan manusia menjadi empat bahagian berdasarkan keyakinan dan amalan perbuatan mereka:1.             Orang-orang beriman yang bertakwa2.             Orang yang melakukan dosa tanpa iman dan penentang keras kepala
  • Apakah haiwan sembelihan bukan muslim dapat digunakan?
    4679 Makanan Non-Muslim
    Menurut pandangan fatwa-fatwa para ahli fikah Syi’ah dan ajaran Ahlulbait, daging-daging dari sembelihan yang tidak menuruti cara Islam dihukum sebagai daging bangkai. Dagingnya adalah haram dan tidak dibenarkan memakannya. ...
  • Apa yang dimaksudkan dengan spiritualism hakiki dan spiritualism emosional?
    5468 Akhlak Praktikal
    Kebiasaan terdapat orang-orang yang memiliki kecenderungan terhadap spiritual (rohani) dan keimanan pada umumnya kecenderungan mereka adalah berbentuk perasaan dan emosi jiwa. Ertinya orang-orang ini cenderong ke arah kerohanian dan spiritual dengan cara samada dengan mengikut cara (taqlid) kedua orang tuanya, suasana atau di bawah pengaruh dorongan naluri dan ...
  • Mungkinkah manusia dapat menjalin komunikasi dengan makhluk-makhluk di alam-alam yang lain?
    9082 روح و نفس
    Tidak syak lagi memang ada sebahagian manusia yang dapat menjalinkan hubungan dengan makhluk tertentu di alam lain. Sudah tentu komonikasi ini bukan dengan jalan pengambilan dadah dan minuman keras. Terdapat perbezaan luas berkenaan dengan medium dan jalan yang dapat dijadikan sebagai perantara untuk mencapai informasi tentang perkara ...
  • Bagaimana sikap Islam terhadap demokrasi?
    7122 انتصاب یا انتخاب
    Demokrasi merupakan sebuah jalan untuk menyusun dan mengatur masyarakat. Penghormatan terhadap suara majoriti dan kebebasan peribadi, masyarakat dan sebagainya merupakan tipologi demokrasi yang jelas. Meskipun tidak terdapat kepastian antara majoriti (akthariyyah) dan kebenaran (haqqāniyah), [i] akan tetapi suara majoriti atau kebolehterimaan dapat menjadi bekal ...
  • Mengapa warisan wanita setengah dari warisan lelaki?
    5812 Huquq Dan Ahkam
    Salah satu sebab banyaknya kuota warisan lelaki dibanding dengan saham wanita adalah nafkah wanita berada di bahu lelaki. Ertinya lelaki di samping harus menyiapkan wang belanja untuk dirinya ia juga memiliki tugas untuk menyiapkan biaya hidup bagi wanita (isteri) dan anak-anaknya. Di sisi lain, lelaki adalah pihak yang ...

Populer Hits