Carian Terperinci
Pengunjung
4343
Tarikh Kemaskini 2011/08/20
Ringkasan pertanyaan
Bolehkah lantaran ayat tathir tersebut terletak di tengah-tengah redaksi ayat maka ia dikatakan tidak memiliki makna hashr (pembatasan)? Siapa sebenarnya yang disebut Ahlulbait?
soalan
Bolehkah lantaran ayat tathir tersebut terletak di tengah-tengah redaksi ayat maka ia dikatakan tidak memiliki makna hashr (pembatasan)? Siapa sebenarnya yang disebut Ahlulbait?
Jawaban Global

Dalam menjawab pertanyaan pertama boleh dikatakan bahawa: ayat tathir ini berada ditengah-tengah ayat, di mana hal itu menegaskan bahawa konteksnya sejalan atau sama dengan subjek yang ada sebelum dan sesudahnya. Jikalaulah tidak ada pengkhususan untuk isteri-isteri Nabi (s.a.w) maka sekurang-kurangnya ia dapat meliputi mereka secara umum. Namun perlu diperhatikan bahawa Pertama: Sekiranya hal seperti ini diterima, ia tidaklah lebih dari kemunculan sebuah bentuk atau model dan kemunculan model ini tidak mampu menghadapi dalil-dalil yang kuat. Akibatnya ia mesti berlepas tangan dari indikasi seperti ini disebabkan wujudnya indikasi-indikasi lain yang lebih kuat. Kedua: Model ayat-ayat yang merangkumkan ayat tathir ini tidak dapat diikuti jika memasukkan isteri-isteri Nabi (s.a.w).

Noktah pertama: Kalimah yang mencelah dalam sebuah ungkapan/perkataan dan tulisan dapat merosak tulisan dan ungkapan tersebut, namun jika disertai oleh sebuah indikasi atau qarinah maka ia tidak hanya bertentangan dengan kaedah retorik (balaghah) dan elokuensi (fashahah) malah ia akan lebih memperindahkan ungkapan atau tulisan tersebut. Dengan demikian, tidak begitu penting untuk mengatakan bahawa apa yang ada pada ayat tathir tersebut juga meliputi isteri-isteri Nabi (s.a.w) dengan alasan bahawa ayat tersebut berada di antara ayat-ayat yang sedang berbicara kepada isteri-isteri Nabi (s.a.w), kerana mungkin kalimah sisipan ini menyiratkan peribadi-peribadi “ashab al kisa” yang jelas dan khusus untuk mereka sahaja selain ada banyak indikasi-indikasi yang menjadi dasar dakwaan ini, di antaranya adalah:

1.     Berdasarkan konteks sekumpulan riwayat, ayat tathir turun secara bebas dan Nabi (s.a.w) dalam menolak kecurigaan bahawa Ahlulbait dan isteri-isteri Nabi (s.a.w) adalah dua entiti yang terpisah telah memerintahkan supaya memasukkan ayat yang dimaksudkan tentang hal ini agar tidak ada lagi orang yang berangan-angan bahawa Ahlulbait (a.s) adalah sama seperti isteri-isteri Nabi (s.a.w) yang tidak menutup kemungkinan untuk lebih memilih kehidupan dunia yang hina ini daripada Nabi Muhammad (s.a.w) dan lain sebagainya.

2.     Irama ungkapan Allah (s.w.t) dalam ayat ini bertukar dari menggunakan dhamir (pronoun) bentuk plural untuk lelaki (کُم) dan ayat setelah itu kemudian menggunakan banyak dhamir perempuan yang berbicara kepada isteri-isteri Nabi (s.a.w).

3.     Sesuai pandangan ahli linguistik, kata ahl dalam bahasa Arab tidak digunakan untuk isteri, kecuali secara majazi saja. Berdasarkan hal ini, setelah ayat tathir turun, Ummu Salamah meminta kepada Nabi (s.a.w) untuk memasukkannya sebagai sebahagian daripada Ahlulbait (a.s). Bukti dari dakwaan ini adalah Zaid bin Arqam mengatakan bahawa istilah Ahlulbait itu bukan mengenai isteri-isteri.

4.     Tak ada seorang pun daripada isteri-isteri Nabi (s.a.w) yang mendakwa bahawa ayat ini turun berkaitan dengan mereka, padahal dalam peperangan Jamal Aisyah sangat memerlukan dalil dan argumen seperti ini.

5.     Kata turidna (تردن) dalam ayat 29 surat al-Ahzab mengisahkan bahawa Allah (s.w.t) tidak punya keinginan dan perhatian khusus kepada Isteri-isteri Nabi (s.a.w), tetapi memiliki perhatian dan kehendak takwini terhadap Ahlulbait (a.s) yang tidak dapat diingkari di mana mereka dijauhkan dari segala macam bentuk kekotoran.

6.     Alif dan lam pada perkataan Ahlulbait, dalam istilah ilmu nahu, disebut ‘ahd khariji atau ‘ahdi hudhuri (yakni hadir ketika dibicarakan), di mana ia menunjukkan peristiwa terkenal ashabul kisa. Oleh sebab itu, kata Ahlulbait sama halnya seperti āl ‘aba, ashhabul kisa dan yaumuddar.

 

Noktah kedua: Dalam ayat-ayat ini Nabi (s.a.w) diposisikan sebagai lawan bicara dan supaya mengatakan kepada isteri-isterinya. Al-Quran mengatakan: “ya ayyuhannabi qul liazwaajika...(wahai nabi katakanlah kepada isteri-isterimu...).

Selanjutnya Allah (s.w.t)  juga menujukan khitab (ungkapan) tersebut kepada baiturrisalah dan maqamunnubuwwah (maqam kenabian), untuk menginformasikan bahawa sebab dari semua perintah dan larangan kepada isteri-isteri Nabi (s.a.w) tersebut adalah supaya Ahlulbait (a.s) terhindar dari tudingan berbuat kekejian; kerana Allah (s.w.t) menghendaki Ahlulbait (a.s) jauh dari berbagai bentuk kekotoran dan keburukan. Jadi konteksnya juga tidak paradoks dengan adanya pembatasan ayat tathir hanya pada Ashhabul kisa.

Adapun jawapan untuk pertanyaan kedua adalah: Berdasarkan penjelasan sebelumnya, mungkin tidak perlu lagi diulangi lagi untuk kedua kalinya dan cukup ditegaskan bahawa dalam beberapa riwayat mutawatir dikatakan; yang dimaksudkan Ahlulbait (a.s) ialah Rasulullah (s.a.w), Imam Ali (a.s), Hadrat Fathimah (a.s), Imam Hasan (a.s) dan Imam Husein (a.s) dan juga meliputi seluruh Imam (sebagaimana yang diisyaratkan oleh ayat tathir).

Jawaban Detil

Hal yang dijadikan landasan dan sandaran pada pertanyaan di atas sama seperti apa yang dituturkan oleh sebahagian yang lain, iaitu bahawa ayat tathir tersebut terletak di akhir ayat-ayat yang ada kaitannya dengan isteri-isteri Nabi (s.a.w). Kalau hal tersebut tidak dikhususkan untuk isteri-isteri Nabi (s.a.w), maka paling kurang secara umum ia boleh meliputi mereka (isteri-isteri Nabi (s.a.w)). Dakwaan seperti ini tidak memiliki landasan argumen selain ada banyak dalil yang dapat menafikan dakwaan di atas.

Dengan memfokuskan fikiran pada noktah-noktah di bawah ini ia akan dapat membantu kita untuk menemukan hakikat yang sebenarnya:

1.     Meski pun kita mempunyai keyakinan bahawa Al-Quran pada masa hidup Nabi (s.a.w) telah disusun dan dikodifikasi langsung oleh beliau, namun perlu diketahui bahawa substansi sebahagian riwayat-riwayat menyiratkan bahawa ayat tathir itu turun secara sendiri (tanpa disertai ayat-ayat lain) dan bahkan tidak ada satu pun riwayat yang menyatakan bahawa ayat ini (ayat tathir) turun bersamaan dengan ayat-ayat yang ada kaitannya dengan isteri-isteri Nabi (s.a.w) (ayat 28 dan 29 surah al-Ahzab). Buktinya adalah kalau ayat ini diambil dari sini ia tidak akan merosak keselarasan dan hubungannya.[1] Kalau bahagian ini telah disertakan, itu disebabkan Al-Quran menunjuk kepada seluruh anggota keluarga Nabi (s.a.w) dan mereka itu dibahagi menjadi dua kelompok, sebahagiannya adalah para isteri Nabi (s.a.w) dan sebahagian yang lain adalah Ahlulbait Rasulullah (s.a.w), dan (Al-Quran) ingin menginformasikan bahawa seluruh sanak keluarga Nabi (s.a.w) tersebut tidak berasal dari satu sumber yang sama, tetapi di antara mereka ada kelompok khusus yang langsung memperoleh anugerah serta inayah khusus daripada Allah (s.w.t) serta disucikan dari segala bentuk ketidaksucian. Dengan ibarat yang lain, jika kita cuba menerima bahawa pada ayat-ayat sebelum dan sesudahnya adalah ayat-ayat yang ditujukan kepada isteri-isteri Nabi (s.a.w), maka kita masih mempunyai dua cara lain untuk membuktikan bahawa yang dimaksud Ahlulbait (a.s) hanya ash habul kisa; iaitu Rasulullah (s.a.w), Imam Ali (a.s), Sayyidah Fathimah (a.s), Imam Hasan (a.s) dan Imam Husein As. Pertama: Iltifāt: Iltifat merupakan salah satu metodologi dalam menjelaskan dan membuat sebuah tulisan atau ungkapan menjadi indah, seperti apa yang ada pada surat al-Fatihah di mana ketika berbicara tentang hal ehwal ghaib (Alhamdulillah) berubah ke hal ehwal bukan-ghaib (iyyaka na’budu) dan iltifat dalam ayat tathir juga untuk menginformasikan noktah berikut bahawa Ahlulbait (a.s) dihindarkan dari segala kenistaan sebagai hal yang demikian penting sehingga kepada isteri-isteri Nabi (s.a.w) juga diperintahkan serta dilarang melakukan hal seperti ini (menjauhi kenistaan dan keburukan) supaya nantinya tidak ada seorang pun cuba menuduh dan memprotes Ahlulbait (a.s).[2] Kedua: i’tirādh: tumbuh berkembangnya kalimah-kalimah celahan (mu’taridhah) di antara kalam dan ucapan para pakar ilmu Balaghah dan Fashahah merupakan hal yang lumrah. Dikalangan mereka yang sering melakukan hal seperti ini agar apa yang disampaikannya dapat tertanam dan terlukis dalam benak setiap orang yang mendengarnya dengan baik dan ini telah berulangkali disebutkan dalam Al-Quran.[3] Pada ayat yang sedang dibahaskan, untuk melenyapkan khayalan sebahagian orang yang meyakini bahawa Ahlulbait (a.s) sama seperti isteri-isteri Nabi (s.a.w), ia turut dilampirkan kalimat sisipan (mu’taridha) seperti ini; iaitu jika isteri-isteri Nabi (s.a.w) juga tidak terlepas kemungkinan untuk berbuat dosa dan kesalahan. Demikian juga Ahlulbait (a.s) tidak terlepas kemungkinan untuk melakukan dosa dan kesalahan, padahal Ahlulbait (a.s) terhindar serta terjaga dari hal seperti ini. Oleh kerana itu dalam kalimat sisipan tersebut telah diingatkan bahawa:innamaa yuriidullahu liyuzhaba...”.[4]

2.     Irama kalam Tuhan Dalam ayat-ayat ini setelah 20 bentuk kata ganti nama plural (dhamir jama’) untuk perempuan berubah dan diggantinya dengan bentuk kata ganti nama plural untuk lelaki. Hal ini merupakan indikasi terbesar yang menyatakan bahawa kita harus berlepas diri dari dakwaan yang bersumber dari bentuk konkret teks (ayat) tersebut dan seharusnya tidak meyakini atau memahami bahawa ayat tathir tersebut ditujukan kepada para isteri Nabi (s.a.w).

3.     Pakar bahasa berkeyakinan bahawa kata ahl tidak digunakan untuk isteri-isteri, kecuali secara majazi.[5] Pada ayat 73 surat Hud, meski pun Ahlulbait juga digunakan untuk isteri-isteri, namun harus dikatakan bahawa metodologi penggunaan (isti’mal) itu lebih umum dan meliputi penggunaan secara hakiki dan walau pun terdapat indikasi (qarinah), namun itu tidak dapat menjadi penghalang atas adanya keinginan untuk memaknai hal itu secara majazi dan pada ayat yang disebutkan di atas terdapat qarinah dan indikasi penggunaan seperti ini, tapi pada ayat tathir tidak hanya wujud qarinah dan indikasi yang mengarah kepada pemaknaan secara majazi, tetapi bahkan qarinah dan indikasi sebaliknya pun tak ditemui. Demikianlah sehingga setelah turun ayat tathir tersebut Ummu Salamah bertanya kepada Nabi (s.a.w) apakah ia termasuk bahagian dari Ahlulbait (a.s)? Atau meminta daripada Rasulullah (s.a.w) untuk menjadikan ia sebagai bahagian dari Ahlulbait (a.s),[6] padahal kalau kata ahl meliputi isteri-isteri Nabi (s.a.w) maka pertanyaan atau permohonan ummu Salamah kepada Nabi (s.a.w) tidak tepat dan salah. Dari sinilah Zaid bin Arqam mengatakan bahawa istilah Ahlulbait itu bukan mengenai isteri-isteri.[7]

4.     Menurut riwayat-riwayat yang dinukil daripada Ahlusunnah, Aisyah dan Ummu Salamah dengan jelas menyatakan bahawa ayat tathir itu turun bukan ditujukan ke mereka.[8] Dan sesuai ungkapan Allamah Amini (r.a):Sekiranya ayat ini meliputi isteri-isteri Nabi (s.a.w) maka pasti Aisyah akan menulisnya di atas kening untanya ketika peristiwa perang Jamal, tapi ia tidak melakukannya padahal ketika itu ia sangat perlu dalil-dalil seperti ini”.[9] Dengan adanya hal di atas, ada dua kelompok yang mendakwa bahawa ayat tathir tersebut turun dan ditujukan kepada para isteri Nabi (s.a.w). Kelompok pertama: Di antara perawi hadis, seperti ‘Ikrimah, Maqatil bin Sulaiman dan ‘Urwah bin zubair telah menjelaskan pendapat peribadinya sendiri, dan di satu sisi terdapat riwayat daripada Ibnu Abbas bahawa mereka ini dituduh sebagai pembohong.[10] Kelompok kedua: Sebahagian mufassir Ahlusunnah yang bersandar pada metodologi tunggal atau semata-mata pada satu konteks sahaja telah mendakwa hal seperti ini namun metodologi yang hanya melihat satu konteks (andainya diterima) tidak akan mampu menandingi dalil-dalil kuat yang telah disebutkan sebelumnya.

5.     Pada ayat 29 surat al Ahzab, kata turidna ingin menjelaskan bahawa Allah (s.w.t) tidak memberi perhatian kepada para isteri Nabi (s.a.w); iaitu Allah (s.w.t) menyatakan bahawa mereka ini mukhtar (punya ikhtiar) dan Ia mengingatkan kalau mereka hendak berbangga sebagai isteri Nabi (s.a.w) maka mereka harus menapaki jalan dan cara hidup seperti orang-orang soleh. Namun pada ayat tathir, kata innamaa yuriidullahu menceritakan hal ehwal kehendak dan iradah takwini[11] azali Allah (s.w.t) atas sebuah keluarga di mana keluarga tersebut dihindarkan dan suci dari segala macam bentuk ketidak sucian. Penjelasan bahawa pada ayat tathir dari satu sisi terdapat kata innamaa yang bermakna hasr (hanya; pembatasan) ialah iradah berkaitan dengan masalah pensucian dari rijs (dosa, amal keji) dan pada sisi lain kata ‘ankum lebih awal dari kata Ahlulbait dan kata Ahl juga diberi harakat fatha (maftuh) sebagai tanda kalau ia memiliki makna “hanya, pembatasan dan pengkhususan”, dan kedua hal ini memiliki dilalah (petunjuk) yang menyatakan bahawa sempadan penyucian tersebut hanya milik Ahlulbait (a.s) dan orang-orang yang diajak berbicara pada kata ‘ankum; iaitu Allah (s.w.t) telah berkehendak bahawa hanya kalian wahai Ahlulbait (a.s) terhindar dan suci dari segala bentuk dosa (rijs). Jadi atas dasar itu, Ahlulbait (a.s) memiliki pengkhususan tersendiri dan kata yurīdu menunjukkan bahawa iradah tersebut bersumber dari Allah (s.w.t) di mana “dijauhkan dari segala bentuk kenistaan” itu hanya ditujukan kepada Ahlulbait (a.s) dan inayah serta taufiq seperti ini tidaklah dimiliki sembarang orang, dan lebih menariknya lagi adalah mereka yang memperoleh inayah seperti ini kerana dengan ikhtiar dan kehendak yang dimilikinya sendiri dalam menyiapkan kawasannya. Iradah ini merupakan iradah dan kehendak yang tidak dapat dinafikan, dan juga tidak mungkin ada kaitan dengan para isteri Nabi (s.a.w) kerana pada ayat-ayat sebelum ayat tathir telah dijelaskan bahawa kemungkinan kalian para isteri Nabi (s.a.w) lebih memilih dan cenderung kepada kehidupan dunia ini dan ketika itu tak ada gunanya membanggakan diri sebagai isteri seorang Nabi (s.a.w).[12]

6.     Alif dan lam pada kalimat Ahlulbait, dalam istilah ilmu nahwu, disebut alif dan lam ‘ahdi di mana ia mengisyaratkan kepada sebuah kejadian yang telah terjadi; iaitu kata Ahlulbait penjelasannya sama dengan peristiwa yaumuddār di mana pada suatu hari Nabi (s.a.w) mengumpulkan sekelompok orang-orang di rumah Abu Thalib dan mengumumkan kenabiannya serta menceritakan hal ehwal peristiwa orang-orang yang berada di suatu rumah (menurut riwayat-riwayat yang ada, rumah tersebut adalah rumah Ummu Salamah) dan pada suatu hari berada di bawah kain (‘aba) Rasulullah (s.a.w) di mana orang-orang tersebut tidak lain adalah Nabi Muhammad (s.a.w), Imam Ali (a.s), Sayyidah Fathimah (a.s), Imam Hasan (a.s) dan Imam Husein (a.s)[13] ; ertinya Ahlulbait dengan Āli ‘Aba serta Ashhabul kisa, ketiga-tiganya merupakan satu tema yang tidak mempunyai perbezaan sama sekali. Dari perspektif seni boleh dikatakan bahawa ini merupakan sebuah peristiwa eksternal bukan hakiki, dan peristiwa-peristiwa eksternal seperti ini kadang-kadang sebuah tema berkedudukan sebagai subjek proposisi; misalnya dikatakan “muliakanlah kedua orang alim ini!”; yakni kedua pribadi alim tersebut wujudnya ada diluar, dan ini adalah hal yang jelas di mana pada proposisi-proposisi eksternal tidak akan menghukumi sesuatu yang bukan subjek dari proposisi tersebut.

Adapun bukti-bukti: 1. Pada ayat-ayat sebelum dan sesudahnya, kata bait berbentuk plural ketika digabungkan (idhafah) kepada para wanita di mana ia dimaknai dengan bilik atau ruangan khusus para wanita. Jadi kata al bait juga harus dimaknai sebagai bilik atau ruangan khusus, 2. Menurut riwayat-riwayat, ayat tersebut juga meliputi peribadi Nabi (s.a.w) dan apabila Nabi (s.a.w) termasuk, apakah ada jalan selain dari penafsiran ini? 3. Pada ayat 73 surat Hud, kata Ahlulbait menggunakan alif dan lam dan maksud ahlulbait  dalam ayat itu adalah Hadrat Ibrahim (a.s) dan Sarah, dan sungguh adanya kemungkinan-kemungkinan seperti ahlulqiblah atau para isteri Nabi Ibrahim (a.s) atau keluarga beliau (a.s) pada ayat tersebut dinafikan dan ini dapat membawa kita memahami kata Ahlulbait pada ayat tathir.[14]

7.     Dengan pengecaman sebaik-baiknya ayat-ayat ini dan ayat tathir maka dapat dikatakan bahawa konteks ayat tersebut tidak memiliki sedikit pun dilālah (petunjuk) yang menunjukkan ayat tathir tersebut juga meliputi isteri-isteri Nabi (s.a.w) (baik secara khusus meliputi para isteri Nabi (s.a.w) saja atau secara umum meliputi para isteri Nabi (s.a.w) dan selain isteri beliau). Tapi oleh kerana yang terjadi sebaliknya, ayat itu turun ditujukan serta hendak menjelaskan Ashhabul kisa. Pada ayat-ayat tersebut, Nabi (s.a.w) yang diajak berbicara: “Yaa ayyuhannabii qul liazwaajika...; iaitu Allah (s.w.t) memerintahkan kepada Rasulullah (s.a.w) untuk menyuruh isteri-isterinya memilih antara Allah (s.w.t) serta Rasul-Nya dengan kehidupan dunia. Selain itu ditambahkan pula: “Wahai isteri-isteri Nabi, barangsiapa diantara kalian yang berbuat dosa secara terang-terangan maka azab bagi mereka itu akan digandakan dan...” dan ungkapan ini ditujukan kepada isteri-isteri atau pada lanjutan dari firman Allah (s.w.t) kepada Nabi (s.a.w) di mana beliau (s.a.w) menyampaikan perintah-perintah ini kepada isteri-isterinya atau ini merupakan bentuk iltifāt (telah dijelaskan sebelumnya) di mana Allah (s.w.t) langsung berbicara kepada isteri-isteri Rasulullah (s.a.w).

Falsafah adanya iltifāt dalam ayat ini adalah para isteri Nabi (s.a.w) memiliki hubungan dengan Rasulullah (s.a.w) dan untuk menjaga kehormatan maqam kenabian dan baiturrisalah, Allah (s.w.t) menitahkan kepada isteri-isteri Nabi (s.a.w) bahawa kalau kalian (isteri-isteri Nabi (s.a.w)) melakukan perbuatan dosa secara terang-terangan maka azab-Nya dua kali ganda dan seterusnya Allah (s.w.t) menjadikan maqam kenabian dan baiturrisalah (kediaman risalah) tersebut sebagai objek pembicaraan agar Ia menginformasikan bahawa sebab adanya iltifat kepada isteri-isteri Nabi (s.a.w) dan juga sebab lahirnya perintah-perintah dan larangan-larangan ini tidak lain adalah demi melenyapkan serta menghilangkan segala bentuk kotoran dosa dan mensucikan rumah ini (baiturrisalah).

“Innamaa yuriidullahu liyuzhiba ‘ankumurrijsa...”; iaitu bahawasanya Allah (s.w.t) dengan iradah tasyri’i menginginkan supaya isteri-isteri Nabi (s.a.w) melakukan hal-hal ini demi menjauhkan kalian Ahlulbait (a.s) dari segala bentuk noda dosa dan buktinya adalah ayat tersebut menyatakan: “liyuzhiba ‘ankumurrijsa” dan tidak menyatakan dengan: “al izhaabu Arrijsu” dan huruf lam pada kata liyuzhiba adalah untuk ta’lil (menjelaskan sebab-sebab suatu hal atau perkara), jadi Allah (s.w.t) menginginkan taklif-taklif tersebut ditujukan kepada isteri-isteri Nabi (s.a.w). Sebab dari iradah tersebut adalah menjauhkan serta melenyapkan segala bentuk kotoran dosa dari Ahlulbait (a.s), sehingga dari sisi ini pula, Ahlulbait Nabi (s.a.w) tidak dapat dituding atau dituduh melakukan dosa dan segala bentuk kenaifan.

Hal ini menegaskan iradah takwini tentang terhindarnya Ahlulbait (a.s) dari segala bentuk dosa dan ini merupakan hal yang sangat fundamental serta asasi. Betapa pentingnya perkara ini sehingga Allah (s.w.t) secara peribadi tidak mengizinkan sama sekali salah seorang dari kerabat (isteri-isteri dan siapa pun juga) cuba mencoreng nama baik Ahlulbait (a.s). Dari itu dengan perintah dan larangan secara tasyri’i Allah (s.w.t) menetapkan pahala atau azab dua kali ganda untuk isteri-isteri Nabi (s.a.w).[15] Dengan demikian dapat diambil kesimpulan bahawa:

1.     Adanya pembatasan (hashr) pada ayat tathir khusus untuk ashhabul kisa tidak paradoks dengan konteks ayat dan kalaupun ada yang tidak sesuai, maka itu hanyalah dari segi iltifat atau kalimat mu’taridhah. Dengan melihat indikasi dan qarinah yang ada ayat tersebut, maka harus dikatakan ia sebagai yang ditujukan khusus untuk ash habul kisa.

2.     Maksud dari Ahlulbait (a.s) adalah Nabi Muhammad (s.a.w), Imam Ali (a.s), Sayyidah Fathimah (a.s), Imam Hasan (a.s) dan Imam Husein (a.s), atau bahawa istilah ini merupakan istilah khusus yang ada dalam Al-Quran[16] dan atau Ahlulbait (a.s) itu sebagaimana yang telah disebutkan.[17]

Akhirnya perlu dikatakan andai halnya seperti demikian, mengapakah para Imam Ma’shum (a.s) menggunakan kata Ahlulbait tersebut untuk diri mereka?[18] Jawapan berdasarkan penafsiran ini ialah ayat tersebut ditujukan kepada baitunnubuwwah dan maqamurrisalah maka luas-sempitnya batasan Ahlulbait tersebut dapat menjadi jelas dan terang dengan melihat petunjuk, qarinah serta riwayat-riwayat. Qarinah dan indikasi yang wujud pula menjelaskan bahawa ayat tathir tersebut menghendaki kepemimpinan kaum Muslimin itu diteruskan oleh Ahlulbait (a.s).

 

Tentang bukti-buktinya yang lain ialah:

1.     Imam Ali (a.s), ketika berada di kalangan kaum Muhajirin dan Anshar menyatakan kelayakannya untuk memimpin kaum Muslimin dengan bersandar pada bahawa beliau (a.s) adalah salah satu bahagian dari Ahlulbait (a.s).[19]

2.     Beliau (Imam Ali As), dalam majlis Umar yang dihadiri enam orang, dengan bersandar pada ayat tathir menyatakan kalau beliau itu paling layak menjadi pemimpin.[20]

3.     Imam Hasan (a.s) ketika memegang tumpuk kepemimpinan, beliau dengan bersandar pada ayat tathir mengikrarkan kelayakannya untuk memimpin kaum Muslimin.[21]

4.     Imam Husein (a.s) juga melakukan hal yang sama ketika hendak membuktikan kelayakannya dalam memimpin Umat Islam.[22]

5.     Rasulullah (s.a.w), selama lebih kurang 6 bulan setiap subuh berdiri di depan pintu rumah Imam Ali (a.s) dan Sayyidah Fathimah (a.s) ketika hendak berangkat ke masjid untuk solat sambil membaca:”innamaa yuriidullahu liyuzhiba ‘ankumurrijsa...”.[23]

Apakah Nabi (s.a.w) punya maksud lain selain daripada beliau hendak memberitahukan kepada orang-orang bahawa sepeninggalan Rasulullah (s.a.w), hendaknya orang-orang jangan mencari rumah selain rumah Ahlulbait (a.s) (jangan mengikuti selain dari Ahlulbait (a.s)). Dengan demikian, tema tersebut meliputi dan meliputi seluruh Imam Ma’shum (a.s), kenapa? Kerana mereka itu adalah pemimpin sejati dan hakiki Umat Islam.

Kajian ini tetap dapat dikatakan benar, meski pun berdasarkan penafsiran bahawa alif dan lam, untuk ‘ahd khariji (sebagaimana yang dijelaskan sebelumnya) di mana Ahlulbait dijadikan tema yang sangat sesuai; kerana menurut teori ini termakata Ahlulbait dapat dilihat dari dua perspektif: 1. Kata ini menjadi pokok perhatian kerana  peristiwa penurunannya, 2. Hal ini menjadi fokus perhatian kerana hukum yang tertakluk di dalamnya; yakni menjauhkan dari segala perbuatan keji dan menyabitkan kesucian. Dengan melihat bahagian pertama maka yang dimaksud Ahlulbait (a.s) itu hanyalah Ahlul kisa; yakni hanya kelima orang yang di suatu hari berada di bawah naungan kain (‘aba) Rasulullah (s.a.w). Namun jika melihat bahagian yang kedua, maka seluruh Imam Ma’shum juga termasuk Ahlulbait kerana sesuai dengan substansi ayat tathir mereka itu yang memiliki satu kesamaan. Oleh sebab itu, tema ini juga meliputi mereka dan mungkin dengan alasan ini juga Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Salman Al Farisi adalah daripada kami Ahlulbait”.[24]

 

Ketika menjawab pertanyaan Ibnu Katsir Imam Shadiq berkata: “Ahlulbait (a.s) adalah kelima-lima orang tersebut, adapun para Imam Ma’shum (a.s) yang lain, dengan bantuan ayat lain dari Alquran; yakni ulul arhaami ba’dhuhum awlaa bi ba’din fii kitabillahi, maka mereka juga termasuk Ahlulbait”[25]; yakni takwil ayat ini bahawa para Imam yang lain memperolehi keutamaan ini dan dijauhkan dari segala bentuk perbuatan keji. Takwil daripada ayat tathir tersebut adalah ayat ulul arhaam itu sendiri di mana telah dibuktikan bahawa ayat tathir tersebut meliputi seluruh Imam Ma’shum (a.s),[26] tentunya bukan dilihat dari bentuk tekstualnya tetapi ditinjau dari segi takwil dan penjelasannya.[]  



[1] . Allamah Thabathabai, Tafsir al Mizan, jil. 16 hal. 311-312.

[2] . Karaki, Nafahāt al-Lāhût, hal. 85; Muhammad Hasan Muzhaffar, Dalāilu al-Shidq; Sayyid Ja’far Murtadha ‘Amili, Ahlu Bait dar Aye-e tathir, hal. 58-61.

[3] . Qs. Yusuf ayat 28 dan 29, Qs. An Naml ayat 34 dan 35, Qs. Al Baqarah ayat 73-75, Qs. Al Waqi’ah ayat 76, Qs. Luqman ayat 13 dan 16.

[4] . ibid, Ahlu Bait dar aye-e tathir, hal. 60-62; Isyraqi, Syihabuddin dan Fadhil Lankarani, Ahl-e bait, hal. 53-81.

[5] . Ahli bahasa membezakan antara kata ahlu al-Rajul dengan Ahlulbait dan meyakini bahawa penggunaan ahlulbait untuk isteri-isteri itu hanya secara majazi (Tājul ‘Aruus, jil. 1 hal.217; Lisānul ‘Arab, jil. 1 hal. 38; mufradaat Raghib, hal. 29. Oleh itu, hakikat sebahagian dari riwayat-riwayat Nabi Saw, meskipun Rasulullah (s.a.w) menganggap Ummu Salamah adalah keluarga dan salah seorang isterinya, namun Rasulullah (s.a.w) tidak mengizinkan ia (Ummu Salamah) dimasukkan sebagai bahagian Ahlulbait (a.s); Suyuthi, Tafsir Al-Durr al-Mantsur, jil. 5 hal. 198; Musykilul Ātsār Thahawi, jil. 1 hal. 334; Muhammad bin Harir Thabari, Jāmi’ul Bayān, jil. 22, hal. 7; Nafahaatullaahuut, hal. 84; Mushtafa bin Isma’il Dimasyqi, Mirqātul Wushul, hal. 106; Bihār al-Anwār, jil. 35 hal. 217 dan 228.

[6] . Tafsir Ibnu Katsir, jil. 3 hal. 484 dan 485; Sayyid Hasyim Bahrani, Ghāyatul Marām.

[7] . Ibnu Taimiyah, Minhaj al-Sunnah, jil. 4 hal. 21; shahih Muslim, jil. 7 hal. 123; Bihaarul anwaar, jil. 35 hal. 230 dan jil. 23 hal. 117; Ibnu Hajar Asqalani, ash shawa’iqul muhriqah, hal. 147; sayyid Hasyim Bahrani, al-Burhān fii Tafsir al-Qur’ān, jil. 3 hal. 324; Bayadhi ‘Amili, Al-Shirath al-Mustaqim, jil. 1 hal. 185; Qadhi Nurullah Syustari, Ihqāq al-Haqq wa Ibthāl al-Bāthil, Mulhaqāt Ayatullāh Mar’asyi Najafi, jil. 9 hal. 323; Ahlu Baitdar Aye-e Tathhir, hal. 119.

[8] . Abdul Qadir Badaran, Tahdzib Tārikh Dimasyq, jil. 4 hal. 908; Tafsir Majma’ al-Bayān, jil. 8 hal. 356; Qunduzi, Yanābii’ al-Mawaddah, hal. 249; Ibnu Hajar Asqalani, Al-Shawā’iq al-Muhriqah, hal. 141... Ahlu Bait dar Aye-e Tathhir, hal. 20-28; Allamah Thabathabai, Tafsir al-Mizān, jil. 16 hal. 316-324.

[9] . Dinukil dari kitab Ahlu Bait dar Aya-e Tathhir, hal. 78.

[10] . Ahlu Baitdar Aye-e Tathhir, hal. 22; Isyraqi dan Fadhil Lankarani, Ahlu Bait, hal. 5-53; Allamah Syarafuddin Musawi, Al-Kalimat al-Gharra fii Tafshiili al-Zahra; Qamus al-Rijāl; Syarh-e Hāl-e Rijāl; Dalāil al-Shidq, jil. 2 hal. 95; Qadhi Nurullah syusytari,  Qadhi, Ihqāq al-Haqq wa Ibthāl al-Bāthil, jil. 2 hal. 502.

[11] . Irādah takwini adalah iradah yang berkenaan hanya kepada si yang berkehendak, yakni hanya bergantung kepada takwin (penciptaan) dan wujudnya dan iradah seperti ini ada pada Allah (s.w.t) dan juga ada pada manusia, namun iradah takwini manusia selalu tidak pernah selesai dan dikalahkan oleh iradah azali. Adapun iradah tasyri’i adalah iradah yang tergantung kepada perbuatan (fi’il) orang yang lain, dengan kata lain ia melakukan hal tersebut dengan ikhtiarnya sendiri. Dan inilah perintah dan larangan Allah (s.w.t) di mana si mukallaf punya kemungkinan untuk mengamalkannya dan juga punya kemungkinan untuk tidak mengamalkannya.

[12] . Isyraqi dan Fadhil Lankarani, Ahl-u bait, hal. 81-92.

[13] . ‘arusi huwaizi, abdu ali bin jum’ah, Tafsir nurutstsaqalain, jil. 4 hal. 276 dan 277.

[14] . Isyraqi dan Fadhil Lankarani, ahl-e bait, hal. 112-142.

[15] . Sayyid Ja’far Murtadha ‘Amili, Ahlu Baitdar aye-e tathir, hal. 38-51.

 

[16] . Allamah Thabathabai, Tafsir al Mizān, jil. 16 hal. 312.

[17] . Isyraqi dan Fadhil Lankarani, Ahl-e bait, hal. 112.

[18] . tafsir Nur al-Tsaqalain, jil. 4 hal. 275, Riwayat Ihtijāj,  dan hal. 273 riwayat Ushul fi.

[19] . Ibnu Abi Al Hadid, Syarh Nahjul Balāghah, jil. 6 hal. 11 dan 12.

[20] . Sayyid Hasyim Buhrani, Ghāyatul Marām, hal. 265; Ihtijāj Thabarsi.

[21] . Qāmus al-Rijāl, jil. 6 hal. 20.

[22] . Ibnu Thawus, Luhuf, hal. 53.

 

[23] . Tafsir Ibnu katsir, jil. 3 hal. 483; Musnad Ahmad, jil. 3 hal. 259; Al kalimat al-Garra’ fii tafdhil al-Zahra’.

[24] . Qamus Ar Rijal, jil. 4 hal. 423.

[25] . ‘Arusi huwaizi, Abdu Ali bin Jum’ah, Tafsir Nur al-Tsaqalain, riwayat Abdurrahman bin Katsir, jil. 4 hal. 273.

[26] . Isyraqi dan Fadhil Lankarani, ahl-e bait, hal. 112-143 dan 5-53.

Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

Populer Hits