Carian Terperinci
Pengunjung
4746
Tarikh Kemaskini 2010/11/14
Ringkasan pertanyaan
Apakah yang menjadi piawaian dalam permasalahan yang berkaitan dengan kalam?
soalan
Apakah yang menjadi piawaian dalam permasalahan yang berkaitan dengan kalam?
Jawaban Global
Pertanyaan Ini Tidak Mempunyai Jawapan Lengkap. Sila Klik Kategori Jawapan Detail.
Jawaban Detil

Ciri-ciri terpenting dalam perbahasan kalam –selain tiada hubungan dengan perbuatan dan kelakuan luaran- adalah perbahasannya yang bersifat rasional. Tetapi adakah setiap masalah akli yang tiada kaitan dengan perbuatan luaran merupakan masalah kalam? Dan adakah setiap masalah kalam semestinya masalah akli? Secara asasnya apakah yang dimaksudkan dengan akal dalam perbahasan ini?

Untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan ini kita perlu melihat kepada tiga perkara di bawah:

1.     Akli semata-mata suatu masalah bukan bermaksud ianya adalah kalam. Berkemungkinan perbahasan akli dalam sesuatu ilmu, seperti ilmu mantiq, tetapi ianya bukanlah perbahasan kalam dan tidak digunakan dalam bidang pengetahuan agama.[1]

2.     Maksud rasionalnya perbahasan dalam perbahasan ini adalah setiap jenis pembuktian yang di dalamnya kita tidak mengambil nas-nas syar’i dan dalil-dalil nakli sebagai dalil yang utama.[2]

Dengan ini, melalui pendapat tersebut  akal boleh dikatakan mempunyai satu makna yang luas; iaitu apa saja  perkara yang dasarnya tidak dinukilkan,dan walaupun ianya merangkumi perkara yang tidak mampu dilakukan oleh akal biasa atau perkara yang berdasarkan falsafah.[3]

3.     Dalam kaedah ilmu kalam disebutkan bahawa pengetahuan ini menyesuaikan kaedah rasional (akli) dan rujukan (nakli). Dengan memerhatikan perkara ini, persoalan di mana adakah setiap masalah kalam merupakan masalah yang rasional?, Semakin akan menemukan kepentingannya. Dan ucapan bahawa ciri-ciri terpenting permasalahan kalam adalah kerasionalannya akan diragukannya.

Jawapan dari pertanyaan ini adalah tujuan utama ilmu kalam dalam membela ideologi dan keyakinan agama bagi menghadapi serangan-serangan pemikiran yang bertentangan dengannya. Perkara ini bukanlah suatu perkara yang mudah kecuali dengan menggunakan dalil-dalil nakli agama tersebut dan pada masa yang sama tidak menjadikan ianya sebagai dalil yang utama. Dan akal yang mempunyai maksud yang luas itu (alat yang sama digunakan oleh dua pemikiran yang saling bertentangan) telah digunakan. Ungkapan ini bukanlah bermakna  dalam setiap masalah kalam perlu secara langsung tanpa sebarang perantara akal sebagai pemutus tetapi tidak juga dapat diserah kepada akal secara total. Kadang-kadang dalam satu perbahasan kalam boleh menggunakan satu perantaraan atau lebih terhadap akal. Dalam cebisan masalah ini pertamanya kepada zahir satu dalil nakli; namun yang sebenarnya dalil nakli tersebut adalah bersandarkan kepada satu akli. Maka, semua masalah-masalah kalam pada akhirnya disandarkan kepada akal. Perkara ini adalah suatu perkara yang akli di mana ianya adalah salah satu ciri-ciri kalam terhadap satu masalah,dan ianya merupakan suatu ungkapan yang diterima pakai dan ia terima oleh akal. Daripada sudut yang lain permasalahan kalam bukanlah masalah fiqh atau usul, dengan keterangan ini ianya boleh di definasikan sebagai:

“Setiap masalah yang berkaitan dengan agama dan yang tidak berkaitan dengan perbuatan luar seorang yang beragama yang mana ianya bukanlah perkara fiqh dan usul dan tanpa bersandarkan kepada pembuktian riwayat, ianya merupakan masalah kalam”.

Tetapi apakah yang dimaksudkan bukannya satu masalah fiqh dan usul? Untuk menerangkan perkara ini perlu diingat bahawa untuk sampai kepada satu natijah fiqh, seorang mujtahid perlu melampirkan lampiran-lampiran muqaddimah dan dari itu akan dikeluarkan natijahnya. Maka perbandingan seperti ini dinamakan secara istilahnya “perbandingan mengeluarkan hukum (qias istimbat)”[4]

 Dua bentuk muqaddimah yang digunakan oleh mujtahid:

1.     Muqaddimah-muqaddimah adalah berkaitan dengan satu atau lebih daripada beberapa bab fiqh yang khusus. Bentuk muqadimah seperti ini secarah istilahnya dikenali sebagai “unsur-unsur yang dikhususkan” atau “ unsur-unsur fiqh”. Seperti mana perkataan solat ( yang bermaksud solat atau doa dalam sesetengah babnya fiqh- seperti penggunaan dalam bab solat dan bab-bab yang lain) telah digunakan.

2.     Muqaddimah-muqaddimah yang tidak khusus pada bab-bab tertentu dalam bab-bab fiqh. Muqadimah-muqaimah seperti ini dikenali sebagai “muqaddimah-muqaddimah yang umum” atau “unsur-unsur yang umum” atau “muqadimah asasi”. Muqadimah seperti ini “berbentuk perintah secara zahir menandakan perintah itu wajib ditunaikan” atau “khabar wahid adalah hujjah”.

Dengan melihat kepada keterangan yang telah lalu, satu masalah kalam (yang mana kami telah jelaskannya) boleh didefinasikan seperti berikut:

“Masalah ini merupakan satu permasalahan kalam apabila setiap masalah itu berkaitan dengan agama dan secara langsung tiada kaitan dengan amalan para mukallaf dan dalam perbandingan mengeluarkan hukum ia merupakan jenis unsur yang umum; iaitu secara asasnya (usul) atau unsur yang dikhususkan (fiqh); iaitu ilmu fiqh tidak digunakan sebaliknya ianya dibuktikan melalui metod rasional (dengan maksud keluasan perkataan).[5]

Untuk rujukan lanjut:

Mahdi Hadawi Tehrani, mabani kalam ijtiha, muassah farhank khoneh khurd, Qom, cop awal, 1377



[1] Frasa ilmu mantiq: perbahasan dalam ilmu kalam adalah berbentuk lebih khusus daripada rasionalnya.

[2] Oleh sebab itu, dalil yang rasional termasuk dalam jenis argumen yang berdasarkan deduktif atau induktif dan pengalaman.

[3] Dengan melihat kepada perkara yang pertama dan kedua, akan menjadi lebih jelas dimana antara masalah kalam dan rasionalnya perkara tersebut kepada makna perkataan yang khas umum dan khusus dari bentuknya.

[4]  Mungin tidak telah dikatakan bahawa qias ini bukan seperti qias yang di tolak oleh Syiah. Maksud qias tersebut adalah qiasnya logikal yang mana ianya akan memberikan natijah kepada masalah fiqh. Qias yang i tolak adalah qias yang berbentuk

erbandingan dengan contoh dalam masalah fiqh. Maka untuk mengelakan kesilapan ianya dinamakan “perbandingan mengeluarkan hukum” (qias istmbat). Sebagai contoh, mujtahid apabila bertemu engan riwayat yang mana dalam riwayat tersebut erdapat perkatan berbentuk perintah(امر) seperti perintah kepda solat, dia akan mengatakan perkatan tersebut merupaka suatu perintah, pada zahirnya perintah tersebut adalah merujuk kepada kewajiban

5Mahdi Hadawi Tehrani, mabani kalam ijtihad, ms 22-24

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Apa yang dimaksud dengan syaitan daripada golongan manusia?
    15843 ابلیس و شیطان
    Syaitan merupakan kata umum untuk setiap entiti ṭaghūt, penderhaka dan golongan sesat, samada daripada golongan manusia atau daripada golongan jin mahupun daripada golongan yang lain. Syaitan bukanlah sebuah kewujudan yang khusus di dalam al-Qur'an, bahkan sehingga manusia yang jahat, tukang fitnah dan orang yang melakukan kerosakan juga ...
  • Menjadi penghuni syurga Riḍwān; bagaimanakah mereka dapat diselaras dengan syafaat Malaikat?
    7434 Tafsir
    Allah (s.w.t) memberikan keredaan-Nya kepada orang-orang yang beramal saleh, beriman, dan bertakwa, namun iman dan takwa memiliki tingkat dan darjatnya masing-masing. Oleh kerana itu, reda Ilahi akan kembali pada tingkatan dan darjat ketakwaan yang dimiliki.[i]Syurga sesuai dengan ...
  • Tolong jelaskan asas pemikiran Syiah dan ciri-cirinya?
    10592 کلیات
    Asas pemikiran Syiah dan seluruh sumber maʻārif (jamak bagi perkataan pengetahuan) Syiah adalah al-Qur'an. Syiah melihat seluruh zahir ayat-ayat Al-Qur’an, perilaku dan perbuatan, bahkan diamnya Nabi (s.a.w) sebagai hujjah. Selanjutnya Syiah juga memandang ucapan, perilaku dan diamnya para Imam Maksum juga sebagai hujjah. Di samping al-Qur'an menjelaskan ...
  • Bagaimanakah peranan kaum perempuan nanti di zaman pemerintahan Wali Ashr (a.j.f)?
    7048 Undang-undang
    Pengutusan Nabi (s.a.w) dan penyebaran Islam di samping mencipta perubahan besar pada dunia di masanya hingga kini, ia juga meninggikan kedudukan dan darjat serta peranan wanita di keluarga dan masyarakat, sehingga tingkatan tersebut tidak dapat dibandingkan dengan masa-masa sebelumnya. Pada zaman-zaman sebelum kedatangan Islam, masyarakat-masyarakat pra-Islam ...
  • Oleh kerana Imam Keduabelas Syiah ghaib, maka seluruh konsepsi imamah diragukan?
    5751 Teologi Klasik
    Berkenaan pertanyaan yang dikemukakan secara global tanpa menyebutkan contoh-contoh tentang  kontradiksi masalah ghaibah dan konsepsi imamah, oleh itu di sini kita harus mengulas tugas-tugas imam, kemudian sesuai atau tidak sesuainya dengan masalah ghaibah menjadi objek analisa kita.Imamah – selaku penerus kenabian dan yang membezakannya dengan ...
  • Bagaimana sikap Islam terhadap demokrasi?
    8061 انتصاب یا انتخاب
    Demokrasi merupakan sebuah jalan untuk menyusun dan mengatur masyarakat. Penghormatan terhadap suara majoriti dan kebebasan peribadi, masyarakat dan sebagainya merupakan tipologi demokrasi yang jelas. Meskipun tidak terdapat kepastian antara majoriti (akthariyyah) dan kebenaran (haqqāniyah), [i] akan tetapi suara majoriti atau kebolehterimaan dapat menjadi bekal ...
  • Bilakah al-Quran yang ada pada zaman kita sekarang ini dikumpulkan?
    6208 Ulum Al-Quran
    Pertanyaan Ini Tidak Mempunyai Jawapan Detail. ...
  • Apakah jiwa dan ruh mengalami kematian atau tidur?
    9770 Teologi Klasik
    Masalah dan hakikat ruh merupakan salah satu masalah yang sentiasa menjadi pembahasan dan perbincangan manusia dari zamam lampau hingga hari ini. Pertanyaan di atas juga bersumber dari permasalahan ini bahawa apakah hakikat manusia itu adalah badan material dan jasad ...
  • Apakah Imam ‘Ali (a.s) memiliki isteri yang lain selama Sayidah Zahra (a.s) masih hidup?
    5173 تاريخ بزرگان
    Sesuai dengan apa yang disebutkan oleh kitab-kitab sejarah bahawa isteri pertama Amirul Mukminin Ali (a.s) adalah Sayidah Fatimah. Di zaman hayat Sayidah Zahra, Imam ‘Ali (a.s) tidak menikah dengan wanita lain. Oleh kerana salah satu wasiat Hadhrat Zahra (a.s) iaitu beliau hendaklah menikah dengan Amamah binti ‘Ash yang pada hakikatnya ...
  • Apa hubungan yang terajut di antara agama dan kebudayaan?
    4798 دین و فرهنگ
    Penjelasan hubungan yang terjalin di antara agama dan kebudayan dapat dilakukan dengan mengenal dengan baik identiti, tujuan dan fungsi agama serta kebudayaan dalam masyarakat. Meskipun sebahagian orang mengingkari kewujudan hubungan antara agama dan kebudayaan namun sebenarnya pandangan ini benar-benar tidak berasas. Memang jelas sebahagian unsur-unsur kebudayaan ...

Populer Hits